Wednesday, September 22, 2010

KOMUNITI IPOH TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI RAYA ZON TENGAH


Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri Zon Tengah Peringkat Negeri Perak akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 27 Sep 2010
Masa: 8.00-11.00
Tempat: Dewan Utama Tingkat 3 dan 4, HPA Caw. Ipoh.

Tetamu Kehormat : GM AWM : En Faisol Abd Rahman
GM Zon Tengah: Al Fadhil Us Adnan Fadzil
Presiden Kelab KPA dan KPU
PJS-PJS Negeri Perak

Menu Utama : Lemang + Rendang Ayam Kita
Nasi Himpit + Kuah kacang
Mee Goreng HPA, Samosa & Karipap HPA
Biskut Raya HPA, Laksam, Nasi Lemuni.
Minuman : Kopi Radix, Kordial HPA

Semua Warga HPA dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Idulfitri Zon Tengah dengan kerjasama Komuniti-Komuniti HPANegeri Perak.

Pakaian : Baju Melayu dan Baju Kurung Hari Raya)

* (Perhatian: Sambutan Idulfitri Komuniti Ipoh pd 24 Sept terpaksa ditangguh untuk digabungkan bersama dengan Jamuan Idulfitri Zon Tengah pd 27 Sept.)

EMPAYAR NESTLE DI MALAYSIA



Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu. Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia . Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo .

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?



Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada. Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atau klik untuk gambar) baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo .

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia , yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini. Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin. Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.


Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat IslamSumber rujukan :

InMindsSemasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel . Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo , Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya. Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!artikel daripada: En. Azizi Ahmad (pensyarah IPGM KBA)
diambil daripada: http://www.sabahdaily.com/2009/06/empayar-nestle-kejahilan-umat-islam/

Saturday, September 18, 2010

ALKARADIX CHLOROPHYLL DROP(SOAL JAWAB)


Apa itu Alkaradix chlorophyll drops(ACD)?
ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.


Apakah fungsi ACD?
ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan.Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.


Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?
Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan,tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung , sakit sendi, penyakit kulit tegar, dan juga kanser.


Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?
Dua perkara berlaku apabila kita makan.Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid.Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.


Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?
"Anda akan berpenyakit,lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan, dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid," kata Dr Robert Young.


Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?
Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.


Apakah yang seterusnya terjadi?
Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.


Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?
Apabila darah berasid dineutralkan dengna minuman beralkali , sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.


Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?
"Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga.Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality," Dr Robert Young.


Adakah CD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?
Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah, dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.


Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?
Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan , ia bertukar menjadi kanser.


Apakah tanda keasidan dalaman?
Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung, dan keasidan menrangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.


Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?
Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.


Siapakah yang memerlukan ACD?
Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun keran mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagijika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.


Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?
Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.


Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?
Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi,mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid, dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan diabetes.


Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?
Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.


Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?
ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda, dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah


.Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?
Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapum, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.


Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?
3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:
1-Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
2-Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
3-Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan.Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.


Bagaimana ACD digunakan?
Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum

Thursday, September 16, 2010

KOPI RADIX-APA ITU 4R




Kopi RADIX adalah minuman harian dengan komposisi kopi pilihan. Gula murni serta krimer yang ditambah ramuan Ubat dari 7 jenis tumbuhan herba alami sehingga kopi RADIX dapat dijadikan sebagai minuman kesihatan yang sangat aman karena kesan negatif kafeinnya telah di neutralise oleh ramuan herba di dalamnya serta berkhasiat jika diminum setiap hari dengan dos yang tepat. Bahan utamanya adalah akar ( RADIX ) tongkat ali ( Eurycoma longifolia ) yang disinergikan dengan 6 herba pilihan iaitu : teja lawang ( Cinnamommuminers ). Tebu gajah . Mata pelanduk ( Ardisia Crispa) . Mengkudu hutan ( Morinda Eliptica ) Halban ( Vitex Pubescen ) Larak Hutan ( Polyathia Hypoleuca ).
Kopi RADIX terbukti dengana izin ALLAH SWT berkhasiat mencegah dan mengubati berbagai penyakit serta menjaga kesihatan tubuh kerana kopi RADIX memiliki keunggulan MULTIFUNGSI THERAPI 4R, iaitu Release, Relax, Regeneration, dan Refunction.



RELEASE
Sebab utama masuknya penyakit dalam tubuh adalah ketika terkumpul jutaan racun dalam tubuh yang terkumpul dari pencemaran udara, makanan dan minuman yang biasanya mengandungi perasa, pengawet, pewarna tiruan sehingga tubuh mengalami berbagai gangguan kesihatan, terutama gangguan di dalam perut (pencernaan ). Herba teja lawang ( Cinnamommuminers ) dan tebu gajah (Albizzia Myriophylia ) yang bersinergi dalam kopi RADIX dapat membuang racun dalam tubuh melalui buang air besar, buang air kecil, dan peluh. Proses ini juga disebut sebagai DETOKSIFIKASI.



RELAX
Stress yang berlebihan juga menjadi sebab lain dari munculnya berbagai gangguan kesihatan biasanya mereka yang mengalami strees bepanjangan akan menyebabkan sukar tidur, emosi tak terkawal dan spiritual yang menurun. Penyelesaian yang terbaik adalah merehatkan tubuh dengan kaedah DEEP SLEEPING atau tidur yang berkualiti. Kandungan vitamin c alami dalam akar tongkat ali dan mengkudu hutan akan menurunkan strees yang dialami oleh kita yang rutin mengamalkan kopi RADIX. Kandungan serat pada mengkudu Hutan juga akan merangsang tubuh untuk mengeluarkan hormon melantonin yang berperanan dalan proses DEEP SLEEPING.



REGENERATION
Akibat banyak racun yang masuk ke dalam tubuh kita yang menyebabkan sel-sel tubuh menjadi rosak, berbagai fungsi organ menurun seperti gagal ginjal , sukar memiliki keturunan, jantung, kencing manis, dan lain-lain. Ramuan herba pada kopi RADIX memiliki kelengkapan unsur yang diperlukan dalam melakukan REGENERASI SEL sehingga dengan meminum kopi RADIX secara rutin akan meningkatkan kemampuan tubuh untuk menggantikan sel-sel tubuh yang rosak atau mati.



REFUNCTION
Kerosakan sel dan penurunan fungsi pada organ yang menjadikan tubuh tidak mampu melawan penyakit apabila di biarkan akan mengalami disfungsi organ. Hal ini akan menyebabkan penyakit degeneratif. Regenerasi sel apabila dapat dijaga konsisten maka akan bernampakkan kesan positif pada proses pengembalian fungsi organ tubuh ( REFUNCTION )



Dos :Pencegahan : 1 pagi 1 petang
Pengubatan Terapi : 1 pagi 1 tgh/hr 1ptg
Atau dos yang dianjurkan terapi HPA



KOPI RADIX
MINUMAN KESIHATAN UNTUK ANDA DAN KELUARGA
Minum KOPI RADIX secara rutin INSYAALLAH TERBUKTI mencegah/mengubati
penyakit : Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Urat, Migrain/Vertigo, Tumor, Kanser,
Ketagihan Merokok, Keputihan, Senggugut, Kecergasan, Kesuburan.
AL-ADAWIYAH.BLOGSPOT.COM

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010

HPA KOMUNITI IPOH MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN PADA SEMUA WARGA HPA DISELURUH MALAYSIA DIKESEMPATAN INI KAMI JUGA INGIN MENJEMPUT SEMUA AHLI DAN KELUARGA HPA KE SAMBUTAN HARI RAYA KAMI:

TARIKH:24 SEP 2010

TEMPAT:HPA CAWANGAN IPOH

JAM:8.00PM-11.00PM

MOGA DENGAN KEHADIRAN ANDA SEMUA AKAN MEMERIAHKAN LAGI SUASANA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA INI.
WASSALAM...

Friday, September 3, 2010

PENGHARAMAN PRODUK LYCHES DAN NARCISSUS


KESEMUA YG DI NYATAKAN DI BAWAH MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk "NARCISSUS" tersebut.


"Narcissus"

is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :


Canned Meat

Canned Seafood

Canned Fruits

Canned Vegetables

Seasonings


di atas adalah barang2 keluaran narcissus.


Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islamyg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website http://www.halaljakim.gov.my/


P/S: Gunakan produk HPA... "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Thursday, September 2, 2010

IFTAR RAMADHAN KOMUNITI IPOH

Pada 27 Ogos yg lepas HPA komuniti Ipoh telah mengadakan Iftar Ramadhan bertempat di cawangan HPA Ipoh .

Kehadiran sekitar 55 orang ahli memenuhi dewan HPA Cawangan Ipoh bagi meraikan sambutan Iftar Ramadhan dan Solat Tarawikh yang buat pertama kalinya diadakan di HPA cawangan ipoh

Ini menyebabkan juadah utama yang disediakan iaitu nasi Keledang dengan ayam organik masak merah 'habis licin'. Begitu juga menu dari pantai timur laksam dan kuih muih turut menjadi pilihan.Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran wakil Zon Tengah iaitu En Hasnol serta pekerja HPA cawangan Ipoh menambahkan lagi kemeriahan Iftar kali ini.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil, diikuti dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh saudara Sofian.Selepas maghrib ahli komuniti sempat mendengar maklumat terkini dan soal jawab mengenai Hpa yang disampaikan oleh En Hasnol mewakili Zon Tengah dan daripada PJS Cikgu Sani yang mewakili Komuniti Ipoh.Program berakhir selepas ahli komuniti bersama-sama solat Isyak dan Tarawikh berjamaah.

InsyaAllah majlis seperti ini akan diadakan setiap tahun dibulan Ramadhan kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan ukwah sesama ahli HPA.

Saturday, August 28, 2010

MINUMAN BERALKOHOL BARU

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.
Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, isu minuman beralkohol yang dijual sebagai minuman ringan bukanlah perkara baru.
Pada 1997, katanya CAP mendedahkan minuman ringan bernama Alcopops dijual sebagai minuman ringan sedangkan ia mengandungi sehingga 5% alkohol, masalah yang sama kemudiannya didedahkan lagi pada 2003.
Katanya, kajian CAP menunjukkan pada masa ini lebih daripada 15 jenis minuman ringan beralkohol berada di pasaran.
Minuman ringan beralkohol ini yang boleh didapati di dalam botol 275 ml dijual dengan harga RM4 hingga RM10.
Botol berisi jus berwarna yang menarik dengan nama tropical fruit, ice lemon tea, jus oren, lemon original tanke, lemon and lime flavour, orange-lemon flavour dan sebagainya.
Katanya, pengeluar menggunakan warna yang amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama sekali kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudiannya akan ketagih.
Contohnya, kata beliau minuman ringan ini juga dikeluarkan dengan warna merah jambu yang akan menarik kanak-kanak perempuan untuk mencubanya.
“Malah dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya 4% hingga 6.3% dalam minuman ringan ini,” katanya.
Menurutnya, bir yang diminum dengan meluas mengandungi 5% alkohol yang bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir.
Katanya, kebimbangan mula dirasai oleh guru-guru di Pulau Pinang selepas mendapati pelajar-pelajar mereka mengambil minuman ringan ini hampir setiap hari walaupun harganya tinggi.
“Menyedari akan minuman ini boleh menjadikan mereka ketagih kepadanya, guru ini telah meneliti label pada botol dan amat terkejut apabila mendapati minuman itu mengandungi alkohol.
“Menyedari betapa seriusnya masalah ini, beliau kemudiannya membawa perkara ini ke perhatian pihak CAP,” katanya.
Jelasnya, apabila CAP menemubual beberapa orang pelajar yang mengambil minuman itu, mereka tidak menyedari bahawa minuman itu mengandungi alkohol.
Tambahnya, sesetengah daripada mereka menyuarakan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa mereka selama ini sebenarnya mengambil minuman beralkohol.
Menurutnya, label yang jelas dengan maklumat kandungan alkohol tidak memberikan apa-apa makna memandangkan ia dicetak dalam huruf yang kecil dan ditenggelami oleh label berwarna dan menarik.
CAP, ujarnya percaya minuman ringan beralkohol boleh membawa kepada kegiatan samseng (gangsterisme) dalam kalangan pelajar sekolah.
Menurut Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2005, 32 pelajar terlibat dalam gangsterisme.
Bilangan ini telah meningkat kepada 60 orang pada tahun lalu. Pada 2008 sahaja 81 pelajar dikesan hubungan mereka dengan aktiviti gangster.
“Jelas minuman ringan ini menjadi langkah awal untuk ketagihan alkohol,” ujarnya.
CAP, ujarnya merasakan bahawa hak pengguna telah dicabuli dengan mendedahkan minuman beralkohol ke atas mereka tanpa pengetahuan mereka.
“Keadaan ini amat tidak sihat kepada generasi muda. Minuman beralkohol boleh merosakkan sel otak dan menjejaskan deria mereka, ini memberikan kesan negatif terhadap prestasi akademik mereka,” katanya.
Beliau berkata, pihak pengeluar menggunakan taktik itu untuk meningkatkan jualan mereka dan memang mereka menyedari bahawa alkohol dalam minuman itu cenderung untuk menjadi ketagih untuk mengambil minuman ringan mereka.
Akhirnya, kata beliau ia akan membawa mereka kepada ketagihan kepada minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya.
“Jelas sekali ini merupakan cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan yang berterusan untuk syarikat alkohol,” katanya.
Memandangkan bahaya minuman beralkohol yang bertopengkan di bawah nama minuman ringan, CAP menyarankan pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan di mana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan, sebarang minuman yang dicampur alkohol perlu dilabelkan sebagai minuman beralkohol dan dijual menerusi kaunter minuman keras sahaja,
Selain itu, katanya tindakan perlu diambil terhadap pengeluar minuman ringan yang melabelkan dan menjual minuman yang dicampur dengan alkohol sebagai minuman ringan.
Memandangkan minuman ringan adalah untuk semua pengguna, menambah alkohol ke dalamnya seharusnya tidak dibenarkan dalam pengeluaran minuman ringan

Friday, August 20, 2010

BERTUAHNYA MANUSIA




Ada sebuah kisah tentang tiga orang pemuda yang sedang bermain-main di pinggir pantai. Mereka sedang menikmati suasana pantai yang sangat sejuk. Mereka pun tidak lupa menceburkan diri ke laut. Setelah dirasa cukup, mereka kemudian keluar dari air dan berjemur.
Di tengah suasana pantai tersebut, ada seorang pemuda yang berucap, “Ah, alangkah nikmat jika kita menjadi ikan. Kita akan bisa berenang ke sana ke mari. Kita juga tidak akan pernah merasa gerah.”Baru beberapa saat pemuda pertama berhenti berucap, pemuda kedua menimpali, “Alangkah enak juga tatkala kita bisa menjadi burung yang bisa terbang ke tempat yang sangat jauh.
Kita pun bisa menikmati pemandangan terindah yang ada di dunia ini.”Mendengar pernyataan kedua temannya, pemuda ketiga ikut berujar, “Kenapa kita tidak pernah mengatakan alangkah nikmat dan enak menjadi manusia? Bukankah Allah telah memberi kita potensi yang tidak diberikan kepada kaum burung ataupun kaum ikan? Ya, memang kita tidak bisa terbang laksana burung. Akan tetapi, dengan menggunakan segenap kemampuan, kita bisa membuat pesawat atau alat-alat lain yang bisa membawa kita terbang laksana burung. Bukankah dalam pesawat kita bisa makan, berpikir, merenung, bahkan tidur?
Coba kita bayangkan, berapa banyak burung yang bisa makan, tidur dan merenung saat dia terbang? Atau, jangan-jangan tidak ada.”“Sama juga dengan angan-angan menjadi ikan,” tambah pemuda ketiga ini. “Kenapa kita tidak mengatakan betapa nikmat dan indah menjadi manusia.
Seekor ikan tidak pernah bisa melihat daratan dan juga tidak bisa melanglang buana mengarungi angkasa. Jika pun mampu melihat dan dapat hidup di daratan, ikan tidak akan mampu bertahan lama.”“Sebaliknya, kita sebagai manusia hampir bisa melakukan hal yang dilakukan oleh kaum ikan, meski tidak semuanya.
Adapun kaum burung dan kaum ikan sendiri tidak bisa melakukan hal yang kita lakukan. Jadi, kenapa kita tidak mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita?”Setelah berkata demikian, pemuda ini menoleh ke arah kedua temannya. Ternyata, kedua teman disampingnya ini sejak tadi memperhatikan dan mendengarkan kata-katanya. Tidak lama kemudian, kedua pemuda ini pun menganggukkan kepala tanda mengamini pendapat dan penjelasn pemuda ketiga ini.Sahabat, kita sering memiliki persepsi dan paradigma seperti pemuda pertama dan kedua di atas. Sebaliknya, banyak dari kita yang tidak memiliki pemikiran seperti pemuda yang ketiga. Betul kata pemuda ketiga ini. Bukankah karunia yang diberikan oleh Allah kepada manusia, kepada kita, begitu besar dan sangat banyak? Sebenarnya, pertanyaan yang paling pantas untuk diajukan adalah bukan alangkah enak menjadi ikan atau burung, tetapi sudah sejauh mana potensi yang kita miliki dimaksimalkan?Allah memberi kita banyak sekali potensi.
Permasalahannya, sudahkah pusparagam potensi tersebut kita kembangkan? Sahabat, kehidupan ini sangat singkat. Jika potensi-potensi tersebut tidak kita maksimalkan, kesia-siaanlah yang kita dapatkan. Padahal, jika kita kembangkan dan maksimalkan potensi-potensi tersebut, kita bahkan akan lebih baik daripada burung ataupun ikan.Sahabat, kita adalah makhluk Allah yang paling sempurna. Sangat banyak kemuliaan yang diberikan kepada kita. Jadi, mengapa kita hanya ingin seperti burung, ikan, atau yang lain? Mari kita mensyukuri karunia dan nikmat yang Allah berikan.
Mari kita mengoptimalkan fungsi otak, tangan, kaki, dan hati kita. Semua karunia itu Allah jadikan sebagai bekal kita dalam menapaki kehidupan ini. Tapak-tapak kearifan akan bisa kita petik dengan pengoptimalan karunia sekaligus potensi-potensi tersebut.

Saturday, August 14, 2010

TERKINI! SATU RAHSIA SAINS TERBONGKAR !


Punca utama segala penyakit ialah buangan berasid dalam badan.
• Musuh besar ini mesti anda singkirkan dahulu untuk menjadi sihat.
• Diet, ubatan atau suplimen serta senaman harian tidak akan berkesan selagi musuh ini berada dalam tubuh anda.
• Tahukah anda apa dia musuh besar anda ini?
• Ianya tak lain dan tak bukan adalah bahan buangan berasid yang terperangkap dalam badan anda yang membunuh anda secara senyap hari demi hari!
• Bahan buangan berasid inilah yang menyebabkan kanser, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesity/ kegemukan, penyakit kulit tegar, sakit sendi, perut sengkak, murung, kelesuan, hilang daya tumpu dan mudah berang..
• Selagi ianya tidak disingkirkan selagi itulah:
1. Berdiet macam mana pun tidak akan menurunkan berat badan,
2. Makan ubat, makan supplement juga tidak bermakna, dan
3. Senaman atau jogging hanya memenatkan sahaja.


HPA ada berita gembira untuk anda…
Peluru sakti untuk menyingkirkan kondisi berasid dalam badan anda ialah Alkaradix ChloropHyll Drops yang beralkali tinggi. Hanya satu titis sahaja dalam segelas air mampu melonjakan pH air dari 7 ke 9 atau lebih.
Tanpa air alkali pH tinggi (pH8.5 ke atas) buangan berasid akan terus mengancam nyawa anda.
Alkaradix ChloropHyll Drops : Pelonjak Alkali, penyingkir Asid – Alkaline Booster, Acid Buster
Herba / Ubat kurang mujarab kalau badan masih berasid.
Alkaradix ChloropHyll Drops membantu mengurangkan asid berlebihan dalam badan anda dengan 7 faedah kesihatan:
Kurangkan Yang 1 … Redakan Yang 7 …
KURANGKAN ASID
BOLEH MEREDAKAN
1. TOKSIK
2. LEMAK & KOLESTEROL
3. PENYAKIT OTOT & SENDI
4. SEMBELIT & KEKERINGAN DALAMAN
5. PENYAKIT KULIT TEGAR
6. BATU KARANG
7. KANSER
Alkaradix Chlorophyll Drops dijual 100% oleh HPA dengan harga hanya RM50.00 sebotol yang mampu mengalkalikan sehingga 500 botol air saiz 500ml.
Produk seumpama ini di pasaran luar dijual dengan harga antara RM80.00 dan RM120.00
Harga pengedar HPA cuma RM45.00 dengan 10 NM.
Ingat:
1. Ibu kepada penyakit kronik ialah buangan berasid dalam badan.
2. Bapa kepada penawar penyakit kronik ialah minuman air beralkali.
3. Raja kepada Air beralkali ialah ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS.


Ulasan Pengarah Urusan HPA


Produk baru HPA Chlorophyll Drops ini merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal (rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi) yang di jual di pasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng”alkali”kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
“Buang asid buang penyakit” merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.
Masukkan 3 titis sahaja klorofil HPA ke dalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.
Air dari Water Filter Dew HPA ialah pH 9.++. Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba.

Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 5000Sabah & Sarawak: RM
Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia: RM 45.00Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 10

Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAM

HPA KOMUNITI IPOH INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA BUAT SEMUA WARGA HPA DISELURUH MALAYSIA ........

Monday, August 9, 2010

KELAS MINGGUAN IPOH SPECIAL

Malam mingguan Ipoh pada 7 Ogos 2010 telah menarik kehadiran 29 orang pengedar HPA di sekitar Ipoh. Perjumpaan ini merupakan mingguan terakhir sebelum Ramadhan. Ia telah diisi dengan pembentangan modul Isu kepenggunaan, Kenali Syarikat oleh PJS Mohd Sani dan modul perawatan oleh Herbalis Puan Shafariah dengan tajuk :Menu Sihat Bersama HPA.

Pengedar Komuniti Ipoh juga berpeluang menunjukkan kreativiti dengan menyediakan menu sihat berasaskan produk HPA. Terdapat 4 penyertaan iaitu:

1. Menu 1: Nasi Lemak Mesra Jantung oleh PJ Shafariah Ibrahim
2. Menu 2: Ayam Organik Bersos Cuka Nipah oleh Pjx Puan Pauziah
3. Menu 3: Nasi Kurma Aren & Ayam Organik oleh PRX Pn Haslinda
4. Menu 4: Nasi Ayam Organik oleh Pn Hashimah

Menu Nasi Lemak Mesra Jantung menjadi tumpuan dengan rasanya yang luar biasa kerana menggunakan minyak zaitun HPA menggantikan santan kelapa, Corcumin sebagai pewarna organik, Mega 3 Kapsul dan Madu sebagai perisa, Sos Cili dan Sos Tomato sebagai ramuan utama sambal ikan bilis.

Pertandingan ini dihakimi oleh PJS Nik Ahmad Saikhan dan PJS Cikgu Sani. Johan pertandingan menyediakan menu sihat ini akan diumumkan semasa jamuan berbuka Puasa Mega Ipoh yang akan diadakan pada minggu ke 3 Ramadhan. Insyaallah.

Pada malam itu juga ahli berpeluang mendapat tip cara menaja oleh PJS Nik Ahmad yang sudi berkongsi ilmu.

Bagi yang berminat untuk mengetahui cara penyediaan Nasi Lemak Mesra Jantung bolehlah menghubungi Unit Herbalis Pn Shafariah di h/p 013 664187.

Kelas mingguan Ipoh diadakan semula pada hari Jumaat minggu kedua bulan Syawal.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA WARGA HPA KOMUNITI IPOH DAN SEMUA WARGA HPA SELURUH MALAYSIA.

Wednesday, July 28, 2010

KPJ bersejarah di HPA Cawangan Ipoh




'Panglima' HPA menggegar Ipoh

Pada hari Isnin yang lalu bersamaan dengan 14 Sya'ban 1431H, berlangsungnya Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh 'Panglima' Tn Hj Zakaria bin Mohamad dan tetamu jemputan istimewa malam tersebut ialah Sheqal, bekas penyanyi terkenal suatu ketika dahulu yang popular dengan lagu bercorak nusantaranya. Saudara Sheqal dijemput untuk mendeklamasikan sajak beliau yang bertajuk " Pejuang Seni".



Kehadiran Sheqal menghangatkan lagi HPA yang telah sedia 'hot'

KPJ kali ini bertajuk "Unsur-unsur panas dan sejuk (Yin dan Yang), adalah sambungan daripada KPJ siri yang pertama dahulu. Pelbagai tips menarik diberikan oleh Tn Hj Zakaria, antaranya cara mandi yang betul, cara penggunaan Sirap Aren, Bedak Dingin HPA dan banyak lagi.

KPJ ini dipengerusikan oleh Saudara Zuki bin Jusoh.



Saudara Zuki sedang mempengerusikan KPJ Ipoh

Rakaman video oleh Saudara Zulkifli

Sebelum kuliah ini dimulakan, terlebih dahulu dijemput PJS Cikgu Sani menyampaikan kata-kata aluan. PJE Mohd Ayub pula dijemput selepas itu untuk memberikan testimoni beliau mengenai penggunaan Herba Tuju Angin selepas beliau pulang dari Umrah. Minyak But-but pula beliau aplikasikan ke atas kucing beliau yang mengalami luka-luka.

PJE Mohd Ayub sedang berkongsi testimoninya

Sejurus selepas itu, Tn Hj Zakaria memulakan kuliah perubatan beliau selama 1 jam 45 min bermula dari 9.15 malam sehingga 11 malam.

Testimoni kedua selepas itu disampaikan oleh PJ Puan Shafariah mengenai masalah 'berdesing' di telinga apabila beliau menggunakan telefon bimbit. Beliau menggunakan HB dan masalah itu hilang sama sekali. Teh Herba beliau gunakan untuk menyembuhkan kesan 'operation' semasa beliau melahirkan anak.

PJ Puan Shafariah bercerita tentang pengalamannya mengamalkan produk HPA

Sebagai penutup KPJ malam itu, Sheqal sekali lagi dijemput untuk menyampaikan sebuah nasyid lama dan dinyanyikan beramai-ramai bersama hadirin. Mengagumkan, suara beliau masih lagi kekal merdu dan nyaring seperti dahulu.

Penyampaian cenderahati diberikan kepada 2 orang peserta testimoni tadi dan 5 cabutan bertuah disampaikan kepada pemenang.

Majlis berakhir pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah.


Bergambar kenangan beramai-ramai bersama Tn Hj Zakaria dan Saudara Sheqal

Saturday, July 24, 2010

Kisah Palestin dan Firaun Moden..baca dan hayati betul-betul!!!



Ini cerita daripada seorang pemberita sebuah stesen tv swasta, Razali Awang yang turut serta dalam missi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ni. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di sana yang padanya pengalaman ini tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatnya.

Pada Razali, Mesir adalah sebuah Negara Firaun moden. Nama sahaja Negara Islam tapi, pemimpinnya dah mengamalkan dasar-dasar tersangat sekular. Mereka di Negara ini sanggup kencing di dinding2 masjid dan pemimpinnya sanggup menyekat sempadan yang hanya satu-satunya jalan untuk ke Gaza . Makanan dan ubatan2 semua rosak dekat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir dan Gaza ini hanyalah 14km sahaja panjangnya. Kalaulah sekatan ini tidak dilakukan tentunya rakyat Palestin tidak akan kebuluran... Bagaimanapun, Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas. Inilah sikap biadapnya Negara Mesir yang mempunyai manusia tidak berhati perut. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang di interviewnya, mengatakan Malaysia tiap Jumaat dibacanya Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin.

Di Mesir, berapa banyak checkpoint terpaksa dilalui dengan peritnya. Ada yang meminta rasuah, untuk 500meter perjalanan dengan bas dikenakan caj sehingga RM70!!!, tetapi dengan pertolongan Allah SWT, semua halangan dapat dilepasi. Memang jelas Mesir adalah Negara bersekutu kuat dengan Negara kafiaq Amerika and Israel.

Gaza ( Palestine ) pula terbahagi kepada dua iaitu Hamas dan Fatah. Sebelah Fatah ada kasino! Mengikut kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila mendengar yang ini). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan Mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan friendly as compared to other Arabs khususnya yang dekat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan di sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .Boleh kalahkan seperti Los Angeles kalau tidak ada peperangan..

Sementara Hamas pula memang mempunyai kalangan yang rela mati untuk mati syahid. Rela mati bila-bila waktu sahaja. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang mengucapkan "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yang melekat pada dinding bangunan rosak, tidak busuk walaupun sudah berminggu-minggu! Mayat tidak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil, kononnya itu tempat simpanan senjata. Hamas ada 25,000 orang. Tidak ada senjata canggih tapi yang mati hanya 100 orang lebih sahaja! Hamas ini beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni seorang mati, esok lahir lagi seorang bayi!


Jika sesiapa yang melihat gambar ini, lalu tidak merasa apa-apa perasan simpati dan sedih atau marah, memang hatinya umpama hati Syaitan, kerana syaitan amat menyukai kekejaman dan ketidakperikemanusiaan seperti yang dilakukan oleh Rejim Yahudi Laknatullah ini.



Israel adalah Negara yang memang pengecut sebab tidak berani berperang satu lawan satu dengan Hamas, hanya berani duduk dalam kereta kebal sahaja. Lepas tu serang menggunakan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tahu Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel ini memusnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ini makan masa bertahun2 hendak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebuluran dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak pernah hendak ikut! Ada back-up besarlah dibelakang katakan!


Pengkhianat Islam dan Umatnya!!!



Sementara itu, Rakyat Palestine Sedih dilihatnya. Mereka merebus rumput untuk jadikan makanan sebab dah tidak ada makanan lain. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit atau lain2 pembedahan terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tidak ada. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus. Sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata sudah tidak ada apa2 yang tinggal lagi… semuanya sudah menjadi abu!!! Ada yang nampak serpihan2 tulang di sana sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi, antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA adalah negara jiran yang paling dekat dengan kita...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel!

So friends, kita terus doa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasallam.

p/s : jangan berdoa je, bertindaklah sedaya upaya kita, kalau boleh pergi serang Israel, pegi la...tapi rasanya berapa kerat je yang nak...tapi alternatif kita yang ramai boleh buat adalah BOIKOT produk mereka-mereka yang ada kepentingan dengan US dan Israel...tak kiralah walaupun orang Melayu sendiri...kita terpaksa kerana niat kita adalah untuk membantu umat Islam, saudara segama kita yang tertindas. Adakah anda seperjuangan dengan kami?

Produk Baru kembali lagi....!!!!!

Kuala Lumpur, 23hb Julai 2010.Pengarah Urusan di iringi PU2, GM, PJS HPA telah melancarkan produk baru HPA selepas selesai KPJ K.Lumpur di Hotel De Palma Ampang




Jadi, jom pakat 'support' produk kita yang Halalan Wa Toyyiba. Tanpa sokongan dari anda, ekonomi Islam susah nak membangun...senang susah dihadapi bersama, dalam perjuangan tak pernah senang, kerana syurga itu mahal harganya, limpahkan titik peluh anda demi habuan di sana....

GEMPUR!!!!!

Tuesday, July 20, 2010


petikan akbar: (hmetro.com.my)

Oleh Zainuddin Zain

2010/07/19 RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menawan pasaran makanan segera di Malaysia.

RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Premis terbaru RFC dibuka di Kubang Kerian, Kelantan akan dirasmikan pada 25 Julai ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, RFC cawangan Perlis di Seriab, Kangar dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad.

Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.

Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).

Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.

“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).

Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.

Saturday, July 17, 2010

KHASIAT KACANG BADAM



Tentu ramai yang biasa makan Almond London terutama apabila menjelang musim hari raya. Memang sedap.. Selain ia dijadikan bahan campuran dalam makanan seperti kuih, ia juga boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang dan sebagainya. Tahukah anda almond atau badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.

Badam sememangnya diketahui penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Selain kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Terdapat berbagai lagi khasiat badam sebenanya yang tidak dapat disiarkan di sini. Jika anda ingin tahu lebih lagi di harap, rujuklah di buku-buku atau di internet..


INFO;SEGALANYA TENTANG TUMBUHAN

PETIKAN UCAPAN FB PENGARAH URUSAN HPA

Antara ucapan beliau:

NO.1 : RFC Kangar, Perlis selamat dirasmikan oleh PU HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad bersama para pemimpin dan ahli-ahli HPA semalam. Hari ini pula RFC Kubang Kerian memulakan operasinya dan dijangka akan dirasmikan pada penghujung bulan ini. Pehak HPA masih menanti tarikh yang diberikan oleh YAB menteri besar Kelantan untuk perasmian ini. InsyaALlah. Semua ahli HPA , mohon beri sedikit masa untuk singgah di restoran kita bersama ini.

No.2 : Isu kopi naik harga tidak melemahkan semangat ahli-ahli HPA , mereka merasakan wajar HPA melakukannya dan jangan sampai kopi tak boleh dikeluarkan kerana terpaksa menanggung kos -kos akibat peningkatan harga barang. Koko radix juga akan dinaikan harga pada bulan ogos nanti kerana kos baru masih tidak memberikan keuntungan sesen pun pada HPA malah sedikit kerugian. Perjuangan perlu diteruskan.

No.3 : Fresia akan menjadi pilihan utama,pencuci kain cecair yang berkualiti tinggi,sedang aktif mencukupkan keperluan seluruh Malaysia.Target jualan pertama ialah 100,000 botol selepas diiklankan dalam TV nanti. Tunggu hingga produk cukup dipasaran.

No.4 : Terima kasih pada ustaz Ramizu selaku presiden KPT,ajk dan semua pemimpin dan ahli2 yang mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di RFC Kubang Kerian malam tadi. Semoga RFC boleh membuka 3 buah lagi di negeri Kelantan dengan sokongan seluruh warga HPA.Amin.

No. 5 : Terima kasih kepada pengarah LPP negeri Perlis dan Pengarah Fama Negeri yang berkesudian hadir dalam majlis pelancaran RFC semalam. Semoga HPA dapat berkerjasama dengan agensi kerajaan bagi keuntungan ekonomi masyarakat setempat.

No. 6 : Harga ayam juga sepatutnya semakin meningkat tetapi HPA menetapkan harga ayam tidak berubah sehingga hari ini. HPA Farm akan cuba mempertahankan harga produk halal utama ini untuk kegunaan semua ahli. Dijangka pada akhir tahun ini jumlah ayam akan meningkat kepada sejuta ekor satu pusingan.

No. 7 : PIC Khas – pengetahuan produk HPA membicarakan lebih 100 produk herba yang telah berada didalam pasaran. Terbuka untuk 300 orang peserta sahaja. pada 7/8 Ogos 2010 di Dewan Omar Mukhtar Sg.Petani hubungi HPA Call Centre 04 9776805

No. 8 : PBC Mega yang diadakan dibawan KPA diharapkan berjaya mencukupkan peserta 200 orang. Hingga kini di maklumkan sudah melebihi 100 orang.

Thursday, July 15, 2010

DR ROBERT FAROOK DICKSON CRANE


Solat Jumaat 'hidayah' Dr. Crane
Susunan SITI AINIZA KAMSARI


--------------------------------------------------------------------------------

BELIAU dapat 'membaca' sesuatu ekoran perlumbaan kuasa tentera dan senjata antara dua kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan Rusia. Lazimnya AS akan menundukkan mana-mana kuasa lain yang cuba bersaing. Apatah lagi cuba mengatasi kehebatan teknologi persenjataan yang dimilikinya.
Bagaimanapun, agak pelik apabila pada suatu hari Rusia memperkenalkan teknik-teknik senjata yang lebih moden dan canggih sehingga melibatkan ruang angkasa di sebuah negara sekutu Rusia, iaitu Cuba, menyebabkan AS menggelabah.
Sudah tentu AS tidak senang duduk kerana bimbang Cuba dijadikan pangkalan tentera baru kepada Rusia untuk menyerang negara kuasa besar itu.
"Apabila Rusia memberi jaminan akan menarik balik segala kemudahan ketenteraan di Cuba tentu sahaja ia adalah syarat yang mesti dipenuhi oleh AS bahawa mereka sama sekali tidak boleh menganggu pemimpin Cuba, Fidel Castro dalam usaha berterusan AS menjatuhkan pemimpin itu.
"Jika mereka masih berkeras memburu dan menjatuhkan Castro, maka alamatnya segala kemudahan tentera di Cuba akan 'dihidupkan' untuk menyerang AS. Begitulah liciknya Rusia dalam memberi jaminan pengaruh komunis di Cuba tidak akan mengancam AS," tulis Robert Dickson Crane dalam satu artikel mengulas strategi perang psiko antara AS dan Rusia.
Crane ketika itu adalah pelajar di Fakulti Undang-undang Universiti Harvard. Tanpa disangka artikel itu dibaca oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon ketika dalam penerbangan dari California ke New York.
"Sejurus mendarat di lapangan terbang, iaitu pada Januari 1963, Nixon terus memanggil saya dan bertanya sama ada saya sedia menjadi penasihatnya untuk urusan politik luar negara," kata Crane.
Begitulah bertuahnya Crane natijah tulisannya itu yang berjaya menarik minat Presiden AS yang ke-37 itu untuk menjawat tugas yang cukup mencabar iaitu dari tahun 1963 sehingga 1968. Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah di Dewan Keamanan Kebangsaan.
Sepanjang dunia kerjayanya, semasa pemerintahan Presiden Ronald Reagan pula Crane menjadi Duta Besar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Semua tugas tersebut memberi cabaran yang getir namun berbaloi kerana menggabungkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang cukup berharga kepada Crane.
Tugasnya sebagai Penasihat Luar tersebut membawa Crane terlibat secara langsung dengan pelbagai persoalan dan pergolakan politik yang berlaku di dunia luar AS.
Beliau sedaya upaya memberi nasihat yang terbaik kepada Presiden apa yang terbaik dilakukan untuk polisi dan dasar luar mereka.
Namun amatlah penting bagi Crane membaca banyak bahan bacaan, iaitu tentu sahaja buku-buku, artikel dan jurnal. Ini membuatkan beliau turut membedah topik-topik agama dan mesti mengambil tahu mengenai apa juga agama terutama Islam.
"Saat itu saya telah membaca sedikit mengenai Islam kerana saya mula terfikir untuk menjadikan Islam itu 'rakan' sekutu kepada AS yang paling kuat untuk tempoh paling lama semata-mata untuk melawan pengaruh dan kuasa komunis.
Prejudis
"Ini kerana kami (saya dan Nixon) menganggap komunis sebagai ancaman kepada dunia," tuturnya ikhlas.
Begitu pun sebenarnya Crane mempunyai pemikiran yang sangat kotor mengenai Islam. Ia berpunca daripada sikapnya yang prejudis dan tidak pernah mengambil serius ajaran sebenar Islam.
"Yang saya tahu mengenai Islam hanyalah setiap Muslim yang baik harus membunuh penganut Kristian dan syurga bagi agama Islam ini tidak ubahnya seperti rumah pelacuran.
"Saya tidak pernah berminat mempelajari dan mengenali agama ini kerana bagi saya, Islam sebuah agama yang primitif," katanya.
Namun Crane akhirnya 'menjilat air ludahnya sendiri'. Islam yang dikatakan kotor dan menjijikkan itu akhirnya menjadi agama anutannya sehingga beliau kini dikenali sebagai Dr. Robert Farook Dickson Crane.
Semuanya bermula ketika beliau dan isteri berada di Bahrain iaitu pada musim panas 1977. Walaupun dalam keadaan suhu yang panas, cuaca yang cerah dan cantik membolehkan Crane dan isterinya bersiar-siar melihat Istana lama di Al Muharraq, iaitu sebuah kota dagang tertua di dunia.
Namun Crane dan isterinya itu terpaksa melalui lorong-lorong yang sempit dan bersimpang siur.
Akhirnya seperti yang diduga pasangan ini tersesat jalan sehingga mereka bingung tidak tahu arah mana hendak dituju walaupun berada di tengah-tengah orang ramai.
Ditakdirkan tuhan, secara tiba-tiba muncul lelaki tua yang menawarkan bantuan kepada Crane dan isteri. Pasangan tersebut kemudiannya menerima pelawaan ke rumah lelaki itu untuk berehat.
Di rumah orang tua ini, Crane dan isteri begitu gembira kerana mendapat layanan yang cukup baik dan mesra. Mereka juga dihidangkan pelbagai makanan yang enak.
"Namun yang sukar dilupakan apabila kami berbicara pelbagai perkara lebih-lebih lagi orang tua itu seorang Islam. Yang menariknya kami lebih bicarakan mengenai isu-isu yang baik-baik dan buruk-buruk yang berlaku di dunia ketika itu.
"Ia termasuk peranan tuhan terhadap manusia tanpa sedikit pun orang tua itu menyelitkan perihal Islam. Sejak pertemuan itu, ia sangat meninggalkan kesan kepada saya untuk mengenali apakah Islam yang sebenar," katanya.
Orang tua itu berjaya membuat Crane tertanya-tanya mengenai Islam. Sebabnya, perilaku dan tahap pemikirannya bukan seperti yang selalu dianggap mengenai Islam dan para penganutnya sebelum ini.
Sehinggalah pada tahun 1980, Crane berpeluang mengikuti persidangan antarabangsa mengenai gerakan Islam di New Hampshire. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar gerakan Islam utama dunia.
"Pada tengah hari Jumaat itu saya mengekori mereka yang saya sangka masing-masing menuju untuk menikmati makan tengah hari.
"Namun, rupa-rupanya mereka hendak solat Jumaat di sebuah ruang bangunan yang dikosongkan dan hanya ditutupi permaidani.
Harus bersujud
"Pada mulanya saya ingin berpatah balik tetapi bimbang perbuatan itu akan menyinggung mereka lalu saya duduk di belakang para jemaah dan menunggu mereka solat," katanya.
Ketika itu yang menjadi imam solat ialah tokoh terkemuka gerakan Islam dari Sudan, iaitu Hassan At Turabi.
"Ketika itulah saat yang begitu menggetarkan perasaan saya dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila Hassan berjaya membawa dirinya dan seluruh jemaah sama-sama sujud kepada Allah.
"Walhal beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Jika beliau dapat sujud kepada Allah, bererti beliau berpuluh kali lebih baik daripada saya.
"Saat itu saya memutuskan saya juga harus bersujud sebagai tanda penyerahan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini," katanya.
Crane ialah salah seorang tokoh yang akan menyampaikan syarahan di Konvensyen Kesatuan Islam Antarabangsa anjuran Yayasan Ramadan di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Oktober ini.
Beliau akan berkongsi lebih banyak pengalaman sejak bergelar Islam dan memegang pe lbagai jawatan penting untuk pertubuhan Islam di Amerika.
Turut menyampaikan syarahan ialah tokoh terkemuka Islam dari Syria, Dr. Muhammad Saeed Ramadan Al-Bouti, mantan Perdana Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ramai lagi tokoh Islam yang lain.

PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN



Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Kerian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mulai 10hb Julai 2010, RFC KUBANG KERIAN telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan

Pakiaan PJS : Blazer dan berkasut (sliper tidak dibenarkan)
Pakaian Leader Lain : Baju Batik dan berkasut…(sliper tidak dibenarkan)

Semua PJS dan seluruh pengedar HPA dijemput hadir..

Ayuh warga Perak kita ke Kelate...