Wednesday, December 16, 2009

KOPITIAM "HALALKAH"

Kopitiam’ bermaksud kedai kopi dalam bahasa Cina. Justeru tidak hairan kebanyakan kopitiam dimiliki taukeh berbangsa Cina. Perhatikan juga, majoriti pekerja premis perniagaan terbabit, warga Myanmar dan tempatan bukan beragama Islam. Jika ada pekerja Islam sekalipun, mungkin hanya juruwang, perempuan Melayu atau Indonesia bertudung.

Kopitiam kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara termasuk di Kelantan. Majoriti menu disediakan dilihat bersesuaian citarasa orang Melayu, antaranya mee kari, laksa dan nasi lemak.

Bagaimanapun status halal sebilangan kopitiam dipertikaikan dan pelbagai komen dipaparkan dalam banyak blog. Dalam ajaran Islam, jika timbul perasaan was-was, elak memakan hidangan disediakan.

Saya pernah menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM bertanyakan status sijil halal diberikan kepada kopitiam. Kakitangan terbabit enggan identitinya dipaparkan.
“Susah hendak cakap, sekarang ini bukan JAKIM sahaja mengeluarkan sijil halal. Ada pihak lain keluarkan juga,” katanya.

Jadi tidak hairan, jika kita melihat sijil halal ditampal di dinding sebilangan kopitiam, bukan dikeluarkan JAKIM.Hairan, biarpun isu status halal haram kopitiam hangat diperkatakan, mengapa masih ramai orang Melayu berkunjung ke premis sama?

dipetik dari mazidul.blogspot

No comments:

Post a Comment