Thursday, July 30, 2009

SUASANA KONVEK 2009







Permandangan gerai Radix Industri sdn.bhd








Pekerja RFC sempat bersarapan sebelum mulakan tugas.....









permandangan gerai aiskrim Toyyibah.

Wednesday, July 29, 2009

PENERIMA ANUGERAH KONVEK 2009




Kelab komuniti ipoh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada semua para penerima anugerah dari perak.Ini saje gambor yang ade..
PERAK BOLEHHHHHH.......Gempur...inyaallah

Wednesday, July 22, 2009

Sekadar renungan.....

Pada suatu petang,sewaktu pulang dari makan tengahari ,para pekerja disebuah syarikat terperanjat apabila terlihat satu nota yang dilekatkan pa da cermin pintu masuk office.Nota itu menberitahu salah seorang ketua yang selami ini menyusahkan dan menyekat prestasi mereka sedang sakit tenat."Anda semua boleh menziarahi beliau didalam bilik khas sebelah bilik mesyuarat utama"
Daripada sedih timbul pula perasaan gembira dikalangan pekerja tersebut kerana yang sakit tenat itu adalah ketua yang selama ini banyak menyusahkan dan dan menghalang kejayaan mereka.Baguslah,kata para pekerja itu,kalau mati lagi bagus kata mereka........
Bagaimanapun apabila mereka semakin hampir dengan bilik tersebut,para pekerja saling bertanya "siapa ketua yang sakit itu?...
Pintu dibuka dan seorang demi seorang masuk,tiba-tiba mereka terdiam.Para pekerja ini berdiri dan memerhatikan sesuatu pada dinding bilik itu.
Sebenarnya didalam bilik itu tiada sekujur tubuh pun ketua mereka yang sakit sepertimana yang mereka harapkan...yang ada hanyalah sebuah cermin dan sesiapa yang memandang cermin besar itu akan melihat dirinya sendiri.disebelah cermin itu terdapat nota yang tertulis "ANDA"
"Andalah yang boleh mengubah hidup anda sendiri.Hanya andalah saja mampu menjadikan hidup anda ceria dan mencapai cita-cita yang anda inginkan.Hidup tidak akan bertukar atau berubah apabila syarikat,ketua atau kawan-kawan anda bertukar....
Sebaliknya, hidup anda hanya akan bertukar dan berubah apabila anda sendiri yang menukar sikap dan berubah.Apabila anda melakukan sesuatu dengan baik,jujur dan lebih daripada yang diharapkan ,dan apabila anda menyedari bahawa andalah satu-satunya manusia yang bertanggugjawab kepada diri dan hidup anda sendiri...

Tuesday, July 21, 2009

Sejenak di RFC Sg Petani





















Jul 18 hari bersejarah buat temanku Fazli. beliau teringin sangat utk menikmati RFC. Setelah merasai kelazatan ayam RFC beliau ingin terus menjadi ahli HPA. Katanya insyaallah beliau akan membawa isteri dan anak beliau menikmati kelazatan ayam RFC ....

Suasana di dalam RFC ..... untuk ahli-ahli yang belum sampai disana............pergi jangan tak pergi yop/yong



Sunday, July 19, 2009

Kursus Kiropraktik 19-julai-2009
















Pada 19 julai bertempat didewan cawangan ipoh kelab komuniti ipoh telah menganjurkan kursus pembetulan tulang belakang (kiropraktik).Seramai 30 orang ahli telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dikendalikan oleh pasangan romantik iaitu herbalis puan Shafariah dan Pje cikgu Sani(tak lama lagi pjs insyaallah).banyak ilmu yang telah diberikan oleh mereka kepada peserta.....terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

Sedikit info........

Habbatus Sauda
Tumbuhan herba renonculacees yang berasaldari Laut Mediteranean.ia ditanan bagi mendapatkan biji dan bunganya.Bijinya berwarna hitam dan bersaiz besar ,ianya sering digunakan didalam perubatan kerana kandungan minyaknya mudah meruap (Volatile Oil) yang tinggi.

Kismis
Dipercayai unsur makanan kejiwaan yang baik oleh kerana ia dapat menenangkan sel saraf dan juga bertindak sebagai pelawas makanan paling berkesan.Ia juga diperakui dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan,hafalan dan kosenstrasi.

Kurma
Makanan utama Rasulullah SAW,buah kurma atau tamar juga diakui sebagai makanan yang paling cepat diproses untuk menberi bekalan tenaga kepada tubuh serta tinggi kandungan kalsium selepas susu.

Madu
Dianggap sebsgai penawar perbagai penyakit zahir dan batin.ianya sangat baik untuk kesihatan,kencatikan kulit dan kecerdasan otak

Wednesday, July 15, 2009

Kalimah ALLAH dalam kopi Radix HPA




SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada pengedar HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA yang dibancuh oleh anaknya.
Berfirman Allah SWT yang bermaksud:" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )