Saturday, January 30, 2010

INFO HERBA:POKOK SUBANG NENEK


Pokok Subang Nenek atau nama saintifiknya Sthenodesme temtanara merupakan pokok yang mudah tumbuh khususnya di kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair. Biasanya pokok ini ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai landskap ataupun herba.

Sakit gigi atau gusi bengkak sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian. Pokok Subang Nenek atau ada yang memanggilnya dengan nama Butang baju siti fatimah sememangnya dipercayai dan diakui oleh ramai pengamal perubatan dapat mengubati sakit gigi.

Caranya agak mudah, iaitu dengan mengambil beberapa helai daun-daun tersebut atau bunganya. Kemudian dibersihkan terlebih dahulu dan barulah ditumbuk daun tersebut sehingga lumat. Selepas itu sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit. Secara tidak langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi tersebut.

SUMBER DR SEGALANYA TTG TUMBUHAN

Tuesday, January 26, 2010

INSENTIF AGEN STOK 2010


KURSUS LATIHAN DAN KEPIMPINAN


PADA 14 FEBUARY 2010 KELAB KEPIMPINAN UTARA (KPU) AKAN MENGADAKAN KURSUS LATIHAN DAN KEPIMPINAN DI HOTEL SRI MALAYSIA IPOH BERMULA 9PG -6PTG.PROGRAM INI TERBUKA KEPADA SESIAPA YANG PERNAH MENGIKUTI PROGRAM GEN 1 HINGGA GEN 7.


UNTUK PERTANYAAN SILA SMS KE NOMBOR 012-4269003

Monday, January 25, 2010

KELAS MINGGUAN KOMUNITI IPOH


22 Januari 2010 (Jumat) - Kelas Mingguan komuniti Ipoh kali ini dihadiri oleh seorang penceramah yang tidak asing lagi bagi ahli - ahli HPA kawasan Ipoh iaitu PJEMohd. Sani Bin Ibrahim .Beliau telah menyampaikan ceramah mengenai halal dan haram pemakanan sekarang dan MLM Syariah.

Pada Kelas Mingguan kali ini juga, telah diadakan penyerahan silil bagi mereka yang telah menyertai kursus Acupuncur dan Bekam yang disampaikan oleh herbalis Khamli. Herbalis Khamli juga berkongsi ilmu iaitu tentang kelebihan dan khasiat produk Roselle.

Pihak komuniti Ipoh juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada saudara Azrul dari Taiping yang sudi menceritakan kisah beliau semasa kursus PTB tempohari.Diakhir pada ahli diminta menyanyikan nazam HPA yang mana ramai lagi ahli tidak pernah mendengarnya dan laungan HPA BOLEH.......



Sunday, January 24, 2010

HPA HALAL MALL DI MELAKA

HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.

Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.

Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.

Friday, January 22, 2010

HPA SPORT CENTER

RADIX SPORTS & RECREATION CENTRE merupakan satu lagi perkembangan terkini.
Dengan adanya HPA Sport Centre ini permainan futsal, archery, go kart dsbnya dapat diadakan disini .Food court RCH dan pelbagai lagi akan mengumpulkan anak belia kearah riahdah Islami….InsyaAllah
.
HPA setapak lagi dengan perkembangan yang sentiasa ada dan tidak putus2 dengan idea untuk mengukuhkan ummah dan juga menyuburkan minda masyarakat dengan kehidupan Islami.








HPA HALAL MALL

HHM akan mula diujudkan mulai tahun hadapan bagi mempertengahkan sebanyak mungkin produk halal dipasaran. Semua cawangan baru HPA akan mula diubahsuai berbentuk minimarket dan sudah tentu kita sangat mengharapkan dalam tempoh masa-masa ke hadapan ianya bertukar menjadi supermarket.

Sesuatu yang menarik HHM merupakan minimarket MLM pertama di ujudkan, InsyaAllah. Semua produk kering dan basah akan dijual disini.

Moto HHM ialah Halal dan organik lagi baik. Jika prototaip ini siap dan mendapat pemintaan yang tinggi ianya akan dibuka diseluruh negara bagi memudahkan ahli-ahli mmbeli yang halal ditengah-tengah ribuan produk yang tidak jelas hukumnya. Terima kasih atas sokongan semua ahli hingga hari ini. Teruskan perjuangan produk halal tanggung-jawab bersama.

Thursday, January 21, 2010

KHASIAT TUMBUHAN

Setawar Putih @ Sedingin Sedingin atau nama saintifiknya Costus speciosus juga dikenali sebagai Crape ginger, malay ginger dan spiral flag. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama setawar putih kerana pokok ini berasal dari keluarga halia dan mengeluarkan bunga yang bewarna putih.

Setawar Putih mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia dan cara pembiakannya juga sama dengan tumbuhan lain dalam famili halia iaitu biji benih dan pecahan rizom.

Sejak akhir-akhir ini, pokok ini seakan menjadi hiasan wajib bagi laman berkonsepkan nusantara dan tropika. Ini kerana apa yang menarik mengenai tumbuhan ini ialah daunnya yang tersusun dalam bentuk spiral atau berlingkar.Pokok ini sangat mudah tumbuh, namun memerlukan cahaya matahari yang sederhana sesuai dan tanah yang sedikit lembap bagi memudahkan tumbesarannya.

Selain dijadikan sebagai tanaman hiasan, pokok ini juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional. Setawar putih digunakan sebagai penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit, demam, asma, bronkitis, anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar, malah dijadikan ubat menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Malah, masyarakat Sunda di Indonesia percaya Setawar putih dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.

Pokok Pelaga Sekali pandang macam pokok lengkuas. Tapi sebenarnya pokok ini digelar sebagai pokok pelaga atau nama saintifiknya Elattaria cardamom.

Dipercayai air rebusan daripada rizom/ubi pokok ini dapat mengecutkan rahim ibu selepas bersalin dan membuang angin dalam badan.

Jika anda menanamnya dirumah, di harap bolehlah dikongsi bersama..

SUMBER DR: SEGALANYA TG TUMBUHAN

Tuesday, January 19, 2010



** Kini kembali dibuka untuk pendaftaran bagi sessi Febuari 2010.

** Sila pastikan pihak tuan/puan membuat konfirmasi kekosongan tempat dengan pihak penganjur sebelum menjelaskan apa-apa pembayaran.

** Pihak penganjur tidak dapat menerima pendaftaran terus ditempat kursus (walk in) tanpa membuat pembayaran awal bagi tempahan penyertaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tempat dengan peserta yang telah membuat tempahan awal.
** Penerimaan borang pendaftaran serta bukti pembayaran perlu disahkan oleh pihak penganjur sebelum menghadiri kursus.

** Hanya peserta yang menghantar/fax borang pendaftaran yang lengkap akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk tujuan berikut:
1. mengesahkan penerimaan borang pendaftaran & bukti pembayaran.
2. mengesahkan kehadiran.
3. menyemak & mengemas kini data peserta.

** Sila berhubung kembali dengan pihak penganjur atau terus ke 0194749717 (sms/call) selewat-lewatnya 5 hari sebelum bermulanya kursus sekiranya pihak tuan/puan gagal dihubungi oleh pihak penganjur untuk membuat pengesahan diatas.
Sekian & terima kasih. Harap Maklum.

Monday, January 18, 2010

PBC di Ipoh. 6 & 7 Februari 2010

PADA 6 DAN 7HB FEBUARI KOMUNITI IPOH AKAN MENGANJURKAN PROGRAM BIJAK CEMERLANG(PBC) DI HOTEL SRI MALAYSIA IPOH .ANTARA MATLAMAT PBC DIADAKAN ADALAH UNTUK:

1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.
ANTARA MOTIVATOR YANG AKAN HADIR:
1-PJMS HAFIZAN FAUZI
2-PJMS ASRI
3-PJS HAJI ZAINAL
4-PJS MARJUNI
5-PJS ASENIAH
6-PJS KHALILAH WONG
KEPADA AHLI HPA YANG BERMINAT BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENYELARAS PROGRAM PBC:
-PJE MOHD SANI-0196975317
-PJ PUAN SHAFARIAH-0136641872
BAYARAN RM150 AJE.............
1PERJUANGAN 1 MATLAMAT............GEMPUR...2010

KURSUS BEKAM MUSLIMAH

Pihak Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. anak syarikat HPA akan menganjurkan Kursus Bekam Muslimah yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 30 (Jam 8 pg - 6ptg) hingga 31 (Jam 8 pg - 5 ptg) Januari 2010 bersamaan 14 & 15 Safar 1431H.
Tempat : Dewan Kuliah, HPA cawangan Sungai Petani
Sasaran : terbuka kepada semua ahli HPA (Muslimah shj.)

YURAN PENYERTAAN ADALAH SEBANYAK RM50.00

Makan / minum, pengangkutan, alat bekam dan penginapan adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)

BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN BIMB
MUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)

DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda ke
Pejabat MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254

ATAU MENGHUBUNGI PEGAWAI KAMI DI TALIAN 04-4419094
PUAN NORASYIKIN BALKHIS BT YAKATH ALI (019-6330727)
PUAN AZIRA BT MAMAT (019-4548727)

Pelancaran Produk Baru pada Isnin , 25/01/2010 di De Palma Ampang.




Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru.
Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.-GM

Sunday, January 17, 2010

Jawatan kuasa Kerja Komuniti Ipoh 2010

Pemilihan jawatan kuasa kerja komuniti Ipoh sesi 2010 dibuat adalah untuk memantapkan pengurusan Komuniti bagi mengerakkan wardah HPA khususnya diIpoh.
Permilihan dibuat mengambil kira keaktifan dalam program kelas mingguan dan PBC anjuran Komuniti Ipoh.
Disini juga diingatkan kepada ahli yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab dan sentiasa aktif didalam perjumpaan mingguan

daripada:Penasihat Komuniti PJS Haji Zainal.

Thursday, January 14, 2010

Fakta Kesihatan Yang Disembunyikan



Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM

SEJAK kebelakangan ini, banyak perkara baru yang timbul yang mengaitkan secara langsung kedudukan syarikat-syarikat tembakau khususnya di Amerika Syarikat dalam mengendalikan perniagaan mereka.

Malah pada lewat bulan Mac yang lalu, salah sebuah daripada syarikat tersebut, Liggett Group Incorporated, telah membuat pengakuan tentang beberapa hal apabila ia bersetuju untuk menyerahkan di antara lain dokumen-dokumen syarikat untuk diteliti oleh peguam-peguam anti-merokok.

Walimatul Urus di Gerik. Jemput semua sahabat HPA datang.

Sabtu depan 23/1/2010 adik perempuan saya, Shazwani bin Abdul Aziz akan melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka KL di Gerik.

Beralamat di No.7 Jalan Keledang, Taman Seri Temenggor, 33300 Gerik, Perak, (Taman depan Kompleks Persekutuan Gerik) dijemput semua rakan seperjuangan datang ye khususnya semua AJK Komuniti Ipoh. Ahli atau bukan ahli ke semua diundang, datang jangan tak datang...

Maaf la kad jemputan kahwin tak sempat nak edar dan tak sempat nak upload dalam blog ni sebab adik saya tak bagi kat tangan saya lagi, jemput pakai mulut pun boleh la buat permulaan ni ye tak... he he he

Sharifuddin bin Abdul Aziz.
013-4001165

Wednesday, January 13, 2010

PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW


KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.
Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

...Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...


http://jawiherbshop.blogspot.com

PELANCARAN PRODUK BARU HPA

Salam Semua Warga HPA.

Insyallah HPA akan memperkenalkan 3 produk baru yang akan dilancarkan pada seperti berikut;
Tarikh: 25hb Jan 2010
Jam: 8.00 malam
Lokasi: Hotel De Palma Ampang
Perasmian akan dilaksanakan oleh Pengarah Urusan HPA

Produk: Penapis Air,Radix Sahara,Air Minuman Dew

Mungkin ramai yang membeli Penapis Air Pelbagai Jenama dengan Pelbagai Kehebatan. Namun malam pelancaran kita akan mendedahkan bahawa kos Penapis Air tidaklah semahal seperti kebanyakan yang ada di pasaran. HPA akan memperkenalkan Penapis Air pada harga yang paling rendah(berpatutan) dan berkualiti jauh lebih hebat.
Saksikan laahHebahkan segera….

Pelancaran Produk Baru - Dari GM

Salam Semua Warga HPA.
Insyallah HPA akan memperkenalkan 3 produk baru yang akan dilancarkan pada seperti berikut;

Tarikh: 25hb Jan 2010
Jam: 8.00 malam
Lokasi: Hotel De Palma Ampang
Perasmian akan dilaksanakan oleh Pengarah Urusan HPA

Produk: Penapis Air
Radix Sahara
Air Minuman Dew

Mungkin ramai yang membeli Penapis Air Pelbagai Jenama dengan Pelbagai Kehebatan. Namun malam pelancaran kita akan mendedahkan bahawa kos Penapis Air tidaklah semahal seperti kebanyakan yang ada di pasaran. HPA akan memperkenalkan Penapis Air pada harga yang paling rendah(berpatutan) dan berkualiti jauh lebih hebat. Saksikan laah
Hebahkan segera....

Kuliah Perubatan Jawi - Jadual seluruh 2010

Tuesday, January 12, 2010

MALAM 1MIMPI HPA BERSAMA RAIHAN

Beli mana-mana minuman bikarbonat diatas sebanyak 36 botol dalam satu invois untuk mendapatkan 1 kupon masuk percuma ke konsert HPA RAIHAN dimana-mana pertunjukan di 5 tempat seluruh Malaysia.

Persembahan konsert HPA Raihan yang dikenali sebagai "Malam satu Mimpi" akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga rm30 dan boleh dibeli di cawangan-cawangan HPA mulai 15 januari 2010. Malam satu Mimpi (MSM) mengajak seluruh ahli HPA ataupun bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kumpulan Raihan dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung kemanusiaan Palestin".


Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA spt cola Radix botol besar. (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Pembelian tidak ada had dan bermula pada 1 januari hingga akhir Februari.


Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara,tengah,selatan,timur dan Borneo) pada masa yang akan di tentukan nanti . Disamping itu pehak AWM juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah pada malam tersebut. InsyaAllah.

Monday, January 11, 2010

JADUAL PBC BULAN JANUARI

08-09 JAN 2010
1. Hotel Barron Langkawi : RM160 : PJS Zaki 012-3994574
2. Darul Aman Suite, Jitra Kedah : RM180 : PJ Us. Yusof 019-5260745
3. Pendang Lake Resort Pendang Kedah : PJ Abdul Rahman 013-4889133
4. Agro Resort Setiu Terengganu : RM150 : PJS Cikgu Abdul Rahman 013-9316612 @ PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis 013-9221158

09-10 JAN 2010
Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)
Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083/ En. Hasan:017 6814626)
Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)
Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 013 6641872)
Hotel Sri Malaysia Kulim : RM180 : PJ Adzhari 013-4306899
Anisari Resort Parit Buntar : RM160 : PJS Helmi 017-4063473

16-17 JAN 2010
Hotel Residence, Uniten, Bangi : RM 180 : PJS Fatin (013 3962550)
Pst. Belia Antarabangsa, Bdr T. Razak : RM 150 : PJS Cg. Murad (012 3033230)
Hotel Sri Malaysia Kepala Batas : RM160 : PJS Zanbli 019-4104013
Hotel Royal Palm Lahad Datu Sabah : Hubungi Zai 013-8835488 @ Dink 016-8041420
Kelana Resort Seremban : RM180 : PJS Noliah

23-24 JAN 2010
Komplek Rakan Muda Klang (Sementa) : RM 150 : PJS Ust. Asri (019 3789747)
Hotel D’Ark, Senawang : RM 150 : PJS Rogayah (019 6504849)
Hay Resort Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
Masjid AlGhufran, TTDI : RM 150 : PJS Jamaluddin YM (013 9812655)
Hotel Herritage, Ipoh : RM 150 : PJS Jamaluddin MN (019 5746428)
Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170 : PJS Rosjulila (013 6820068)
Hotel Sri Malaysia Taiping : RM180 : PJS Irwan 019-4410611
TS Hotel Scientex Pasir Gudang Johor: RM160 : PJ Rahmah 017-7449892
Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah: PJM Hafidzan Faudzi 013-2082550

30-31 JAN 2010
Hotel Sri Impian Jasin, Melaka : RM 150 : PJS Zahirah (013 6137313)
ANNEX RESTHOUSE Kuantan Pahang : RM150 : PJM Jaffar 019-9102655
Kompleks Tabung Haji Balik Pulau : RM180 : PJS Abdul Jalil 019-5417794
Adamson Hotel (bersebelahan KLIH) : RM170 : PJS Pn Juita

AHLAN WASAHLAN 2010

2009 telah berlabuh, seluruh warga kerja HPA Sungai Petani menutup tirai 2009 dengan program perjumpaan staf dan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ). Seperti biasa dalam program perjumpaan staf Pengarah Urusan HPA, iaitu yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad akan berucap.
Ucapan beliau,
Tahun 2008 Al-wahida Marketing sdn.bhd. (AWM) telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM 2 juta dan HPA Industries sdn.bhd. mencatat untung bersih sebanyak RM 4 juta. Ini menunjukkan HPA kini boleh disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia.Unjuran pada tahun 2010 ialah untung x 25% untuk menentukan pencapaian HPA pada 2010.
2010 apakah mimpi HPA?
2009 hanya 5 buah RFC dapat didirikan, tetapi 2010 ada 6 buah RFC lagi yang sedang dibangunkan yang melibatkan 3 fasa. fasa1,2,3. Fasa 3, bermaksud telah siap sepenuhnya iaitu di Kubnag Kerian, Kuala Terengganu dan Kangar. Yang menunggu CF iaitu di Kuantan dan Shah Alam dan yang sedang menunggu iaitu di Sungai Ara dan Kuala Lumpur. InsyaAllah tahun 2010 HPA akan menggenapkan jumlah RFC sebanyak 25 buah. Walau bagaimanapun beliau berkata bahawa staf HPA kurang senyuman. Beliau terus mengungkapkan ungkapan yang sering kita dengar dikaca tv iaitu “Kurangkan Manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman”
Target pembangunan HPA pada 2009 ialah 150 buah cawangan. Walau bagaimanapun hanya 145 cawangan berjaya dibangunkan. Walau pun tidak mencapai target tetapi hampir mencapai ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan HPA. Pada tahun 2010 HPA akan membuka HPA Halal Mart, iaitu 2 lot kedai yang merupakan mini market yang penuh dengan produk halal.
2010 juga HPA akan memiliki Menara HPA iaitu bangunan 12 tingkat di seksyen 13 Shah Alam dengan kos RM 54 juta. HPA juga dipelawa untuk menjadi mentor bagi halal hub iaitu di Serkam, Melaka. Padang Besar, Perlis. dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 2009 HPA hanya mencapai 600,000 orang ahli dan target 2010 1 juta ahli bersama HPA.
HPA telah memiliki pusat pendidikannya sendiri iaitu di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Manhal iaitu bangunan 4 tingkat dengan kos RM 2.8 juta akan menempatkan anak-anak ahli HPA suatu hari nanti. Dalam masa 5 tahun Manhal akan menjadi Kolej Universiti dan 5 tahun selepas itu insyaAllah akan menjadi Universiti.
Perkembangan HPA diluar negara amat membanggakan iaitu 5 buah cawangan sudah dibangunkan di Thailand, pejabat HPA di Phnom Penh, Kemboja Radix Pizza House akan dibuka di Batam dan banyak lagi pejabat HPA akan dibuka di Indonesia.
Akhirnya beliau mengucapkan tahniah kepada warga kerja HPA dan beliau menyatakan bahawa tuan-tuan adalah pekerja yang terbaik, jika tidak masakan HPA dapat mencapai pencapaian yang kita nikmati sekarang ini.
“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Sesi Fotografi KPI Jumaat Ini

Sila ambil perhatian kepada semua AJK KPI. InsyaAllah, Jumaat ini - 15/1/2010 kita akan mengadakan sesi fotografi untuk sesi 2010/2011.

Pakaian : Muslimin - Blazer / Jeket Hitam / berstokin

Muslimat - Blazer / Jeket Hitam / berstokin

Tempat : HPA Cawangan Ipoh




Jam : 9.00 Malam

Keterangan lanjut : En. Zuki - 016 5908037

Semoga dengan AJK yang baru ini, matlamat kita memberi wajah baru buat HPA Ipoh / Perak khususnya akan tercapai, insyaAllah.

Memartabatkan produk halal.....

Menjana ekonomi ummah..........

1Perjuangan 1 Matlamat... Gempur 2010!!!

Salam takziah buat PJS Fatin dan PJS Hafidzan

Kami dari warga Kelab Komuniti Pemimpin Ipoh (KPI) ingin mengucapkan takziah kepada PJS Noor Haida Ramli (Fatin) dan PJS Hafidzan Fauzi atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda PJS Fatin di Taiping pada 08 JAN 2010 yang lalu.

Semoga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para mukmin dan solihin.

Al-Fatihah.




Takziah Kepada PJS Asnah PK Mustafa

Salam takziah kepada PJS Asnah PK Mustafa dan keluarga di atas pemergian ayahandanya.
Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

al Fatihah.


PJS ASNAH PK MUSTAFA


Benar kata pepatah, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu , kita senang kemudian.
Itulah hakikatnya untuk berada di puncak jaya….bukanlah mudah. Setiap kehidupan seorang hamba Allah sentiasa akan diuji dan diberi peluang. Dan tatkala Allah lintaskan peluang itu kita ambillah sebaik mungkin.
Menjadi ahli HPA adalah secara kebetulan…..memandangkan saya dan suami sememangnya mengamalkan herba dalam kehidupan, kerana masalah kesihatan suami, spirulina menjadi rakan setia. Suatu hari kami ke Pekan Tikam Batu untuk mencari pil susu kambing. Malangnya kedai ubat yang kami kunjungi kehabisan stok. Penjual tersebut menunjukkan sebuah kedai di hadapan kedainya yang menjual produk-produk herba. Di sinilah buat pertama kalinya kami mengenali HPA secara sekilas pandang sahaja. Namun pil susu kambing yang kami cari juga tidak ada. Akhirnya kami balik membawa “mai secawan” kopi radix. Kami dapat merasakan kehebatan kopi radix setelah mencubanya pada tahun 2004. Maka berulanglah kami ke stokis Tikam Batu 2 hari sekali.


Kereta roda tiga yang kini menjadi kenangan abadi

Di sini kami melihat produk-produk herba yang lain. Saya terus mencuba Paramaria. Bila diingat-ingar, rupa-rupanya saya telah menggunakan set bersalin dan kordial asiatica sekian lama dahulu…. Tetapi tidak menyedari bahawa itu adalah pro
duk HPA.
Oleh sebab acapkali ke stokis Tikam Batu, akhirnya kami mengenali pemilik stokis berkenaan…… sepasang suami isteri yang cukup gigih dalam perjuangan ini. PJS MOHD NADZRI AHMAD & PJS NOORMAH ZAINOL. Setelah diberi penerangan akhirnya saya memohon menjadi ahli pada bulan april 2004. Waktu itu produk saya beli hanya untuk kegunaan dan amalan harian sahaja.

Kegigihan PJS Asnah patut dicontohi

Selama setahun kami menjadi pengguna dan pengamal kopi radix dan kehebatannya dapat kami rasakan dari sehari ke sehari terutamanya dari sudut tenaga. Kehidupan yang mencabar dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil menyebabkan saya dan suami perlu mencari pendapatan yang lebih. Saya merupakan seorang guru PASTI ketika itu. Selepas pulang dari mengajar, saya akan membantu suami menjual kacang soya. Pada awal penglibatan saya agak malu dan kekok untuk berniaga di tepi jalan.
Tetapi memikirkan inilah kehidupan kami, saya buang perasaan tersebut dan saya tanamkan perasaan bangga dapat membantu suami. Pendek kata waktu bekerja kami dari seawal selepas subuh sehinggalah malam hari. Ketika insan lain seronok bersama keluarga di hari cuti, kami mengorbankan semua itu. Dunia kami hanya dengan perniagaan soya. Ramai mengatakan perniagaan ini menguntungkan. Alhamdulillah Allah sentiasa memberi rezeki……tetapi bergantung dengan perniagaan ini cukup mencabar sekiranya musim hujan. Sehinggakan suami sudah pandai menjadi peramal kaji cuaca.
Bayangkan setelah penat menyiapkan segala kelengkapan di awal pagi, hujan turun di waktu petang. Pernah juga kami mengalami saat-saat duka apabila tidak satu bungkus pun kacang soya kami laku dijual dalam sehari.
Mungkin beginilah juga nasib yang sama dialami oleh penoreh getah dan nelayan bila musim hujan melanda. Pernah satu ketika payung berniaga saya dibawa angin ribut dan semua barang berniaga terbalik dan terbang. Saya sentiasa berbincang bersama suami untuk mencari sumber perniagaan lain dan membuat persediaan untuk masa depan anak kami yang semakin membesar
Saya juga pernah memohon untuk membuat pinjaman peribadi dari sebuah bank. Teringat saya pertanyaan pegawai bank berkenaan sama ada saya ada cagaran atau tidak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk mengumpul wang sendiri dan memperluaskan perniagaan kami. HPA tetap kami teruskan dengan, tetapi tidak bersungguh-sungguh. Pada tahun 2006, seseorang telah memesan kopi radix…..suami ke stokis untuk membeli kopi radix dan...saya menunggu di tempat berniaga. Risau, suami belum sampai lagi, selalunya sekejap sahaja…… rupa-rupanya hari tersebut Allah makbulkan doakan kami.......INSAN YANG CUKUP ISTIMEWA BUAT KAMI PJS NADZRI AHMAD dan PJS NOORMAH ZAINOl hendak mewarisi perniagaan jutaan ringgit ini buat kami.(HERBA PENAWAR AL-WAHIDA).

Menerima anugerah dalam KONVEK 2006

Rupa-rupanya cikgu Nadzri telah berjumpa dengan suami dan mengajak kami ke perjumpaan mingguan. Suami menyuruh saya mengikut mereka pada malam tersebut. Kami tutup perniagaan soya walaupun ketika itu belum habis. Malam itu buat pertama kalinya saya rasa satu kelainan… bila saya berdepan dengan pemimpin2 HPA. Walaupun mereka telah berada di atas, namun sikap mereka seperti kita yang dibawah. Kuliah pertama saya dengan PJS Syarifah Sulaiman (KAK PAH). Menaikan satu semangat baru. Akhirnya saya sambut SALAM PERJUANGAN yang dihulurkan. Bulan Februari 2006 saya ke Program Perkongsian Bijak di Perlis.
Sekali lagi hati saya merasakan kehebatan HPA ini…. Di sini saya mengenali pemimpin satu MALAYSIA. Ilmu yang diberikan oleh En. Faisol (GM) dalam program berkenaan cukup hebat. Pulang dari PB saya mencari semua bahan2 HPA yang tersimpan dari tahun 2004. Suami agak terkejut dengan perubahan diri. Setelah menerangkan segalanya beliau mengizinkan saya meneruskan perniagaan ini dengan syarat mesti bersungguh-sungguh2. Bertambah satu lagi pekerjaan saya menjadi seorang usahawan HPA. Saya mengkaji bagaimana perlu menjadi Pengarah Jati. Saya lakukan segala panduan yang diberikan dalam PB. Ketika itu malam juga saya rasakan seperti siang.
Saya hanya dapat melakukan segalanya selepas pulang dari berniaga soya. Mencari 6 orang ke PBC bukannya mudah. Ketika itu rasa teruji. Masyarakat menilai MLM dengan kebendaan. Apa yang saya ada …hanyalah sebuah motosikal. Nak cakap pasal RM 5 angka. Jauh sama sekali. Jadi saya bawa 6 orang dengan konsep ilmu. Untuk terus membawa peserta ke PB juga melalui pelbagai ujian penolakan. Kita merancang, buat dan berdoa, Allah menentukan segalanya. Saya gempur Pekan Tikam Batu. Saya buat homeparty bersama cikgu Nadzri dan kak Noormah. Saya anjur program ILMU HPA di Dewan Hj, Mat Isa Tikam Batu selama 2 hari.

Terima kasih kepada PJS Sabri Ahmad (sifu), PJS Azizan dan PJS Zaharah (kak Arah) yang menjayakan program tersebut. Suami menjadi teman yang cukup setia ke kelas mingguan. Kadangkala basah di tengah hujan ketika pulang dari kelas. Tapi kami rasa satu kepuasan.(sukar kami gambarkan perasaan tersebut). Walaupun dalam kesibukan berniaga soya kami tidak pernah meninggalkan kelas mingguan dan kuliah ilmu yang lain. Kadangkala malu juga bila sampai kelas pun dah di penghujung dan ada ketikanya hanya dapat duduk atas tangga terutama kelas kak Pah sebab dah penuh. (semasa di tempat lama).
Di sini saya mengenali kepimpinan KPU yang cukup hebat PJS Ustaz Zahir Ghazali. Kelas mingguan menjadi pembakar semangat. Ilmu yang dapat disini saya curahkan semula ketika berhadapan dengan manusia yang yang hatinya ibarat batu. Herdik, cemuhan menjadi perkara biasa, tidak kurang yang ingin melihat sampai bila kita bertahan. Itulah resam dunia. Berkat bimbingan dan sokongan suami, cikgu nadzri dan kak noormah akhirnya saya sambut cabaran GM ketika di Hotel Seri Malaysia supaya dapat bersama di pentas KONVEK 2006 dengan pangkat Pengarah Jati(PJ).
Alhamdulilah saya telah mendapat Anugerah Peserta Perkongsian Bijak Terbaik pada KONVEK 2006 dan Anugerah Pengarah JATI. Bersyukur pada Allah…dengan kejayaan ini. (terima kasih kepada sebahagian daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan.)
Langkah 2007 diteruskan…..ucapan terima kasih kepada KPU yang telah memilih saya sebagai pelapis kepimpinan dalam GEN 2. Target saya 2006 untuk capai Pangkat PJ dan bina rangkaian. Target 2007 mendalami ilmu-ilmu yang ada dalam HPA. Setelah dipilih dalam GEN 2 saya merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memegang amanah ini. Saya mengutip setiap kata-kata motivasi, mempelajari gerak kerja kepimpinan awal yang penuh dengan onak dan duri….
Tidak pernah menyangka manisnya perjuangan ini….Bersama suami tukarkan setiap halangan itu menjadi cabaran. Mei 2007 saya meletakan jawatan sebagai guru PASTI. Pelbagai soalan dan anggapan orang mengatakan saya meninggalkan perjuangan jemaah demi HPA. Suami memberi kata-kata semangat hanya Allah dan kita tahu apa yang kita rancang. Segalanya terbukti kini…. Saya masih mampu membantu di PASTI dan masih menjalinkan hubungan walaupun bukan guru tetap.
Saya mendalami kursus-kursus yang dianjurkan oleh HPA. Mempelajari ilmu perawatan daripada Kak Pah dan kak Noorma….bukan kata master, rasanya Ph D. Tapi tak mampu saya merawat orang. Di sini saya melihat perlunya kekuatan dan hubungan yang kuat dengan ALLAH maha Pencipta. Alhamdulillah di penghujung 2007 barulah saya mampu berdepan sebagai seorang perawat. Saya bersyukur. Sesungguhnya ilmu yang diberikan oleh kedua-dua idola saya terbukti selepas seorang makcik yang saya diagnos menangis dipangkuan saya.
Peluang menceritakan pengalaman dalam slot-slot bintang2 PBC dan pembantu pengendali kelas mingguan melatih saya menjadi seorang motivator hari ini. Walaupun rasa tidak mampu tapi saya gagahi juga …. Bukan semua orang dapat peluang macam saya. Saya perlu ambil peluang ini dan belajar. Saya banyak merujuk Ustaz Zahir dan mempelajari setiap teknik motivator HPA yang lain dalam memperbaiki skill penyampaian saya.
Tahun 2007 dengan ilmu stokis yang saya pelajari hampir setahun dari Kak Noormah membuatkan saya berani melebarkan sayap perniagaan ini dengan membuka stokis HPA di Taman Ria Jaya.(terima kasih kepada keluarga dan semua rangkaian saya terutama group KU AZHAR yang memberi sokongan). Perniagaan soya masih diteruskan. Keadaan menjadi lebih sibuk.

Bersama teman setia, PJS Normah Zainol di MAHA 2008

Alhamdulilah dengan herba-herba HPA kami meneruskan perjalanan ini. Kesihatan suami semakin baik. Sekarang boleh makan semua benda-benda berangin. Kami mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan.
Tahun 2008…hampir sebulan kami cuti berniaga soya sejak akhir bulan syawal lepas. Awal Januari sehingga Mac hujan turun hampir setiap hari. Kami bersyukur…..kini saya tidak perlu susah hati melihat awan mendung dan suami tidak perlu menjadi peramal kaji cuaca sebaliknya mengatur strategi demi sebuah perjuangan HPA. Tahun ini juga saya menjadi tenaga pengerak PBC di Kulim bersama Ustazah Siham & Ustaz Zamri dan ke PBC Taiping bersama PJS Mohd Nadzri, PJS Ismail Othman dan PJS Noormah. (terima kasih atas kepercayaan yang diberikan).
Pada 2 dan 3 Ogos saya telah diamanahkan oleh PJS Ustaz Mohd Zahir menjadi Pengarah Program PBC di Sungai Petani bersama PJ Noor Hashimah Hashim.(Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan PBC tersebut). Dan sekali lagi pada 12 Ogos saya berasa cukup bangga dapat menghadiri Sambutan Maha bersama PJS Noormah , PJS Ustazah Siham, PJ Ustaz Zamri dan PJ Adlina melihat Tn. Haji Ismail menerima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Ramadhan hampir tiba, terkenang tahun-tahun lalu masa ini menjadi lebih sibuk untuk menyiapkan kelengkapan berniaga menjelang ramadhan sehingga kesibukan itu sungguh terasa sehingga malam raya. Paling menyedihkan suami terpaksa mengayuh roda tiga yang berat itu diwaktu berpuasa…..insyaallah kini segalanya telah berakhir….. kami telah menyimpan perniagaan soya ini dan tidak akan kami wariskan kepada sesiapa….bukan kami lokek ilmu ini tapi kami tidak mahu orang lain merasa kesusahan yang kami rasakan. Tapi kami akan berbangga dan menyeru kepada umat Islam yang lain untuk sama-sama istiqamah dan berjuang dengan HPA.

Kini kami hanya tumpukan sepenuhnya perhatian kepada perniagaan HPA dan menyara kehidupan dengan rezeki HPA yang penuh barakah. Dan kami juga tidak lagi merasa bimbang andaikata ALLAH menjemput kami pulang HPA akan menjadi harta yang akan kami tinggalkan buat anakanda tercinta MUHAMMAD AZIZ RIFQI . Dan kami juga berdoa moga Allah tetapkan hati kami dalam perjuangan ini, temukan kami dengan insan2 yang ikhlas, murahkan rezeki dan tabahkan hati disetiap langkah kami bersama HPA.
Madu, Teh Herba dan Rebusan Alac,
Buat penawar penyakit buah pinggang,
Yang bulat tak akan datang bergolek
,
Yang pipih tak akan datang melayang.

"KEJAYAAN ITU BUKAN MILIK ORANG TERTENTU, TETAPI RESEPI KEJAYAAN ITU ADA PADA MEREKA YANG TELAH BERJAYA”
Nukilan Rasa
PJS Asnah


sumber : ekpu.radix2u.com

Penajaan Semula Ahli HPA yang tidak aktif dari 2006 ke bawah

[UPDATE on 12/01/2010]

Assalamualaikum..Salam Satu HPA
Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif(tidak pernah membeli walaupun satu produk)ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif. Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif. Sehubungan dengan ini HQ mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula.

Syarat-syarat Penajaan Semula.

1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Tulis surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
3. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
4. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh ahli tersebut mendaftar sebagai ahli hpa.


- Jika tidak memenuhi salah satu syarat di atas , permohonan tidak akan di proses.

Wasallam



GM Al-Wahida

Saturday, January 9, 2010

MERCU TANDA HPA DI SHAH ALAM


Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.
Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Us. Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi semalam.


KPJ yang kali pertama diadakan di Shah Alam semalam telah dihadiri lebih 300 orang yang terdiri dari pengedar pengedar yang setia bersama prospek masing-masing. Sebelum kuliah bermula, para hadirin telah dibentangkan Insentif Taawun HPA 2010 oleh Timbalan Presiden KPA PJS Rosmandi Ishak

.
Us Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Us. Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.
DIPETIK DARI BLOG JAMALMAJLIS

KOWAHIDA SERAH ZAKAT RM250K KEPADA PERKIM KELANTAN



Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga KOWAHIDA. Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan.

Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka RCH di Kota Bharu Parade (berYB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.hadapan Pasar Siti Khadijah).

Friday, January 8, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ)

Tarikh : 07 Januari 2010 ( Khamis )
Tempat : Hotel De Palma Inn Shah Alam(Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19 40718 Shah Alam Selangor)
Masa : 8.00 Malam

Tarikh : 19 Januari 2010 ( Selasa )
Tempat : Ipoh (tempat akan diberitahu kemudian)
Masa : 8.00 Malam

Tarikh : 22 Januari 2010 ( Jumaat )
Tempat : Hotel De Palma Ampang(Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang 68000 Selangor)
Masa : 8.00 Malam

SIJIL HERBALIS KE-18


Bagi mereka yang berminat,
bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)
BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI
AKAUN BIMBMUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)
DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda kePejabat
MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254
ATAU
MENGHUBUNGI PEGAWAI KAMI DI TALIAN 04-4419094
PUAN NORASYIKIN BALKHIS BT YAKATH ALI (019-6330727)
PUAN AZIRA BT MAMAT (019-4548727)