Saturday, March 26, 2011

PBC di Hotel DJ Palace Lumut (26 & 27.3.2011)

Kursus PBC Taawun Lumut membuka lembaran baru perkembangan Hpa di bandar Maritim dan Tentera Laut ini. Moga ia menjadi titik mula perkembangan Hpa di sini.

KURSUS IRIDOLOGI (MENDIAGNOS PENYAKIT MELALUI MATA)



PELUANG TERBUKA UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI
KURSUS IRIDOLOGI (MENDIAGNOS PENYAKIT MELALUI MATA)

TARIKH : 3 APRIL 2011
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : HPA CAWANGAN IPOH TINGKAT 2
YURAN : 75.00

BAHAN-BAHAN KURSUS :
POCKET LIGHT, CERMIN & SIJIL PENYERTAAN
SARAPAN PAGI & MAKAN TENGAHARI DI SEDIAKAN

ANJURAN : KELAB KOMUNITI IPOH (UNIT PERUBATAN JAWI)

UTK PENDARTARAN SILA HUBUNGI :
HERBALIS KHAMLI 017 - 525 9814 SMS SAHAJA
ZULKEIF 019 - 570 2750 PANGGILAN & SMS
GEE 019 - 571 2750 PANGGILAN & SMS

Kursus Kecantikan & Rawatan Wajah Pada 19.3.2011


sayang sekali rakan2 yg x join ... bayaran Rm50 plus RM10 utk mkn tersgt murah berbanding ilmu yg dikongsi...apatah lagi terlalu byk free gifts yg diberi...brightening assence tu pun dh berapa dah..3 jns.syampu lagi, cleansing foam, coklat....



Kursus Kecantikan & Rawatan Wajah bersama Team Centellah White Hpa di Dewan Hpa Ipoh pd 19 Mac ni.
Utk ahli dan bukan ahli
PERCUMA
alat & set mini centella
Sijil di ikhtiraf oleh HPA
Yuran hanya Rm60 je. Gempurrr
Untuk Pendaftaran Hubungi:
Pauziah 019-571 2750

Tuesday, March 22, 2011

KULIAH PERUBATAN JAWI KPJ pada 24.3.2011






Kuliah perubatan jawi pada 24.3.2011 bertempat di dewan HPA cawangan Ipoh 8.00-11.00 malam bersama PJS Ust Ramizu bin Abdulah (presiden KPT).semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

Wednesday, March 16, 2011

BAHAYA PLASTIK




Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dalam kenderaan, permainan kanak-kanak, pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat perubatan dan banyak lagi - tidak mampu disenaraikan semuanya sekali. Plastik diperolehi secara murah, dan ia memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, mudah dibentuk malah ia lebih ringan berbanding logam. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan.

Malangnya penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini.
Ia juga mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus, maka ia tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk. Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau gelas.

Minuman botol yang didapati di pasaraya hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman. Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, ia belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.

Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya! Tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Selsius. Dengan kadar suhu 25 Selsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser. Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir menambah burukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, ia masih tidak mengharamkan penggunaan bekas plastik terhadap orang awam.

Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia dan belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah dengan adanya plastik. Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau kilang membuat plastik!


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC)

SUMBER :THE SECRET MEDICINES BLOGGER

RADIX PIZZA HOUSE DI JAKARTA


Selasa, 15 Maret 2011

Seruan para ulama sedunia untuk tidak mendukung produk Yahudi, rupanya membuat kalangan pengusaha Muslim melakukan langkah kreatif. Baru-baru ini, sebuah restoran bernama "Radix Pizza House" (RPH), diluncurkan di Jakarta. Sebagai restoran Muslim, RPH menyajikan makanan halal dan menyehatkan (halalan thoyyiban).

RPH yang berlokasi di C’ONE Hotel Plaza, Jln. Letjend. Suprapto, Cempaka Putih Jakarta diresmikan hari Ahad, (13/3) kemarin, merupakan buah karya kaum Muslimin yang bermujahadah ingin melahirkan produk-produk terbaik yang lahir dari tangan umat Islam sendiri.

Selain concern pada bahan halal, RPH juga menyajikan makanan dan minuman yang menyehatkan (thayyib). Menu-menu yang disajikan dalam RPH menghindari penggunaan bahan-bahan tambahan yang terbuat dari kimia sintetik, seperti MSG (monosodium glutamat), gula putih, pelembut makanan, pengembangan makanan, dan berbagai jenis zat yang mampu merekayasa rasa menjadi agar terasa lebih nikmat.

Padahal, penggunaan bahan tambahan seperti itu jika dikonsumsi secara berlebihan dan terus menerus akan berdampak buruk. Salah satunya adalah jika dikonsumsi pada anak secara berlebihan akan mengakibatkan hiperaktif. Yang juga perlu diwaspadai, dalam beberapa penelitian diketahui bahwa unsur-unsur kimia tersebut seringkali terdapat unsur babi.

Maka itu guna mencegah terjadinya hal tersebut, RPH sama sekali tidak mencampurkan unsur-unsur kimia sintetik dalam makanan maupun minuman.

“Makanan dan minuman yang terdapat dalam menu RPH hanya mengandalkan bahan-bahan alami. Misalnya, untuk bisa mendapatkan ramuan Pizza yang baik, tim RPH telah melakukan uji coba selama beberapa bulan. Sementara untuk rasa manis dalam makanan maupun minuman, RPH menggunakan sari tebu murni atau gula batu,” papar pengelola Restoran Muslim RPH, Agustina.

Tidak hanya itu, yang juga menjadi keunggulan dari makanan dan minuman di RPH, mengandung ramuan herba-herba yang diambil langsung dari bumi Indonesia.

Dalam motto “Radix Pizza House: Sensasi Kelezatan Alami, Halalan Thoyyiban,” RPH mempersembahkan beberapa menu yang sangat beragam, sekali lagi, tentunya tetap Halal dan Menyehatkan.

Menu utama (Main Course), RPH memiliki beberapa menu, antara lain: Great Amazing Pizza, Radix Vaganza, Great Seafood Pizza, Spicty Tuna Sesame Seed, Double Smoked Beef, dan berbagai macam lainnya. Terdapat juga menu pelengkap (Appetizer), antara lain: Garlic Bread, Bread Steak, Cream Corn Soup, aneka Pasta, dan pilihan kenikmatan lainnya.

Untuk minuman, selain terdapat aneka macam juice, RPH juga mempersembahkan minuman menyehatkan, seperti Ice Tea Pegagan, Rossele Syrup, serta satu lagi minuman yang terbilang unik, Heaven Dew. Minuman yang terbuat dari cengkeh, sereh, jahe, dan gula tebu segar ini terasa dingin di lidah, tapi ketika melewati tenggorokan Anda, minuman ini akan terasa menghangatkan. Luar biasa bukan! Satu lagi yang tak ketinggalan yaitu Kopi Radix, dengan dua pilihan penyajian: Ice Coffe Radix atau Hot Coffe Radix.

RPH yang tersinergi dalam wadah Herba Penawar Al-Wahida (HPA) merupakan sebuah syarikat milik umat Islam yang didirikan oleh Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, selaku Pengarah Urusan I. Perusahaan ini didirikan pada tahun 1987 di Perlis, Malaysia.

Hingga kini, HPA telah ada diberbagai negara: Malaysia, Indonesia, Singapura, Kamboja, Vietnam, Thailand, Mekkah, serta negara lainnya. Pada awalnya HPA berkiprah dalam bisnis herba, namun hingga kini HPA telah menunjukan kiprahnya dalam bermacam jenis usaha, seperti: Hotel, Restoran, Travel, Kulineri, serta Obat-obatan herba.

RPH yang saat ini akan dilauncing merupakan bagian dari usaha yang dikembangkan oleh HPA dalam dunia kuliner. Selain itu juga ada Radix Fried Chicken, Radix Oriental Cuisine, Radix Chicken House, dan Radix Bakery House.

Dukung Palestina

RPH, yang telah mendapatkan label Halal dari LPPOM MUI (Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan, dan Makanan Majelis Ulama Indonesia) kini membentuk central kitchen yang berfungsi untuk riset dan pengembangan (RND), distribusi, dan pusat quality control.
“Dengan konsep ini RPH bisa menjaga kualitas kehalalan dan rasa yang disajikan pada konsumen di setiap restoran RPH dimanapun berada,” papar Agustina.

Fungsi lain dari central kitchen ini adalah berhubungan langsung dengan para supplier. Menurut Agustina, banyak supplier yang menawarkan daging, yang merupakan salah satu bahan dalam Pizza, berasal dari luar Indonesia (impor). RPH sangat berhati-hati dengan tawaran seperti ini, sebab belum jelas bagaimana proses pemotongannya. Semua bahan yang masuk ke central kitchen RPH harus mempunyai status halal. “Salah satu yang kami tuntut dari supplier adalah label halal,” terang Agustina.

Tak hanya itu, yang lebih penting lagi, menurut Agustina, RPH berkomitmen akan menyisihkan keuntungan dari penjualan untuk rakyat Palestina.

“Mengenai hal ini kami akan bekerjasama dengan lembaga-lembaga yang concern pada perjuangan Palestina,” kata Head Departement Culinary PT Radix Indonesia ini


sumber

hidayatullah.com

Saturday, March 5, 2011

KHASIAT RADIK GOAT HPA


RADIX GOAT

Susu kambing adalah minuman yang lebih baik khasiatnya dibandingkan dengan susu lembu.Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna yang mempunyai alergi terhadap susu lembu.Susu kambing sagat baik kerana ianya salah satu amalan sunnah Rasulullah S.A.W.


KHASIAT RADIX GOAT

Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi:
  • 3-4 peratus protein
  • 4-7 peratus lemak
  • 4.5 peratus karbohidrat
  • 134 gram kalsium
  • 111 gram fosfur
KANDUNGAN/INGRGEDIENT

Bahan:
Krimer bukan tenusu (Protein Susu), serbuk susu kambing penuh krim, mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan, Herba Radix dan Vanillin.

Kelebihan Radix Goat
-Mengandungi 7 jenis herba Radix sama seperti kopi radix yang berada di pasaran. Antara herba-herbanya ialah:

  • Tongkat Ali (Afrodisiak/antioksidan)
  • Pokok Mata Pelanduk (Diuretik)
  • Pokok Teja Lawang (Karminatif)
  • Pokok Tebu Gajah (Antidot)
  • Pokok Mengkudu Hutan (Laxatif)
  • Halban (Imuniti)
  • Larak Hutan (Kardiotonik)
KEBAIKAN RADIX GOAT
  • Mempunyai sunber kalsium yang lebih baik berbanding susu lembu.
  • Baik untuk tulang dan gigi.
  • Melancarkan lagi proses penghadaman dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Terdapat mineral besi untuk pembentukan hemoglobin dalam badan.
  • kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  • Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
  • Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel darah, tisu-tisu badan, serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak.
  • Menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan,kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pandarahan yang banyak selepas bersalin (pndarahan pospartum).
  • Dapat membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  • Mengandungi sumber natrium untuk membantu kalsium dan mineral lain larut dalam darah.
  • Memudahkan proses penyerapan mineral-mineral di dalam badan dengan lebih mudah.
  • Sifat alkali susu kambing baik untuk kesihatan bertindak meneutralkan asid dalam badan secara semulajadi.
  • Mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu proses pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan lebih cantik dan berseri.
  • Mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  • Mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolestrol.

HEMOGLOBIN
  • Membantu sel darah merah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan untuk kegunaan sel-sel badan.
  • Membantu melancarkan lagi sistem pernafasan