Saturday, January 30, 2010

INFO HERBA:POKOK SUBANG NENEK


Pokok Subang Nenek atau nama saintifiknya Sthenodesme temtanara merupakan pokok yang mudah tumbuh khususnya di kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair. Biasanya pokok ini ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai landskap ataupun herba.

Sakit gigi atau gusi bengkak sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian. Pokok Subang Nenek atau ada yang memanggilnya dengan nama Butang baju siti fatimah sememangnya dipercayai dan diakui oleh ramai pengamal perubatan dapat mengubati sakit gigi.

Caranya agak mudah, iaitu dengan mengambil beberapa helai daun-daun tersebut atau bunganya. Kemudian dibersihkan terlebih dahulu dan barulah ditumbuk daun tersebut sehingga lumat. Selepas itu sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit. Secara tidak langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi tersebut.

SUMBER DR SEGALANYA TTG TUMBUHAN

No comments:

Post a Comment