Saturday, August 29, 2009

Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan

Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.
Penghinaan terbaru ke atas umat Islam
Ada seseorang yang menjumpai selipar yang menghina Islam di Tesco, Kampar.Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan. Orang kata Tesco company Yahudi, so tak peliklah. Jadi berhati-hati kerana diaorang sentiasa dengki dengan kesyumulan Islam.

Hanya 27 Ada Sijil Halal

BERITA UTAMA

Hanya 27 ada sijil halal

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.

Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.

Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.

“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.

“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.

Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.

Friday, August 28, 2009

Halal penentu sempurna ibadat

MEGA: Makanan halal adalah salah satu aspek kesempurnaan ilmu. Apa kesan bagi mereka yang 'membujur lalu melintang patah' dalam bab makan minum ini?

DR. AMINI: Makanan halal mencakupi semua perkara yang kita ambil seharian untuk membolehkan kita beribadat kepada Allah SWT dan menjalankan fungsi kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Rezeki kita mestilah datang daripada sumber yang halal jika kita ingin sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.

Mereka yang mengambil berat dalam soal makanan amatlah teliti sumber pengambilan makanannya. Ini kerana setiap makanan atau minuman yang kita ambil menjadi darah dan daging serta menjadi keberkatan hidup. Makanan yang kita ambil menentukan kecemerlangan ilmu.

Orang yang selalu memakan 'bangkai' (makanan yang tidak halal), tidak akan dapat mencapai kesempurnaan ilmu dan mencapai keberkatan Allah.

Kita perlu mengambil hanya rezeki yang baik lagi halal. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 168)

Manusia perlu meningkatkan kecemerlangan diri, akhlak, sahsiah dan ekonomi. Justeru Allah SWT mewajibkan manusia mengambil sumber rezeki yang halal dan menghindari jalan pemerolehan rezeki yang tidak halal.

Di samping mengambil rezeki yang halal, manusia Muslim mesti memastikan mengambil sumber rezeki yang baik juga. Ada makanan yang halal tetapi tidak baik seperti monosodium glutamate dan minuman bergas atau berkarbonat.

Begitu juga dalam menggunakan sumber perolehan rezeki, manusia Muslim perlu menggelakkan diri daripada pembaziran dan perkara yang sia-sia.

Islam juga mengharuskan manusia mengambil faedah dan menggunakan keperluan-keperluan dunia untuk menuju ke akhirat. Tiada larangan untuk manusia mencari kebahagiaan di dunia asalkan ia dilakukan secara tidak melampau.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikurniakannya untuk hamba-hambanya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya. Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga tidak beriman) dalam kehidupan dunia. (Nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah kami jelaskan ayat-ayat keterangan kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui". (al-A'raaf: 32)

Ada yang beranggapan halal itu hanya jenis dan bentuk makanan itu sahaja. Benarkah begitu?

DR. AMINI: Halal bukan pada zahirnya sahaja seperti makanan halal. Yang lebih penting punca dan sumbernya untuk mendapatkan makanan tersebut mestilah daripada cara yang halal seperti tidak menipu, rasuah dan lain-lain.

Kaedah dan prinsip mencari rezeki juga mestilah dengan jalan yang halal. Jika melibatkan kaedah atau cara yang haram, maka sumber rezeki itu juga haram. Tuntutan agama untuk mencari sumber rezeki yang halal mestilah dipatuhi.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat Al- Bukhari)

Kenapa pahalanya begitu besar diberi kepada orang yang mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarganya?

Besar juga pahala orang yang kerjanya melibatkan berbagai-bagai cabaran dan godaan dan dia berjaya melepasinya seperti kerja-kerja yang terdedah kepada risiko rasuah, suapan, komisen dan seumpamanya.

Orang yang pasrah kepada rasuah dan perlanggaran integriti adalah mereka yang gagal dan tidak prihatin terhadap masa depan keluarganya dan pembalasan di akhirat kelak.

Makanan yang halal membentuk jiwa, peribadi dan mental yang baik. Pemilihan makanan yang baik lagi halal dan seimbang boleh membentuk kesihatan yang baik seterusnya menghasilkan fikiran yang baik.

Makanan-makanan ringan umpamanya, walaupun halal tetapi tidak berapa baik untuk kesihatan. Justeru, pemilihan makanan yang berkhasiat, baik dan seimbang diperlukan untuk membentuk akal yang baik.

Akal yang baik dan tubuh badan yang sihat membolehkan akal berfungsi dengan sepenuh keupayaannya.

Zaman Nabi SAW, umat Islam diuji dengan peperangan pada bulan Ramadan. Hari ini, sebahagian besar 'tewas' tanpa berperang sehingga ada yang tidak solat akibat kekenyangan selepas berbuka. Kenapa jadi begitu?

DR. AMINI: Ini adalah satu masalah besar. Kita cuba melakukan satu tanggung jawab agama yang besar tetapi kita tidak prihatin atau mengabaikan satu lagi tanggung jawab agama yang besar. Orang seperti ini tidak faham agama.

Apa gunanya berpuasa kalau tidak bersolat! Begitu juga, apa gunanya bersolat kalau tidak berpuasa! Walau bagaimanapun ada kes yang lebih teruk, tidak bersolat sama sekali dan juga tidak berpuasa serta tidak menutup aurat. Ini kes yang sangat 'teruk bin teruk'.

Sebab itu, orang yang tidak solat kerana kekenyangan berbuka adalah mereka yang tidak faham tentang kewajipan bersolat dan adab berbuka.

Puasa sepatutnya mengubati penyakit rohani seperti bakhil, kedekut, tidak kasihan dan prihatin kepada orang lain, mementingkan diri sendiri dan puasa juga sepatutnya mengubati penyakit agama iaitu tidak bersolat dan tidak menutup aurat.

Ramai yang berpuasa tetapi masih meninggalkan ajaran agama. Ini menunjukkan puasa mereka bermasalah dan tidak mendatangkan kesan kepada penghayatan beragama dan komitmen beragama.

Kita sepatutnya membudayakan menjemput rakan berbuka di rumah. Ini sepatutnya menjadi budaya hidup kita untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Rasulullah SAW menyarankan bahawa orang yang menjemput seseorang yang berpuasa ke rumahnya untuk berbuka puasa mendapat pahala sama seperti pahala puasa orang yang dijemputnya itu.

Adakah makanan yang haram menjadi punca amalan dan doa kita tidak dimakbulkan?

DR. AMINI: Memang betul, amalan dan doa tidak dimakbulkan jika kita mengambil makanan yang haram. Elakkanlah mengambil makanan yang haram sebabnya implikasinya membawa banyak musibah seperti amalan dan doa ditolak oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya 40 hari". (riwayat Tabrani)

Makanan yang haram tidak semestinya babi dan haiwan yang tidak disembelih sahaja. Ia termasuklah juga sumber-sumbernya. Orang yang mendapat gaji kerana bekerja tetapi selalu curi tulang atau ponteng adalah contoh mereka yang memperolehi sumber rezeki yang haram.

Kadang-kadang kita lihat, orangnya kaya raya tetapi anak-pinaknya hidup dalam keadaan kucar kacir dan tungganglanggang atau tidak 'menjadi'.

Kalau kita buat analisis secara tuntas, kita akan dapati orang ini walaupun kaya-raya, sumbernya datang daripada jalan salah.

Maka kesannya bukan sahaja ke atas yang empunya diri, bahkan melibatkan anak-pinaknya juga.

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: "Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertakwa". Apakah huraian hadis ini?

DR. AMINI: Pertama, makanan orang yang bertakwa ialah makanan yang halal lagi baik dan daripada sumber yang halal.

Kedua, makanan yang menepati sunah Nabi Muhammad SAW dan apa yang dianjurkan oleh Allah SWT.

Ketiga, makanan yang berkualiti dan berkhasiat yang dapat meningkatkan kualiti ibadah kita.

Keempat, makanan yang diambil oleh para nabi, wali dan orang-orang soleh.

KISAH PERJALANAN HIDUPKU

Hampir sedekad yang lalu lebih kurang dalam tahun 1994 aku menganggur di kampung selepas tamat tingkatan 5.Di kampung tiada pekerjaan tetap yang boleh menyara kehidupanku, aku bukan dari golongan orang malas sangat tapi keadaan ketika tidak membantu rata-rata penduduk kais pagi makan pagi kebanyakanya petani dan penoreh getah.Keadaan itu mendesak aku untuk berhijrah mencari pekerjaan di bandar besar mahupun kota metropolitan untuk mencari duit poket dan yang lebih besar dapat meringankan bebanan orang tua ku.Aku berpakat dengan Zahir seorang kawan yang senasib dengan ku beliaupun sama juga SPM cukup makan Saja, namun beliau ada usaha untuk berjaya. Beliau ada sedikit tanah kepunyaan orang tuanya, di usahakannya bersungguh menanam tembikai tapi apakan daya tembikai yang ditanam tidak menjadi akibat kemarau yang panjang dan serangan makhluk perosak.Semua perkara yang berlaku ini adalah mukadimah rentetan perjalanan hidupku.

kami berdua bertekad untuk keluar dari kampung, destinasi kami waktu tiada lain melainkan Perai Pulau Pinang, Sebabnya ramai anak muda kampung yang berhijrah kesana nampak lodet belaka bila balik ke kampung.

Wednesday, August 26, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN




.SEORANG ahli hikmah berkata: Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu

.Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS IFTAR HPA IPOH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM MAHAAD DAR'US SALAM


Kelab komuniti ipoh akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim Maahad Darul Salam Tambun (area pekan Tambun) pada 11hb September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430H.Kepada ahli2 yang berminat untuk turut serta boleh menberi nama pada Cawangan Ipoh(seorang RM30) selewat-lewat pada 6hb September 2009 .Sebarang bentuk derma amatlah dialu-alukan.Untuk pertanyaan boleh menghubungi ketua program encik Mohamad ditalian 012-5206471..semua ahli jawatan kuasa komuniti Ipoh jemput hadir.

Sunday, August 23, 2009

KEAGUNGAN YANG ESA

‘Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Qur’an’ ..Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .
Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.’

Dipetik dari kpt info

Tuesday, August 18, 2009

PBC AL-QUBRA 5-6 SEPTEMBER 2009

sempena bulan puasa ini satu PBC istimewa akan diadakan diHotel Sri Malaysia Ipoh iaitu PBC AL-QUBRA pada 5 dan 6 september 2009 bersamaan 15/16 Ramadhan,antara pemimpin yang akan hadir :PJS Murad
Herbalis PJS Ramli
Pjs Zainal
Yuran RM130.Solat Terawih dan juadah berbuka puasa istimewa disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi penyelaras program:
PJE Mohd Sani-0196975317

MUHASABAH DIRI

Hidup memerlukan pergorbanan
pergorbanan memerlukan perjuangan
perjuangan memerlukan ketabahan
ketabahan pula memerlukan keyakinan
keyakinan pula menentukan kejayaan
kejayaan akan menentukan kebahagian....

kebahagian di dunia dan akhirat

Monday, August 17, 2009

KURSUS IRIDOLOGI DAN DIAGNOS SARAF TAPAK TANGAN





















Pada 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430H unit perubatan jawi Ipoh telah menganjurkan kursus yang ke3 tahun 2009 ni iaitu kursus Iridologi dan Diagnos Saraf Tapak Tangan (Kaedah pantas mengesan penyakit) bertempat di Dewan HPA Cawangan Ipoh.Seramai 25 peserta telah menyertainya dan dibimbing oleh Herbalis PJ Shafariah Ibrahim dan dibantu oleh PJE Mohd Sani. Semoga semua peserta kursus yang hadir dapat memahami dan mengahayati segala ilmu yang telah dicurahkan oleh herbalis......Kelab Komuniti Ipoh ingin mengucap selamat menyambut ramadhan al mubarak pada semua ahli HPA dimana saja anda berada.
Maksud hadis:
"Barang sesiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Tuesday, August 11, 2009

KELEBIHAN MLMS HPA

HPA merupakan sebuah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak:

Pengurusan
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif.

Bahan Mentah
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.

Produk
produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM.
Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu.
Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.

Harga Produk
harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran.
Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan.

Pelan Pemasaran
sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS.
Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan.
Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja.
tanggungjawab leader atau kepimpinan
bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS.

Top-up Sistem
HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan.
Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali.

Tabung Kereta
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.
Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tabung Perlindungan Takaful
Bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja.
Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA.

Saturday, August 8, 2009

KURSUS IRIDOLOGI DAN DIAGNOS TAPAK TANGAN


Unit perubatan jawi kelab komuniti Ipoh menganjurkan kursus Iridologi dan mengesan penyakit melalui tapak tangan pada 16 ogos 2009 bertempat di Dewan HPA Cawangan Ipoh.Kepada sesipa yang berminat boleh mendaftar di Cawangan Ipoh atau terus menghubungi pengendali program PJE Mohamad Sani (o19-6975317) atau Herbalis Puan Shafariah (013-6641872).Pendaftaran rm 50 shj termasuk makan tengahari dan sijil.

Wednesday, August 5, 2009

PBC IPOH 1/2 OGOS 2009






















Seramai 50 peserta telah menyertai PBC kali ini di Hotel Sri Malaysia Ipoh yang dikendalikan oleh KPA.Mereka yang terlibat sebagai fasilitator dan pengisian program kali ini:

-Pjs Murad Abu Bakar-Pjs Zainal Ahmad-Pjs Khalilah wong-Pjs puan Zabedah-Pje cikgu Sani-Pje Rohaizan Nor-Herbalis Shafariah-Pj Puan Azakiah-Pj Mohd Ayob-Pj Cikgu Hamid