Wednesday, July 28, 2010

KPJ bersejarah di HPA Cawangan Ipoh




'Panglima' HPA menggegar Ipoh

Pada hari Isnin yang lalu bersamaan dengan 14 Sya'ban 1431H, berlangsungnya Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh 'Panglima' Tn Hj Zakaria bin Mohamad dan tetamu jemputan istimewa malam tersebut ialah Sheqal, bekas penyanyi terkenal suatu ketika dahulu yang popular dengan lagu bercorak nusantaranya. Saudara Sheqal dijemput untuk mendeklamasikan sajak beliau yang bertajuk " Pejuang Seni".



Kehadiran Sheqal menghangatkan lagi HPA yang telah sedia 'hot'

KPJ kali ini bertajuk "Unsur-unsur panas dan sejuk (Yin dan Yang), adalah sambungan daripada KPJ siri yang pertama dahulu. Pelbagai tips menarik diberikan oleh Tn Hj Zakaria, antaranya cara mandi yang betul, cara penggunaan Sirap Aren, Bedak Dingin HPA dan banyak lagi.

KPJ ini dipengerusikan oleh Saudara Zuki bin Jusoh.



Saudara Zuki sedang mempengerusikan KPJ Ipoh

Rakaman video oleh Saudara Zulkifli

Sebelum kuliah ini dimulakan, terlebih dahulu dijemput PJS Cikgu Sani menyampaikan kata-kata aluan. PJE Mohd Ayub pula dijemput selepas itu untuk memberikan testimoni beliau mengenai penggunaan Herba Tuju Angin selepas beliau pulang dari Umrah. Minyak But-but pula beliau aplikasikan ke atas kucing beliau yang mengalami luka-luka.

PJE Mohd Ayub sedang berkongsi testimoninya

Sejurus selepas itu, Tn Hj Zakaria memulakan kuliah perubatan beliau selama 1 jam 45 min bermula dari 9.15 malam sehingga 11 malam.

Testimoni kedua selepas itu disampaikan oleh PJ Puan Shafariah mengenai masalah 'berdesing' di telinga apabila beliau menggunakan telefon bimbit. Beliau menggunakan HB dan masalah itu hilang sama sekali. Teh Herba beliau gunakan untuk menyembuhkan kesan 'operation' semasa beliau melahirkan anak.

PJ Puan Shafariah bercerita tentang pengalamannya mengamalkan produk HPA

Sebagai penutup KPJ malam itu, Sheqal sekali lagi dijemput untuk menyampaikan sebuah nasyid lama dan dinyanyikan beramai-ramai bersama hadirin. Mengagumkan, suara beliau masih lagi kekal merdu dan nyaring seperti dahulu.

Penyampaian cenderahati diberikan kepada 2 orang peserta testimoni tadi dan 5 cabutan bertuah disampaikan kepada pemenang.

Majlis berakhir pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah.


Bergambar kenangan beramai-ramai bersama Tn Hj Zakaria dan Saudara Sheqal

Saturday, July 24, 2010

Kisah Palestin dan Firaun Moden..baca dan hayati betul-betul!!!



Ini cerita daripada seorang pemberita sebuah stesen tv swasta, Razali Awang yang turut serta dalam missi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ni. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di sana yang padanya pengalaman ini tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatnya.

Pada Razali, Mesir adalah sebuah Negara Firaun moden. Nama sahaja Negara Islam tapi, pemimpinnya dah mengamalkan dasar-dasar tersangat sekular. Mereka di Negara ini sanggup kencing di dinding2 masjid dan pemimpinnya sanggup menyekat sempadan yang hanya satu-satunya jalan untuk ke Gaza . Makanan dan ubatan2 semua rosak dekat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir dan Gaza ini hanyalah 14km sahaja panjangnya. Kalaulah sekatan ini tidak dilakukan tentunya rakyat Palestin tidak akan kebuluran... Bagaimanapun, Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas. Inilah sikap biadapnya Negara Mesir yang mempunyai manusia tidak berhati perut. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang di interviewnya, mengatakan Malaysia tiap Jumaat dibacanya Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin.

Di Mesir, berapa banyak checkpoint terpaksa dilalui dengan peritnya. Ada yang meminta rasuah, untuk 500meter perjalanan dengan bas dikenakan caj sehingga RM70!!!, tetapi dengan pertolongan Allah SWT, semua halangan dapat dilepasi. Memang jelas Mesir adalah Negara bersekutu kuat dengan Negara kafiaq Amerika and Israel.

Gaza ( Palestine ) pula terbahagi kepada dua iaitu Hamas dan Fatah. Sebelah Fatah ada kasino! Mengikut kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila mendengar yang ini). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan Mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan friendly as compared to other Arabs khususnya yang dekat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan di sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .Boleh kalahkan seperti Los Angeles kalau tidak ada peperangan..

Sementara Hamas pula memang mempunyai kalangan yang rela mati untuk mati syahid. Rela mati bila-bila waktu sahaja. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang mengucapkan "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yang melekat pada dinding bangunan rosak, tidak busuk walaupun sudah berminggu-minggu! Mayat tidak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil, kononnya itu tempat simpanan senjata. Hamas ada 25,000 orang. Tidak ada senjata canggih tapi yang mati hanya 100 orang lebih sahaja! Hamas ini beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni seorang mati, esok lahir lagi seorang bayi!


Jika sesiapa yang melihat gambar ini, lalu tidak merasa apa-apa perasan simpati dan sedih atau marah, memang hatinya umpama hati Syaitan, kerana syaitan amat menyukai kekejaman dan ketidakperikemanusiaan seperti yang dilakukan oleh Rejim Yahudi Laknatullah ini.



Israel adalah Negara yang memang pengecut sebab tidak berani berperang satu lawan satu dengan Hamas, hanya berani duduk dalam kereta kebal sahaja. Lepas tu serang menggunakan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tahu Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel ini memusnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ini makan masa bertahun2 hendak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebuluran dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak pernah hendak ikut! Ada back-up besarlah dibelakang katakan!


Pengkhianat Islam dan Umatnya!!!



Sementara itu, Rakyat Palestine Sedih dilihatnya. Mereka merebus rumput untuk jadikan makanan sebab dah tidak ada makanan lain. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit atau lain2 pembedahan terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tidak ada. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus. Sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata sudah tidak ada apa2 yang tinggal lagi… semuanya sudah menjadi abu!!! Ada yang nampak serpihan2 tulang di sana sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi, antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA adalah negara jiran yang paling dekat dengan kita...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel!

So friends, kita terus doa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasallam.

p/s : jangan berdoa je, bertindaklah sedaya upaya kita, kalau boleh pergi serang Israel, pegi la...tapi rasanya berapa kerat je yang nak...tapi alternatif kita yang ramai boleh buat adalah BOIKOT produk mereka-mereka yang ada kepentingan dengan US dan Israel...tak kiralah walaupun orang Melayu sendiri...kita terpaksa kerana niat kita adalah untuk membantu umat Islam, saudara segama kita yang tertindas. Adakah anda seperjuangan dengan kami?

Produk Baru kembali lagi....!!!!!

Kuala Lumpur, 23hb Julai 2010.Pengarah Urusan di iringi PU2, GM, PJS HPA telah melancarkan produk baru HPA selepas selesai KPJ K.Lumpur di Hotel De Palma Ampang




Jadi, jom pakat 'support' produk kita yang Halalan Wa Toyyiba. Tanpa sokongan dari anda, ekonomi Islam susah nak membangun...senang susah dihadapi bersama, dalam perjuangan tak pernah senang, kerana syurga itu mahal harganya, limpahkan titik peluh anda demi habuan di sana....

GEMPUR!!!!!

Tuesday, July 20, 2010


petikan akbar: (hmetro.com.my)

Oleh Zainuddin Zain

2010/07/19 RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menawan pasaran makanan segera di Malaysia.

RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Premis terbaru RFC dibuka di Kubang Kerian, Kelantan akan dirasmikan pada 25 Julai ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, RFC cawangan Perlis di Seriab, Kangar dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad.

Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.

Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).

Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.

“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).

Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.

Saturday, July 17, 2010

KHASIAT KACANG BADAM



Tentu ramai yang biasa makan Almond London terutama apabila menjelang musim hari raya. Memang sedap.. Selain ia dijadikan bahan campuran dalam makanan seperti kuih, ia juga boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang dan sebagainya. Tahukah anda almond atau badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.

Badam sememangnya diketahui penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Selain kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Terdapat berbagai lagi khasiat badam sebenanya yang tidak dapat disiarkan di sini. Jika anda ingin tahu lebih lagi di harap, rujuklah di buku-buku atau di internet..


INFO;SEGALANYA TENTANG TUMBUHAN

PETIKAN UCAPAN FB PENGARAH URUSAN HPA

Antara ucapan beliau:

NO.1 : RFC Kangar, Perlis selamat dirasmikan oleh PU HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad bersama para pemimpin dan ahli-ahli HPA semalam. Hari ini pula RFC Kubang Kerian memulakan operasinya dan dijangka akan dirasmikan pada penghujung bulan ini. Pehak HPA masih menanti tarikh yang diberikan oleh YAB menteri besar Kelantan untuk perasmian ini. InsyaALlah. Semua ahli HPA , mohon beri sedikit masa untuk singgah di restoran kita bersama ini.

No.2 : Isu kopi naik harga tidak melemahkan semangat ahli-ahli HPA , mereka merasakan wajar HPA melakukannya dan jangan sampai kopi tak boleh dikeluarkan kerana terpaksa menanggung kos -kos akibat peningkatan harga barang. Koko radix juga akan dinaikan harga pada bulan ogos nanti kerana kos baru masih tidak memberikan keuntungan sesen pun pada HPA malah sedikit kerugian. Perjuangan perlu diteruskan.

No.3 : Fresia akan menjadi pilihan utama,pencuci kain cecair yang berkualiti tinggi,sedang aktif mencukupkan keperluan seluruh Malaysia.Target jualan pertama ialah 100,000 botol selepas diiklankan dalam TV nanti. Tunggu hingga produk cukup dipasaran.

No.4 : Terima kasih pada ustaz Ramizu selaku presiden KPT,ajk dan semua pemimpin dan ahli2 yang mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di RFC Kubang Kerian malam tadi. Semoga RFC boleh membuka 3 buah lagi di negeri Kelantan dengan sokongan seluruh warga HPA.Amin.

No. 5 : Terima kasih kepada pengarah LPP negeri Perlis dan Pengarah Fama Negeri yang berkesudian hadir dalam majlis pelancaran RFC semalam. Semoga HPA dapat berkerjasama dengan agensi kerajaan bagi keuntungan ekonomi masyarakat setempat.

No. 6 : Harga ayam juga sepatutnya semakin meningkat tetapi HPA menetapkan harga ayam tidak berubah sehingga hari ini. HPA Farm akan cuba mempertahankan harga produk halal utama ini untuk kegunaan semua ahli. Dijangka pada akhir tahun ini jumlah ayam akan meningkat kepada sejuta ekor satu pusingan.

No. 7 : PIC Khas – pengetahuan produk HPA membicarakan lebih 100 produk herba yang telah berada didalam pasaran. Terbuka untuk 300 orang peserta sahaja. pada 7/8 Ogos 2010 di Dewan Omar Mukhtar Sg.Petani hubungi HPA Call Centre 04 9776805

No. 8 : PBC Mega yang diadakan dibawan KPA diharapkan berjaya mencukupkan peserta 200 orang. Hingga kini di maklumkan sudah melebihi 100 orang.

Thursday, July 15, 2010

DR ROBERT FAROOK DICKSON CRANE


Solat Jumaat 'hidayah' Dr. Crane
Susunan SITI AINIZA KAMSARI


--------------------------------------------------------------------------------

BELIAU dapat 'membaca' sesuatu ekoran perlumbaan kuasa tentera dan senjata antara dua kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan Rusia. Lazimnya AS akan menundukkan mana-mana kuasa lain yang cuba bersaing. Apatah lagi cuba mengatasi kehebatan teknologi persenjataan yang dimilikinya.
Bagaimanapun, agak pelik apabila pada suatu hari Rusia memperkenalkan teknik-teknik senjata yang lebih moden dan canggih sehingga melibatkan ruang angkasa di sebuah negara sekutu Rusia, iaitu Cuba, menyebabkan AS menggelabah.
Sudah tentu AS tidak senang duduk kerana bimbang Cuba dijadikan pangkalan tentera baru kepada Rusia untuk menyerang negara kuasa besar itu.
"Apabila Rusia memberi jaminan akan menarik balik segala kemudahan ketenteraan di Cuba tentu sahaja ia adalah syarat yang mesti dipenuhi oleh AS bahawa mereka sama sekali tidak boleh menganggu pemimpin Cuba, Fidel Castro dalam usaha berterusan AS menjatuhkan pemimpin itu.
"Jika mereka masih berkeras memburu dan menjatuhkan Castro, maka alamatnya segala kemudahan tentera di Cuba akan 'dihidupkan' untuk menyerang AS. Begitulah liciknya Rusia dalam memberi jaminan pengaruh komunis di Cuba tidak akan mengancam AS," tulis Robert Dickson Crane dalam satu artikel mengulas strategi perang psiko antara AS dan Rusia.
Crane ketika itu adalah pelajar di Fakulti Undang-undang Universiti Harvard. Tanpa disangka artikel itu dibaca oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon ketika dalam penerbangan dari California ke New York.
"Sejurus mendarat di lapangan terbang, iaitu pada Januari 1963, Nixon terus memanggil saya dan bertanya sama ada saya sedia menjadi penasihatnya untuk urusan politik luar negara," kata Crane.
Begitulah bertuahnya Crane natijah tulisannya itu yang berjaya menarik minat Presiden AS yang ke-37 itu untuk menjawat tugas yang cukup mencabar iaitu dari tahun 1963 sehingga 1968. Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah di Dewan Keamanan Kebangsaan.
Sepanjang dunia kerjayanya, semasa pemerintahan Presiden Ronald Reagan pula Crane menjadi Duta Besar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Semua tugas tersebut memberi cabaran yang getir namun berbaloi kerana menggabungkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang cukup berharga kepada Crane.
Tugasnya sebagai Penasihat Luar tersebut membawa Crane terlibat secara langsung dengan pelbagai persoalan dan pergolakan politik yang berlaku di dunia luar AS.
Beliau sedaya upaya memberi nasihat yang terbaik kepada Presiden apa yang terbaik dilakukan untuk polisi dan dasar luar mereka.
Namun amatlah penting bagi Crane membaca banyak bahan bacaan, iaitu tentu sahaja buku-buku, artikel dan jurnal. Ini membuatkan beliau turut membedah topik-topik agama dan mesti mengambil tahu mengenai apa juga agama terutama Islam.
"Saat itu saya telah membaca sedikit mengenai Islam kerana saya mula terfikir untuk menjadikan Islam itu 'rakan' sekutu kepada AS yang paling kuat untuk tempoh paling lama semata-mata untuk melawan pengaruh dan kuasa komunis.
Prejudis
"Ini kerana kami (saya dan Nixon) menganggap komunis sebagai ancaman kepada dunia," tuturnya ikhlas.
Begitu pun sebenarnya Crane mempunyai pemikiran yang sangat kotor mengenai Islam. Ia berpunca daripada sikapnya yang prejudis dan tidak pernah mengambil serius ajaran sebenar Islam.
"Yang saya tahu mengenai Islam hanyalah setiap Muslim yang baik harus membunuh penganut Kristian dan syurga bagi agama Islam ini tidak ubahnya seperti rumah pelacuran.
"Saya tidak pernah berminat mempelajari dan mengenali agama ini kerana bagi saya, Islam sebuah agama yang primitif," katanya.
Namun Crane akhirnya 'menjilat air ludahnya sendiri'. Islam yang dikatakan kotor dan menjijikkan itu akhirnya menjadi agama anutannya sehingga beliau kini dikenali sebagai Dr. Robert Farook Dickson Crane.
Semuanya bermula ketika beliau dan isteri berada di Bahrain iaitu pada musim panas 1977. Walaupun dalam keadaan suhu yang panas, cuaca yang cerah dan cantik membolehkan Crane dan isterinya bersiar-siar melihat Istana lama di Al Muharraq, iaitu sebuah kota dagang tertua di dunia.
Namun Crane dan isterinya itu terpaksa melalui lorong-lorong yang sempit dan bersimpang siur.
Akhirnya seperti yang diduga pasangan ini tersesat jalan sehingga mereka bingung tidak tahu arah mana hendak dituju walaupun berada di tengah-tengah orang ramai.
Ditakdirkan tuhan, secara tiba-tiba muncul lelaki tua yang menawarkan bantuan kepada Crane dan isteri. Pasangan tersebut kemudiannya menerima pelawaan ke rumah lelaki itu untuk berehat.
Di rumah orang tua ini, Crane dan isteri begitu gembira kerana mendapat layanan yang cukup baik dan mesra. Mereka juga dihidangkan pelbagai makanan yang enak.
"Namun yang sukar dilupakan apabila kami berbicara pelbagai perkara lebih-lebih lagi orang tua itu seorang Islam. Yang menariknya kami lebih bicarakan mengenai isu-isu yang baik-baik dan buruk-buruk yang berlaku di dunia ketika itu.
"Ia termasuk peranan tuhan terhadap manusia tanpa sedikit pun orang tua itu menyelitkan perihal Islam. Sejak pertemuan itu, ia sangat meninggalkan kesan kepada saya untuk mengenali apakah Islam yang sebenar," katanya.
Orang tua itu berjaya membuat Crane tertanya-tanya mengenai Islam. Sebabnya, perilaku dan tahap pemikirannya bukan seperti yang selalu dianggap mengenai Islam dan para penganutnya sebelum ini.
Sehinggalah pada tahun 1980, Crane berpeluang mengikuti persidangan antarabangsa mengenai gerakan Islam di New Hampshire. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar gerakan Islam utama dunia.
"Pada tengah hari Jumaat itu saya mengekori mereka yang saya sangka masing-masing menuju untuk menikmati makan tengah hari.
"Namun, rupa-rupanya mereka hendak solat Jumaat di sebuah ruang bangunan yang dikosongkan dan hanya ditutupi permaidani.
Harus bersujud
"Pada mulanya saya ingin berpatah balik tetapi bimbang perbuatan itu akan menyinggung mereka lalu saya duduk di belakang para jemaah dan menunggu mereka solat," katanya.
Ketika itu yang menjadi imam solat ialah tokoh terkemuka gerakan Islam dari Sudan, iaitu Hassan At Turabi.
"Ketika itulah saat yang begitu menggetarkan perasaan saya dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila Hassan berjaya membawa dirinya dan seluruh jemaah sama-sama sujud kepada Allah.
"Walhal beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Jika beliau dapat sujud kepada Allah, bererti beliau berpuluh kali lebih baik daripada saya.
"Saat itu saya memutuskan saya juga harus bersujud sebagai tanda penyerahan diri kepada Allah yang Maha Berkuasa yang menciptakan manusia dan seluruh alam ini," katanya.
Crane ialah salah seorang tokoh yang akan menyampaikan syarahan di Konvensyen Kesatuan Islam Antarabangsa anjuran Yayasan Ramadan di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Oktober ini.
Beliau akan berkongsi lebih banyak pengalaman sejak bergelar Islam dan memegang pe lbagai jawatan penting untuk pertubuhan Islam di Amerika.
Turut menyampaikan syarahan ialah tokoh terkemuka Islam dari Syria, Dr. Muhammad Saeed Ramadan Al-Bouti, mantan Perdana Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ramai lagi tokoh Islam yang lain.

PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN



Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Kerian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mulai 10hb Julai 2010, RFC KUBANG KERIAN telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan

Pakiaan PJS : Blazer dan berkasut (sliper tidak dibenarkan)
Pakaian Leader Lain : Baju Batik dan berkasut…(sliper tidak dibenarkan)

Semua PJS dan seluruh pengedar HPA dijemput hadir..

Ayuh warga Perak kita ke Kelate...