Saturday, February 27, 2010

RAHMAT HUJAN





Hujan yang turun juga berperanan memperbaiki medan eletromagnetik bumi. Hujan akan membetulkan dan mengimbangkan kembali ion berguna(ion negative) agar meujudkan persekitaran selesa pada penduduk bumi. Air hujan juga sangat baik untuk dibuat mandian sekali-sekali terutama ketika hujan lebat dan telah berlalu 30 minit pertama. Titik-titik hujan bertindak seperti urutan pada semua titik tubuh yang akan mendatangkan kesan “deep sleeping”terutama pada malam hari. Pada awal hujan turun, kita tidak di cadangkan untuk mandi sebab kemungkinan besar ia mengandungi asid yang tinggi terutama dikawasan-kawasan perindustrian. Jika terkena tempisan air hujan ,dinasihati kita mandi bagi mengelakan demam dan sakit kepala.
Hujan juga membentuk imuniti yang tinggi pada anak-anak jika mereka dibiasakan dari kecil.Berbeza sekali dengan anak-anak yang ibu bapaknya terlalu control sehingga didapati mereka lebih kerap sakit dibandingkan dengan anak-anak kampung yang bermain upih pinang di tengah hujan. Bagi saya air hujan itu bukan sahaja dikenali sebagai soft water tetapi ia merupakan terapi alam yang berkesan. Paling minimum ia akan memberikan tidur yang berkualiti dan membangunkan system imuniti .Minum kopi panas selepas mandi hujan. Walahua’lam.

Musim Hujan,madu dan kopi diet.

Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam,musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu,habatul saudak dan lain-lain lagi.Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini. Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment