Wednesday, September 28, 2011

SUNGAI DASAR LAUT











“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Surah Al Furqan ayat 53)

Anatoly Beloshchin, telah menemui dan mengambil gambar sungai di dalam laut pada kedalaman 60 meter di perairan Cenote Angelita, Mexico.

Fenomena ganjil yang memeningkan ini menyebabkan Mr. Costeau mencari punca terpisahnya air tawar dengan air masin di tengah-tengah lautan. Pada mulanya dia hanya fikirkan itu hanyalah khayalan sahaja.. Setalah lama mencari jawapan tentang fenomena ganjil itu tetapi tidak juga ditemukan jawapan sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor yang beragama islam.

Setelah diceritakan tentang perkara itu, lalu profesor itu pun membacakan ayat Al Quran yang menceritakan tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Arti dari ayat tersebut “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan lagi surah Al Furqan ayat 53 seperti diatas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir yang lain, ayat tentang bertemunya dua lautan tetapi tidak bercampur airnyaselalunya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana tempat bertemunya antara air sungai dan laut. Namun tafsiran itu selalunya tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”. sedangkan mutiara tidak pernah ditemukan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya ketika melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Beliau terus terfikir yang Al Qur’an ini mustahil ditulis oleh Nabi Muhammad yang hidup di abad ke tujuh. Suatu zaman yang belum lagi adanya peralatan menyelam yang canggih untuk mencapai di kedalam lautan. Maha suci Allah, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Beliau seterunya memeluk agama Islam.

No comments:

Post a Comment