Sunday, January 30, 2011

25 JUTA SASARAN HPA 2011

25hb Jan 2011 (Bdr Laguna Merbok Sg Petani): Mesyuarat Majlis Syura PJS yang di pengerusikan oleh Pengarah Urusan serta GM-GM telah bersetuju mensasarkan jualan tahun 2011 sebanyak RM25 juta. Pelbagai strategi gempur pasaran telah diputuskan bersama. Terima kasih Pengarah Urusan dan GM

Turut hadir Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal Ahmad Tajuddin, GM AWM, En Muhammad Faisol Abd Rahman, GM MIS, Puan Rashidah Bt Abdul Rahim, GM R&D, Tuan Hussin Bin Ghani, GM Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar, GM ITHPA/ SU Panel Syariah, Al-Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil, Juga dihadiri semua AGM Zon Timur, Tengah, Utara, Borneo, Selatan.

Manakala Majlis Syura PJS Malaysia ialah:
1. KPA: PJS Hadfizan, PJS Rosmandi, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Khalid Iskri dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.
2. KPU: PJS Azizan, PJS Ust. Zahir, PJS Pn Sharifah Sulaiman, PJS Asri dan PJS Jamaliah.
3. KPT: PJS Ramizu, PJS Jaafar Abd Ghani, PJS Cikgu Jalaluddin, PJS Ust Jamaludin dan PJS Ust Kamal.
4. KPS: PJS Habibah, PJS Rahmat, PJS Alimah Sam, PJS Shafie dan PJS Maslizar.




Mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 6.00 Petang, di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Urusan, Bdr Laguna Merbuk, Bdr HPA Sg Petani.

Antara ketetapan lain yang telah diputuskan bersama pihak pengurusan tertinggi HPA ialah:

1. Penajaan semula dikekalkan dengan cara lama iaitu hanya pengedar tak aktif yang menjadi ahli tahun 2007 kebawah sahaja dibenarkan.

2. Kenaikan harga kopi radix seperti berikut:

KOPI RADIX (15 sachet) - Harga Pengguna RM18.00, Harga Ahli RM16 serta 5 NM.

KOPI RADIX (papan 20 sachet) - Harga Pengguna RM23.00, Harga Ahli RM20 serta 6NM.

KOPI RADIX (Jumbo 32 sachet) - Harga Pengguna RM34.00, Harga Ahli RM30 serta 10NM.

KOPI RADIX DIET - Harga Pengguna RM18.00. Harga Ahli RM16 berserta 5NM.

3. Kenaikan harga dan Nilai Mata Produk Herba klasik seperti Tuju Angin, Malac, Radix, Vitex, Ardisia, Mengkudu, Morin-A, Plantisol, Pelawas, Ficus, Paramaria Plus, Cosinium Plus, Senggugut dan Keputihan yang sebelum ini berharga RM16 dan 8NM untuk ahli akan dinaikkan kepada harga baru RM20 dan 10NM untuk ahli dengan harga pengguna dinaikkan dari RM20 kepada RM25.00.

4. Produk baru JAWI WATER FILTER yang dikeluarkan sendiri oleh HPA akan mula dipasarkan semasa majlis KONVEK nanti dengan Harga Pengguna RM1700.00. Harga Ahli cuma RM1100.00 dengan 300 Nilai Mata. JAWI WATER FILTER ini mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama yang paling top dipasaran luar. Cuma yang pasti ianya adalah halal keluaran Muslim HPA.

5. Produk baru JAM TAWAF yang juga akan dilancarkan pada 5 Feb ini akan dijual dengan Harga Pengguna RM500. Harga Ahli RM450 berserta 100NM.

6. Album Nasyid Hijrah dari kumpulan UNIC yang memuatkan 10 Nasyid yang senikatanya disusun oleh Pengarah Urusan HPA sendiri akan dijual dengan Harga Pengguna RM30. Harga Ahli RM25 berserta 5 NM. Album ini juga akan dilancarkan semasa majlis Konvek Nasional di PICC pada 5 Feb ini.

7. Hpa juga akan mengeluarkan satu lagi produk baru sebagai alternatif kepada Kopi Radix iaitu MASTER GOAT (Campuran Kopi Radix dengan Susu Kambing).

Sehubungan dengan itu

SATU PERTEMUAN KHAS SEMUA PJS MALAYSIA BERSERTA PELAPISNYA AKAN DIADAKAN DI HPAIC PADA HARI SELASA 1 FEB 2011 DARI JAM 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

bagi membincangkan halatju dan gerakerja yang perlu dilakukan bermula 1 FEB ini untuk mensasarkan KE ARAH JUALAN BULANAN HPA RM25 JUTA dalam tahun 2011 ini...

SEMUA PJS DAN PELAPIS PJS dari seluruh Malaysia dijemput hadir. Makan tengahari disediakan oleh pihak syarikat.

dipetik dari kpa blog

Tuesday, January 25, 2011