Monday, February 8, 2010

KELAS MINGGUAN IPOH 5-2-2010


05 Febuari 2010 (jumaat) - Kelas Mingguan Komuniti Ipoh kali ini telah dihadiri oleh dua pemimpin KPA dari Selangor yang mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa memperjuangkan produk halal. Beliau adalah PJS Haji Marjuni dan PJS Haji Zainal
Kelas Mingguan telah dimulai dengan dipengerusikan oleh Mohd Zuki. PJS Marjuni telah memulakan majlis slot mengenai Pengenalan Syarikat dan Ilmu Perawatan mengenai masalah usus
Pendekatan yang digunakan oleh Pjs Marjuni amat menarik kerana selepas beliau menerangkan slot beliau akan bertanyakan soalan pada hadirin dan menberikan hadiah kepada sesiapa yang dapat menjawab dengan betul.
Selepas itu, Pjs Zainal pula menyampaikan ceramah mengenai plan pemasaran iaitu mengenai insentif taawun 2010 .Kemudian diadakan juga soaljawab peserta dengan PJS tentang sebarang kemuskilan serta soalan kuiz yang dikendalikan oleh PJE cikgu Sani.Setiap peserta yang menjawab dengan betul diwajibkan mentaarofkan diri sebelum diberi hadiah oleh penganjur.

Diakhir perjumpaan para hadirin bernasyid dan melaungkan HPA BOLEH...Pihak komuniti ipoh mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Pjs Marjuni dan Pjs Zainal kekelas mingguan komuniti Ipoh .Diharap lebih ramai Pjs yang sudi berkunjung ke kelas komuniti ipoh baik dari KPA atau KPU .selama ini hanya Pjs Mior yang selalu kekelas ini .Perjumpaan telah tamat pada jam 12.00 tengah malam.

No comments:

Post a Comment