Saturday, July 17, 2010

KHASIAT KACANG BADAM



Tentu ramai yang biasa makan Almond London terutama apabila menjelang musim hari raya. Memang sedap.. Selain ia dijadikan bahan campuran dalam makanan seperti kuih, ia juga boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang dan sebagainya. Tahukah anda almond atau badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.

Badam sememangnya diketahui penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Selain kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Terdapat berbagai lagi khasiat badam sebenanya yang tidak dapat disiarkan di sini. Jika anda ingin tahu lebih lagi di harap, rujuklah di buku-buku atau di internet..


INFO;SEGALANYA TENTANG TUMBUHAN

No comments:

Post a Comment