Tuesday, July 12, 2011

Cawangan Ipoh Antara 6 Cawangan Terpilih Sebagai Stesyen Utama HPA Zon Tengah


STESYEN UTAMA HPA adalah Cawangan HPA yang dipilih untuk dijadikan tempat menjalankan Bengkel ESP dan mempunyai produk yang mencukupi terutamanya produk killer seperti Kopi Radix, Minyak But But dan Omega 3 Softgel.

Baru baru ini Tn Hj Ismail telah mengumumkan sebanyak 25 buah cawangan akan dipilih berpandukan jualan semasa yang melebihi RM100,000 sebulan. Sasarannya selepas ini ialah setiap cawangan yang dipilih menjadi Stesyen Utama HPA ialah jualannya akan menjadi RM1JUTA sebulan.. Ini bermakna jika semua 25 stesyen utama beroperasi sepenuhnya nanti maka sasaran syarikat sebanyak RM25 juta akan menjadi kenyataan.. InsyaAllah...

Untuk kawasan Zon Tengah ini, Tn Hj Ismail sebelum ini telah menyenaraikan sebanyak 6 buah cawangan yang jualannya melebihi rm100,000 iaitu Cawangan Ipoh, Cawangan HPAIC Shah Alam, Cawangan Ampang, Cawangan Kajang dan Cawangan Bandar Baru Bangi.. Tetapi baru baru ini Tn Hj Ismail bersetuju menambah satu lagi Cawangan di Zon Tengah akan dijadikan Stesyen Utama iaitu Cawangan Rawang.

Ini bermakna bermula Julai ini 6 cawangan berikut akan menjadi Stesyen Utama di Zon Tengah:

1. Pasaraya Hpa Halal Mall di HPAIC Shah Alam Selangor.
2. Cawangan Ampang Selangor.
3. Cawangan Kajang Selangor.
4. Cawangan Bandar Baru Bangi Selangor.
5. Cawangan Bandar Rawang Selangor.
6. Cawangan Ipoh Perak.

Semua cawangan yang menjadi stesyen utama ini disarankan mengadakan laman blog sendiri atau setidak-tidaknya mempunyai laman sosial facebook untuk memudahkan para pengedar dan pihak pengurusan mengetahui apa yang berlaku di stesyen utama ini nanti seperti kekurangan produk, produk terkini, bengkel2 yg bakal dijalankan di cawangan berkenaan dan lain lain maklumat semasa.

No comments:

Post a Comment