Wednesday, July 22, 2009

Sekadar renungan.....

Pada suatu petang,sewaktu pulang dari makan tengahari ,para pekerja disebuah syarikat terperanjat apabila terlihat satu nota yang dilekatkan pa da cermin pintu masuk office.Nota itu menberitahu salah seorang ketua yang selami ini menyusahkan dan menyekat prestasi mereka sedang sakit tenat."Anda semua boleh menziarahi beliau didalam bilik khas sebelah bilik mesyuarat utama"
Daripada sedih timbul pula perasaan gembira dikalangan pekerja tersebut kerana yang sakit tenat itu adalah ketua yang selama ini banyak menyusahkan dan dan menghalang kejayaan mereka.Baguslah,kata para pekerja itu,kalau mati lagi bagus kata mereka........
Bagaimanapun apabila mereka semakin hampir dengan bilik tersebut,para pekerja saling bertanya "siapa ketua yang sakit itu?...
Pintu dibuka dan seorang demi seorang masuk,tiba-tiba mereka terdiam.Para pekerja ini berdiri dan memerhatikan sesuatu pada dinding bilik itu.
Sebenarnya didalam bilik itu tiada sekujur tubuh pun ketua mereka yang sakit sepertimana yang mereka harapkan...yang ada hanyalah sebuah cermin dan sesiapa yang memandang cermin besar itu akan melihat dirinya sendiri.disebelah cermin itu terdapat nota yang tertulis "ANDA"
"Andalah yang boleh mengubah hidup anda sendiri.Hanya andalah saja mampu menjadikan hidup anda ceria dan mencapai cita-cita yang anda inginkan.Hidup tidak akan bertukar atau berubah apabila syarikat,ketua atau kawan-kawan anda bertukar....
Sebaliknya, hidup anda hanya akan bertukar dan berubah apabila anda sendiri yang menukar sikap dan berubah.Apabila anda melakukan sesuatu dengan baik,jujur dan lebih daripada yang diharapkan ,dan apabila anda menyedari bahawa andalah satu-satunya manusia yang bertanggugjawab kepada diri dan hidup anda sendiri...

No comments:

Post a Comment