Tuesday, August 16, 2011

BESP DI HPIC 20 OGOS-SENERGI HERBA


Tn Hj Ismail Ahmad Pengarah Urusan Hpa sendiri akan mengendalikan Bengkel Sinergi Herba yang akan diadakan di Hpaic pada hari Sabtu 20 Ogos ini.

Oleh itu Bengkel Teknik Penajaan Efektif yang dijadualkan pada tarikh sama akan DITANGGUHKAN selepas Hari Raya nanti yang tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Semua pengedar yang telah mengikuti Esp dan Bengkel Esp siri 1 bolehlah mendaftar mulai sekarang dengan menghubungi segera Pegawai Latihan di Hpaic Cik Atikah 019-4490082.

Tentatif program:

8pg - 4ptg : Bengkel Sinergi Herba oleh Tn Hj Ismail

5ptg - 7mlm : Khatam Al Quran

7 - 10mlm : Iftar dan Tarawih

Bengkel terbuka pada semua. Terhad kepada 200 peserta sahaja.

SMS nama dan No. IC kepada :
019-4490082 / 013-6265260 / 013-2110267

Nota: Terbuka kepada PJS, PPJS, Agen Stok dan Ahli HPA yang telah mengikuti ESP – Kemasukan Percuma. Bayaran RM50.00 kepada yang tidak hadir ESP. Daftar segera di Cawangan Berdekatan anda

#Peserta baru dan termasuk peserta ESP boleh membuat belian 150NM untuk melayakan mendapat pangkat PLX (20%)

LANJUTAN TEMPOH BELIAN 150NM ESP

Tempoh Belian syarat 150NM melalui ESP dilanjutkan


TEMPOH MAINTAIN 150 NILAI MATA

Sungai Petani 16 OGOS - Mesyuarat Tribunal hari ini bersama PU telah meluluskan tempoh maintain 150 pv / nilai mata boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan boleh dibuat belian dimana-mana agen stok yangg berdaftar.

Antara Syaratnya :
  1. Borang kuning maintain 150 pv kena ambil distation utama / cwg berdekatan.
  2. Salinan sijil ESP atau bengkel perlu di lampirkan dgn invois dan borang maintain ESP.
  3. Bagi program yg berlangsung pd 25 haribulan keatas akan dikira pd bulan berikutnya.
  4. Proksi sama sekali tidak dibenarkan.
Sekian harap maklum.

Sumber: http://pemasaranalwahida.blogspot.com

DIVIDEN KOWAHIDA TAHUN 2010 10%

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-5 Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.



(Pengerusi KOWAHIDA En Mohamad Faisol menyerahkan cenderahati kepada En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM Perlis yang sudi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan KOWAHIDA kali ke 5)

Mesyuarat itu telah di rasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM(Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Perlis, En Meor dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KOWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan mengucapkan tahniah kepada KOWAHIDA kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Hari Koperasi Negara di Putrajaya baru baru ini..




Di samping itu juga Pengerusi KOWAHIDA, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah..

Pada Mesyuarat tersebut Ahli Lembaga dan Pewakilan KOWAHIDA bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010 kepada anggota yang layak.

Barisan baru ALK juga telah di lantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida binti Rameli.

ALK baru yang dilantik bagi mengantikan ALK yang digugurkan adalah En Harryzan bin Yaakub dan En Zambri bin Abd Aziz. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.


LANTIKAN BARU BARISAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2011/2012

1. Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)

2. Azizan bin Ahmad (Setiausaha)

3. Mohd Rosli bin Abu Bakar (Bendahari) - Lantikan Semula-

4. Hafidzan bin Faudzi

5. Fisal bin Ahmad Tajuddin

6. Abdul Ghani bin Hussein

7. Ramly bin Ahmad

8. Rashidah bt Abd Rahim

9. Siti Zawiah bt Abd Rahman

10. Zaharah bt Yusoff

11. Nor Bee bt Ramli

12. Zambri bin Othman - Lantikan Semula-

13. Faezah bt Daud - Lantikan Semula-

14. Harryzan bin Yaakub - Lantikan Baru-

15. Zambri bin Abd Aziz - Lantikan Baru-



Sekitar Mesyuarat Agung Kowahida Kali ke 5 (6 OGOS 2011)








Akhirnya KOWAHIDA telah mengisytiharkan dividen bagi tahun kewangan 2010 sebanyak 10 PERATUS pada 6 Ogos 2011 dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 5 yang diadakan di HPAIC Shah Alam.

Anggota yang layak mendapat agihan Dividen ini adalah anggota yang melabur sebelum 3o Jun 2010..