Sunday, July 17, 2011


Rombongan KPA bergambar bersama komuniti Ipoh sempena lawatan sambil perkongsian pengalaman pimpinan KPA.

Isnin 11 Julai, pimpinan KPA diketuai oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan semua ketua zon mengadakan lawatan sambil memberikan sedikit motivasi dan perkongsian pengalaman kepada para pengedar yang menghadiri kelas mingguan di dewan kuliah Cawangan Hpa Ipoh. Mereka terdiri daripada Pjs Hafidzan Faudzi, Pjs Rosmandi Ishak, Pjs Ismahali, Pjs Jamaluddin Yeop Majlis, Pjs Ahmad Azam Jaafar, Pjs Fauzani Abd Rahim dan Pjs Us Safuan Pamidi. Manakala Pjs tempatan yang hadir ialah Pjs Hj Jamaluddin Mohd Noor, Pjs Cikgu Sani Ibrahim, Pjs Nik Ahmad Shaikhan dan Pjs Abdul Jalil. Majlis dipengerusikan oleh Pelapis Pjs Rahaizan Mohd Noor dari Manjung Perak.

Dalam mesyuarat bersama komuniti Ipoh selepas itu, kelas mingguan yang telah ditetapkan oleh Komuniti akan diteruskan pada setiap hari Jumaat malam dan para pimpinan Kpa akan hadir sebulan sekali mengikut jadual yang akan dibuat oleh Sekteriat Latihan KPA selepas ini selain dari jemputan khas komuniti untuk menjemput mana mana pimpinan HPA dari seluruh Malaysia.

Mesyuarat bersama pada malam itu juga memutuskan pada hari Khamis 28 hb Julai ini akan diadakan Majlis Iftar (Majlis Berbuka Puasa Sunat hari Khamis) bersama Setiausaha Panel Syariah Ustaz Ahmad Adnan Fadhil dan jawatankuasa KPA yang kebetulan dalam perjalanan ke Program ESP2 Zon Utara di Sg Petani Kedah.

Program pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan buah durian yang dibawa oleh Pjs Cikgu Sani dari Bukit Gantang.



DARI BOLG KPA2U

KHASIAT BUAH DURIAN


Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

SUMBER DARI BLOG ANIZYN

Wednesday, July 13, 2011

LATIHAN KEJURULATIHAN 21 JULAI DI HPAIC


Latihan Kejurulatihan (TTT) ini untuk semua PJS dan Pelapis PJS KPA terutama yang bakal menjadi Mentor.

Kursus TTT diadakan utk memberi Mentor kefahaman bagaimana menjadi pembimbing dan fasilitator yg lebih efektif lagi. Supaya objektif laluan kejayaan akan dpt direalisasikan dgn lebih berkesan lagi.

Tentatif Program

Tarikh: Hari Khamis 21 Julai 2011

Tempat: Dewan Utama Menara HPAIC Shah Alam.

8 - 9.00pg:
Pendaftaran bermula


9-10:30pg
Modul 1:- Mentor-Mentee : Ke arah Melahirkan Usahawan Herbalis HPA Cemerlang (& bagaimana mndptkan peserta ESP&BESP)-PJS Cikgu Murad Abu Bakar

11.00pg -1.00tgh:
Modul 2:- Andragogi Pemantapan Peranan Mentor - PJS Mohd Ismahali Hj Ismail

2.00 - 4:30ptg
Modul 3:- Pengendalian LDK Efektif-PJS Hafidzan Faudzi

4:30ptg
Penutup & Sijil Mentor KPA

5:00ptg
Bersurai

SEMUA PJS DAN BAKAL PJS DI ZON TENGAH DIKEHENDAKI HADIR UNTUK MELATIH DIRI MENJADI MENTOR DALAM PROGRAM BENGKEL ESP

Tuesday, July 12, 2011

KELAYAKAN BARU PENGARAH JATI SETIA(PJS)


Pengarah Urusan Tn Hj Ismail mengumumkan PJS bukan lagi berpandu angka bonus. Tapi atas keaktifan mengisi program. Mulai sekarang semua Pelapis PJS (Pengedar berpangkat PJ keatas yang mempunyai bonus RM1,000 keatas) boleh memohon sebagai PJS melalui Kelab Zon masing-masing. Mereka yang memohon akan ditemuduga oleh Panel Syariah, GM AWM dan GM MIS.

Ini kenyataan dari blog GM AWM yang baru di posting tengahari tadi:

1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.

2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat lapuran penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keatifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.

3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada displin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secra langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.

4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.

5. Kelayakan dan Keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu advantage/kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.

5. Anggota Panel yang terlibat didalam penyambungan status PJS adalah terdiri seperti berikut;
a) Pengarah Urusan 1 HPA
b) Pengarah Urusan 2 HPA
c) Pengurus Besar AWM
d) Pengurus Besar MIS
e) Panel Syariah Ust Adnan bin Fadzil
f) Panel Syariah Ust Zolkarnain Abidin.

ESP MUSIM KEDUA....PERCUMA


ESP musim kedua yang akan bermula Julai ini dikenali dengan nama EKSLUSIF SENTUHAN PEMIMPIN akan diadakan secara PERCUMA.

Di peringkat Zon Tengah ESP percuma ini akan diadakan di Hotel Depalma Shah Alam pada hari Ahad 17 JULAI 2011.

KPA mensasarkan jumlah peserta dimusim kedua ini ialah seramai 1,000 orang. Oleh itu diminta para PJS dan Pelapis PJS dapat menggempur para pengedar dari seluruh kawasan Lembah Klang dan Negeri Perak untuk menghadirinya.

Sepertimana program ESP musim pertama, ESP kedua ini juga akan bermula jam 9 pagi dan taman pada jam 11 malam iaitu selama 14 jam. ESP kedua di Shah Alam ini pada 17 Julai ini akan dihadiri oleh PU2, GM AWM dan juga IKON2 dari Zon Timur seperti PJS US RAMIZU, PJS US JAMALUDDIN JUSOH, PJS JAFFAR ABD GHANI, PJS CIKGU CHE ABDUL RAHMAN dan PJS SITI ZAWIYAH @ NOR ZAKIAH.

Pada hari ESP dilangsungkan, PASAR ESP akan diadakan pameran dan jualan, Melaka Halal Hub, RFC, JHS, Muslimah, Jawi Filter, produk set lengkap, pemeriksaan kesihatan percuma, serta penjualan Produk-produk Khas seperti

Kopi Radix
Kopi Diet
Koko Radix
Mocha Radix
Radix Goat

Sila daftar segera dengan menghubungi nombor talian dibawah mengikut zon.

Zon Tengah: 013-6265260, 019-4554564,019-4490082, 019-4548727
Zon Timur: 013-4839727, 014-8463283
Zon Selatan: 013-4885717, 017-5963151, 017-7730103
Zon Utara: 0135849717

Cawangan Ipoh Antara 6 Cawangan Terpilih Sebagai Stesyen Utama HPA Zon Tengah


STESYEN UTAMA HPA adalah Cawangan HPA yang dipilih untuk dijadikan tempat menjalankan Bengkel ESP dan mempunyai produk yang mencukupi terutamanya produk killer seperti Kopi Radix, Minyak But But dan Omega 3 Softgel.

Baru baru ini Tn Hj Ismail telah mengumumkan sebanyak 25 buah cawangan akan dipilih berpandukan jualan semasa yang melebihi RM100,000 sebulan. Sasarannya selepas ini ialah setiap cawangan yang dipilih menjadi Stesyen Utama HPA ialah jualannya akan menjadi RM1JUTA sebulan.. Ini bermakna jika semua 25 stesyen utama beroperasi sepenuhnya nanti maka sasaran syarikat sebanyak RM25 juta akan menjadi kenyataan.. InsyaAllah...

Untuk kawasan Zon Tengah ini, Tn Hj Ismail sebelum ini telah menyenaraikan sebanyak 6 buah cawangan yang jualannya melebihi rm100,000 iaitu Cawangan Ipoh, Cawangan HPAIC Shah Alam, Cawangan Ampang, Cawangan Kajang dan Cawangan Bandar Baru Bangi.. Tetapi baru baru ini Tn Hj Ismail bersetuju menambah satu lagi Cawangan di Zon Tengah akan dijadikan Stesyen Utama iaitu Cawangan Rawang.

Ini bermakna bermula Julai ini 6 cawangan berikut akan menjadi Stesyen Utama di Zon Tengah:

1. Pasaraya Hpa Halal Mall di HPAIC Shah Alam Selangor.
2. Cawangan Ampang Selangor.
3. Cawangan Kajang Selangor.
4. Cawangan Bandar Baru Bangi Selangor.
5. Cawangan Bandar Rawang Selangor.
6. Cawangan Ipoh Perak.

Semua cawangan yang menjadi stesyen utama ini disarankan mengadakan laman blog sendiri atau setidak-tidaknya mempunyai laman sosial facebook untuk memudahkan para pengedar dan pihak pengurusan mengetahui apa yang berlaku di stesyen utama ini nanti seperti kekurangan produk, produk terkini, bengkel2 yg bakal dijalankan di cawangan berkenaan dan lain lain maklumat semasa.