Monday, November 23, 2009

Gempur PBC IPOH

MELAHIRKAN USAHAWAN HPA YANG BERMOTIVASI TINGGI SERTA CEKAL DIDALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN BARANGAN HALAL LAGI BAIK UNTUK UMAT ISLAM ....

PBC ZON Ipoh akan diadakan lagi pada 12 dan 13 Disember bertempat diHotel Sri Malaysia Ipoh.Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri atau menghantar downline ke PBC ini bolehlah menghubungi penganjur program :
PJE Mohd Sani -0196975317
PJ Puan Shafariah-0136641872
Slot-slot PBC akan diisikan oleh staf kepimpinan HPA,antara yang dijangka akan bersama mengisi slot adalah;-
PJM Hafidzan Fauzi
PJS Haji Ramli
PJS Asri Hanapiah
PJS Zainal
PJS Khalid Isri

Bayaran : RM150.00

Wednesday, November 11, 2009

50 CAWANGAN RCH 2010




RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.
Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.
RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.

“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya

Tuesday, November 10, 2009

MINUMAN SOYA 'GREEN BEAN SOY DRINK'


Awas semua muslimin dan muslimah!GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......
Cuba lihat dekat-dekat........
Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Al- 'Asr 1-3)


sumber dari pjskpu2.blogspot

Monday, October 26, 2009

MOH PAKAT BELAJAR REFLEKSOLOGI

Peluang mempelajari ilmu perawatan islam bersama HPA.....
Unit Perubatan Jawi komuniti Ipoh menganjurkan kursus REFLEKSOLOGI pada 7 November 2009 bertempat di Dewan HPA Cawangan Ipoh.Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar di Cawangan Ipoh atau terus menghubungi pengendali program
PJE Mohamad Sani (o19-6975317)
Herbalis Puan Shafariah (013-6641872).
Herbalis Mohd Khamli (017-5259814)
Pendaftaran rm 50 shj termasuk makan tengahari dan sijil.

APA ITU REFLEKSOLOGI?


Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.

Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar. Secara semula jadi, tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.

Lengkungan tulang tapak kaki setiap orang tidak sama. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan normal, tinggi atau rendah. Kajian mendapati individu yang memiliki lengkungan tulang tapak kaki normal lebih beruntung kerana tekanan berat badan dapat diagihkan sama rata pada keseluruhan tapak kaki sekali gus kedudukan pergerakan mereka lebih stabil.

Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Kelebihan rawatan

1-Melancarkan pengaliran darah

2-Meningkatkan daya tahan individu

3-Mengurangkan risiko tulang reput

4-Menyeimbangkan kedudukan badan

5-Melancarkan pergerakan

6-Menguatkan otot kaki

7-Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

8-Menguatkan tulang dan pinggul

9-Mengurangkan risiko sakit sendi

10-Mengurangkan rasa letih

11-Mengelak risiko sembelit

12-Mengurangkan masalah usus

13-Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.


Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda

Pentingnya Perjalanan Darah yang LancarUntuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.


Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Sunday, October 25, 2009

LAZATNYA.....KFC


Setelah lama tercari-cari apakah bahan-bahan yang digunakan untuk ramuan ayam goreng KFC akhirnya saya menemui artikel ini yang telah lama disimpan oleh saudara Sobhi,jadi sama-samalah kita renungi.....
Apa yang saya perhatikan, resepi yang digunakan untuk ayam goreng adalah pelbagai, berbeza-beza mengikut jenis hidangan atau ianya boleh berubah mengikut keperluan semasa, kemungkinan jika kekurangan stok bahan-bahan, mereka juga akan bergantung kepada pembekal bahan mentah, menukar pilihan resepi yang lain dengan rasa tidak berubah. Resepi ini adalah formula standard yang disediakan di rangkaian restoran KFC di Amerika, kemungkinan ianya tidak banyak berbeza dengan resepi KFC di Malaysia.
Berikut kandungan yang tersenarai dalam Original Recipe Chicken:Ayam segar direndam dengan: garam, sodium fosfat, monosodium glutamatDisalut dengan: tepung gandum, natrium klorida, trikalsium fosfat (sebagai anti-pengerakan), susu kering tanpa lemak, putih telur yang dikeringkan, bahan perasa resepi rahsia Colonel Sanders, susu, gandum dan telur. Ini hanya resepi untuk ayam sahaja, belum lagi ditambah dengan minyak untuk menggoreng.
Untuk minyak masakan yang digunakan, berikut antara yang disenaraikan:hydrogenated vegetable oil, hydrogenated soybean oil, minyak sayuran.
Bahan rahsia Colonel Sanders masih tidak didedahkan oleh pihak KFC, dan ia tentu suatu yang pelik kerana mereka tidak perlu dedahkan di dalam senarai kandungan. Walau apapun bahan rahsia yang digunakan, pada pandangan saya, tidak hairan ayam KFC menjadi lebih 'sedap' kerana kandungan Monosodium Glutamat atau MSG-nya. Sebahagian pengusaha mee segera seperti Maggi dan Yeo's menggunakan istilah Mononatrium Glutamat, kerana Natrium dan Sodium adalah bahan kimia yang sama. Inilah rahsia sebenar di sebalik kelazatan ayam KFC, bukan kerana resepi rahsianya. Ayamnya direndam terlebih dahulu di dalam larutan MSG membuatkan rasa ayamnya begitu berbeza dan lebih 'sedap' dari ayam lain. Bahan rempah-ratus rahsia yang diyatakan kemungkinan hanya 'gimik' semata-mata untuk menarik pelanggan. Saya menyedari kandungan MSG di dalam ayam KFC sejak menemui dokumen ini, dan sejak itu tidak lagi mengunjungi restoran KFC.
MSG adalah bahan kimia bertoksik index glikemik tinggi yang boleh mendatangkan masalah obesiti. Ia merangsang deria rasa supaya kita menjadi ketagihan terhadap sensasi rasanya, memutuskan tabiat mengawal pemakanan kerana anda tidak akan terasa kenyang walaupun anda sudah makan dengan banyak.
Minyak hydrogenated pula adalah lemak trans yang merbahaya yang mengumpulkan plak-plak di dalam saluran darah dan boleh menyebabkan masalah jantung.
Walau apapun yang dinyatakan di atas, terpulang kepada anda. Jika masih tidak dapat meninggalkan makanan kegemaran anda ini, Nasihat saya berhenti serta jangan dekati makanan ini atau anda boleh teruskan memakannya tetapi mengambil risiko mendapat obesiti dan masalah jantung. Mungkin buat masa ini, anda tidak rasa apa-apa masalah, tetapi tunggu saja di kemudian hari - kerana proses pengumpulan plak boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum ia menyumbat saluran darah anda. Anda perlu memakan secara kerap dan banyak untuk mempercepatkan proses serangan jantung dan masalah obesiti!

Sumber dari sobhi_hpa@yahoo.com

Friday, October 23, 2009

UBATAN MODEN HARI INI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ubat-ubat dadah hari ini tidak dapat lari dari kesan sampingan. Oleh itu, apabila anda bertemu dengan doktor di hospital atau klinik-klinik swasta, jangan lupa untuk mendapatkan maklumat secukupnya tentang ubat-ubat yang diberi oleh doktor. Tanya doktor tentang risiko yang berkaitan. Berikut antara soalan-soalan yang mesti anda tanya sebelum mengambil apa-apa ubat dari doktor:

1. kenapa anda diberi ubat tersebut?

2. bagaimana ubat tersebut bekerja untuk melawan penyakit anda?

3. adakah ubat itu mempuyai apa-apa kesan sampingan?

4. adakah ubat itu mempunyai komplikasi dengan ubatan lain, makanan atau suplemen yang anda ambil?

5. adakah mana-mana sumber semulajadi sebagai alternatif kepada ubat dadah tersebut?


Bagaimanapun, bukan semua soalan di atas boleh dijawab oleh semua doktor. Soalan nombor 4 misalnya mungkin sukar dijawab oleh doktor kerana terlalu banyak jenis makanan dan suplemen yang tidak terfikir olehnya. Soalan nombor 5 juga mungkin tidak dapat dijawab kerana sebahagian doktor tidak mensarankan kaedah perawatan lain seperti penggunaan herba dan homeopati dan sebahagiannya tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang perubatan alternatif.


Malah bukan semua doktor dapat mendiagnos penyakit anda secara pasti walaupun setelah membuat pemeriksaan x-ray atau ujian imbasan. Di negara barat, sudah begitu banyak kes didapati ujian imbasan memberi maklumat yang salah tentang penyakit terutama seperti penyakit kanser. Ada pesakit yang diberi pembedahan sebagai pesakit kanser sebaliknya sel tumor tidak ditemui semasa menjalani pembedahan.


Ada beberapa laman web yang boleh memberikan maklumat tentang kesan-kesan sampingan dari jenis ubat-ubatan moden seperti di www.rxlist.com. Anda taip saja apa jenis ubat, anda akan dapatkan maklumat komposisi kimia dan dadah yang digunakan serta kesan sampingan dan komplikasi dengan ubat-ubat lain jika diambil bersama. Sesetengah ubat disertakan juga dengan amaran-amaran yang berkaitan.


Sebagai nasihat, pastikan anda memperolehi semua maklumat tentang ubat yang diberikan sebelum mengambilnya. Tersilap langkah, anda mungkin akan bergantung kepadanya seumur hidup anda. Oleh itu, sebelum membuat apa-apa keputusan, fikirkan jalan alternatif yang lebih selamat tanpa dadah. Dadah bukan sahaja narkotik seperti morfin, kokain, heroin atau marijuana yang diharamkan, tetapi ubat-ubat moden juga adalah dadah - cuma ia tidak diharamkan kerana untuk tujuan perubatan.Cari jalan keluar elak kan diri dari bergantung pada ubatan moden ini....terlalu banyak risiko nya dari manafaat...Mari bersama realitikan sistem Alamiah,Ilahiah dan Ilmiah konsep kesihatan HPA.....Wallahi...

sumber dari sobhi_hpa@yahoo.com

Wednesday, October 21, 2009

Semak Bonus HPA Anda Secara Online

Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh melihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai sekarang. Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing. Bonus bulan Ogos 2009 telah dimasukkan.
Ahli HPA boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut:
http://hpa.com.my/bonus/
Sistem ini hanya memaparkan jumlah bonus sahaja. Tiada penyata. Pendaftaran dibuka sekarang!
Dapatkan Penyata Bonus Bulanan HPA Melalui Emel

Semua ahli HPA boleh memohon mendapatkan penyata bonus bulanan melalui emel. Ia akan dihantar dalam bentuk softcopy format MS Excel. Untuk urusan ini, sila emel ke:
awm.mis [at] gmail.com
*Gantikan [at] dengan @ apabila menghantar emel

Untuk mendapatkan susunan hirarki downline melalui emel, alamat emel untuk dihubungi ialah:
yuslina_y [at] yahoo.com
*Gantikan [at] dengan @ apabila menghantar emel

Radix Pizza House Kini Beroperasi

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti.
Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran sebenar restoran ini.

Pintu hadapan Radix Pizza House


Ruang dalaman Radix Pizza House



Antara menu pizza yang tersedia untuk dinikmati. Semestinya segar dan halal.

HERBA TUJU ANGIN

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Mengatasi maag/gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
6. Meredakan sakit sendi
7. Hilang selera makan
8. Lemah tenaga batin
9. Rheumatik
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica
Dos :Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

sumber dari duniaherba

IMT DRINK-PENAWAR DEMAM TERKINI


Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.Antara kelebihannya ialah :
1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi
Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan. Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ).
Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Selamat mencuba dengan Izin Allah.Inyaallah.

sumber dari JamalMajlis.blog

Friday, October 16, 2009

RADIX COKLAT


Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.
Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia:
RM 9Sabah & Sarawak: RM 11

Harga Pengedar HPASemenanjung Malaysia:
RM 7Sabah & Sarawak: RM 9
Nilai Mata (NM):
Dipetik dari: JawiHerbShop.blogspot.com

AWAS! KOPI RADIX PALSU




Kopi Master Radix yang dihebahkan sebelum ini nampaknya masih meneruskan aktiviti jualan mereka tanpa segan silu dan kini sudah dipasarkan di merata tempat di bumi Malaysia. Imbas kembali berita Master Radix sebelum ini:
Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam. Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:
Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.
Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.
1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)
GM Alwahida Marketing telah mengingatkan kembali tentang isu ini di dalam blog beliau. Ini petikannya:
"GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoran di sekitar Sabah.
Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Petani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.
Tambah geram menerima SMS Master Radix di jual di sebuah restoran di negeri Perlis.
Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.
Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan ‘mabuk ketupat’ raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah “cukuplah dengan apa yang ada sekarang”. Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.
I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan “MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS”. I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.
Kepada semua warga HPA yang membaca, sila copy and paste dan masukkan dalam blog masing-masing. Harap disebarkan segera!

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DICAWANGAN IPOH



Bacaan tahlil untuk arwah PJS Kak Bedah


Pada 2hb 10 yang lalu Kelab Komuniti Ipoh buat kali pertamanya mengadakan majlis jamuan hari raya bertempat di HPA Cawangan Ipoh.Alhamdulilah sambutan amat menggalakkan dari ahli dan bukan ahli.
Antara agenda pada hari itu ialah majlis tahlil untuk arwah PJS kak Bedah yang dipimpin oleh saudara Zawawi,kemudian semua hadirin dijamu menikmati hidangan yang disediakan oleh penganjur.Akhir sekali semua hadirin diberikan taklimat mengenai 'halal haram pemakanan masa kini(umat islam dalam dilema) yang disampaikan oleh PJE Mohd Sani.
Ramai hadirin terkejut dengan apa yang disampaikan terutama oleh bukan ahli,mereka seperti tidak percaya begitu bamyak makanan yang meragukan terutama makanan yang menpunyai logo halal.
Pihak komuniti Ipoh memohon maaf jika ada sebarang kelemahan disepanjang majlis ini kerana majlis ini secara mengejut dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi menbawa juadah untuk majlis ini.


Menjamu selera


Kusyuk mendengar slot halal haram pemakanan hari ini



PJE Mohd Sani bersemangat menyampaikan slotnya



Para hadirin bersemangat melaungkan HPA BOLEH..........



















Juru Gambar Oleh :


Friday, October 2, 2009

PANADOL OH PANADOL


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.
Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
dipetik dari buletin PPIM

Wednesday, September 30, 2009

JAMUAN HARI RAYA KOMUNITI IPOH

Kelab Komuniti Ipoh menjemput anda semua ke HPA Cawangan Ipoh diPusat perdagangan Greentown pada 2hb10 2009 hari jumaat selepas magrib untuk majlis sambutan Hari Raya.Antara agenda pada hari itu Majlis tahlil,jamuan hari raya dan penerangan tentang halal haram produk masa kini.Kepada sesiapa yang ada lebih kuih raya bolehlah bawak sekali.

Tuesday, September 29, 2009

PBC FITRAH 10-11 oktober 2009

PBC ZON Ipoh akan diadakan lagi pada 10 dan 11 oktober bertempat diHotel Sri Malaysia Ipoh.Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri atau menghantar downline ke PBC ini bolehlah menghubungi penganjur program :
PJE Mohd Sani -0196975317
PJ Puan Shafariah-0136641872

Slot-slot PBC akan diisikan oleh staf kepimpinan KPA,antara yang dijangka akan bersama mengisi slot adalah;
-PJM Hafidzan
-PJS Haji Ramli
-PJS Fatin
-PJS Zainal
-PJE Mohd Sani
-PJ Shafariah

Pendaftaran macam biasa Rm150..........GEMPURRRRRRRRRRR.......

Sunday, September 27, 2009

UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH PJS ZABEDAH ABDULLAH


Al Fatehah untuk Allahyarnah PJS PN Zabedah binti Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Bedah dikalangan ahli HPA.PJs Kak Bedah merupakan pemimpin veteran yang disengani tapi senang didampingi dan sangat gigih memperjuangkan HPA dinegeri PERAK .Allahyarham berusia 64 tahun.Bersama-sama kita mendoakan semoga Allah mengampunkan segala kesalahannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan mendapat syurga Allah.
Kepada ahli keluarga Allahyarhanah Kak Bedah Kelab Komuniti Ipoh mengucapkan takziah dan kami menjemput semua warga HPA Ipoh kecawangan Ipoh pada 2hb oktober untuk majlis tahlil Allahyarnah kak Bedah dan jamuan Aidilitri.

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI








Kelab Komuniti Ipoh ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil fitri buat semua pelayar blog ini dan semua warga HPA diseluruh Malaysia.kepada yang diperantauan berhati-hati dijalan raya ,ingat orang tersayang anda mampu mengubahnya .insyallah pada hari raya nanti Komuniti Ipoh akan mengadakan jamuan hari raya dicawangan Ipoh, hari dan masa akan diumunkan nanti...
"Ya ALLAH, diakhir Ramadhan yang berkah ini, muliakan Saudara-saudarku ini, Bahagiakan keluarga mereka, sihati tubuh badan mereka, berkati rezki mereka, kuati Imanlah mereka. Berilah kenikmatan ibadah pada mereka, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada keturunan-keturunan mereka dan masukkan mereka dan semua umat islam didunia ini dalam Syurga-Mu tanpa hisab. Taqabballhumminna wa minka. Kullu A'min wa antum bi khair. AMIN YA ALLAH. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin."

Saturday, September 12, 2009

MAJLIS IFTOR MAAHAD DARUS SALAM
















Pada 11hb september bersamaan 21Ramadan HPA Komuniti Ipoh telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Maahad Darus Salam di Tambun .Seramai 30 orang ahli Komuniti Ipoh telah menyertainya yang diketui oleh PJE Mohd Sani.Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan mengenai dilema pemakanan umat islam masa kini,penyampaian duit raya dan sumbangan berupa produk-produk kegunaan harian keluaran HPA,tayangan klip video kekejaman israel dan solat sunat terawih.Yang menariknya ialah persembahan nasyid oleh anak-anak yatim dan ahli komuniti ipoh.Diakhir perjumpaan pengasas Maahad Darus Salam iaitu Ustaz Shuib merakamkan jutaan terima kasih diatas kunjungan komuniti ipoh ketempat beliau dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi.Beliau juga merupakan ahli HPA tetapi telah lama tidak aktif.beliau juga terkejut dengan banyaknya produk HPA sekarang tidak seperti semasa beliau menyertainya dulu.
Makanan untuk berbuka juga kita mengunakan produk keluaran HPA seperti ayam organik,Rempah kari,tepung RFC dan kordial.

Wednesday, September 9, 2009

PBC BADAR AL-QUBRA 5-6 SEPTEMBER 2009


Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 05 dan 06 september 2009 di Hotel Sri Malaysia Ipoh kali ini menpunyai keistimewaan kerana inilah PBC julung kalinya dibuat dibulan puasa diIpoh antara peserta yang hadir ialah pelajar tahfiz dari Kuala Kangsar.Walaupun letih namun para peserta tetap menberikan perhatian apa yang diterangkan oleh penceramah.semua penceramah yang menyampaikan slot terdiri daripada pemimpin HPA yang telah berjaya didalam dunia perniagaan MLM(S) HPA ,antaranya PJM Rosmandi,PJS Ramli,PJS Zainal,PJE Mohd Sani dan Herbalis PJ Shafariah.

Saturday, August 29, 2009

Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan

Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.
Penghinaan terbaru ke atas umat Islam
Ada seseorang yang menjumpai selipar yang menghina Islam di Tesco, Kampar.Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan. Orang kata Tesco company Yahudi, so tak peliklah. Jadi berhati-hati kerana diaorang sentiasa dengki dengan kesyumulan Islam.

Hanya 27 Ada Sijil Halal

BERITA UTAMA

Hanya 27 ada sijil halal

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.

Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.

Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Hotel Malaysia, sehingga Mei lalu, hanya 27 hotel di seluruh negara yang dapur utama mereka diiktiraf halal.

Angka itu pastinya menimbulkan kemusykilan kerana pada bulan Ramadan ini hotel-hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal turut menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam.

Tindakan mereka itu tentunya mengelirukan umat Islam terutama jika makanan yang disediakan tidak halal atau tidak menepati keperluan syariat Islam.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan umat Islam lebih berwaspada mengenai soal halal di sesebuah hotel bagi memastikan mereka tidak makan makanan yang diharamkan oleh agama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, amat penting bagi umat Islam untuk memantau dan memastikan mereka hanya menjamu selera di hotel yang mempunyai persijilan halal sah bagi dapur utama mereka.

“Ketika Ramadan, seperti satu budaya, kebanyakan umat Islam gemar berbuka di hotel. Jadi diharap hotel yang dipilih itu menghidangkan makanan halal 100 peratus.

“Begitu juga dengan pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel-hotel, kami berharap penganjur lebih peka untuk memastikan tempat itu ada sijil halal Jakim atau jabatan agama Islam di negeri lain,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, Ramadan dan soal berbuka puasa adalah ibadah bagi umat Islam.

“Janganlah nanti seharian berpuasa tetapi ia menjadi sia-sia hanya kerana hidangan yang dimakan tidak halal.

“Dalam hal ini, umat Islam mesti memainkan peranan supaya mereka hanya makan hidangan yang halal dan berkat,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, PPIM kecewa dengan sikap sebilangan umat Islam yang kurang peka dengan soal halal apabila menjamu selera di hotel.

“Sejak dulu lagi, PPIM menyedari ada umat Islam membelakangkan soal halal atau haram hidangan yang dimakan di hotel dengan tidak memastikan terlebih dahulu sama ada ia memiliki sijil halal sah atau sebaliknya,” katanya.

Noor Nirwandy menambah, apabila memilih untuk berbuka di hotel, umat Islam bukan sahaja perlu memikirkan soal halal makanan tetapi juga kesempurnaan tandas dan kelengkapan bilik solat.

Menurutnya, ada hotel termasuk yang bertaraf lima bintang tidak dilengkapi bilik solat dan tandas tanpa paip yang seolah-olah menunjukkan pengurusannya tidak mementingkan keperluan umat Islam.

Friday, August 28, 2009

Halal penentu sempurna ibadat

MEGA: Makanan halal adalah salah satu aspek kesempurnaan ilmu. Apa kesan bagi mereka yang 'membujur lalu melintang patah' dalam bab makan minum ini?

DR. AMINI: Makanan halal mencakupi semua perkara yang kita ambil seharian untuk membolehkan kita beribadat kepada Allah SWT dan menjalankan fungsi kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Rezeki kita mestilah datang daripada sumber yang halal jika kita ingin sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.

Mereka yang mengambil berat dalam soal makanan amatlah teliti sumber pengambilan makanannya. Ini kerana setiap makanan atau minuman yang kita ambil menjadi darah dan daging serta menjadi keberkatan hidup. Makanan yang kita ambil menentukan kecemerlangan ilmu.

Orang yang selalu memakan 'bangkai' (makanan yang tidak halal), tidak akan dapat mencapai kesempurnaan ilmu dan mencapai keberkatan Allah.

Kita perlu mengambil hanya rezeki yang baik lagi halal. Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (al-Baqarah: 168)

Manusia perlu meningkatkan kecemerlangan diri, akhlak, sahsiah dan ekonomi. Justeru Allah SWT mewajibkan manusia mengambil sumber rezeki yang halal dan menghindari jalan pemerolehan rezeki yang tidak halal.

Di samping mengambil rezeki yang halal, manusia Muslim mesti memastikan mengambil sumber rezeki yang baik juga. Ada makanan yang halal tetapi tidak baik seperti monosodium glutamate dan minuman bergas atau berkarbonat.

Begitu juga dalam menggunakan sumber perolehan rezeki, manusia Muslim perlu menggelakkan diri daripada pembaziran dan perkara yang sia-sia.

Islam juga mengharuskan manusia mengambil faedah dan menggunakan keperluan-keperluan dunia untuk menuju ke akhirat. Tiada larangan untuk manusia mencari kebahagiaan di dunia asalkan ia dilakukan secara tidak melampau.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikurniakannya untuk hamba-hambanya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya. Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga tidak beriman) dalam kehidupan dunia. (Nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah kami jelaskan ayat-ayat keterangan kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui". (al-A'raaf: 32)

Ada yang beranggapan halal itu hanya jenis dan bentuk makanan itu sahaja. Benarkah begitu?

DR. AMINI: Halal bukan pada zahirnya sahaja seperti makanan halal. Yang lebih penting punca dan sumbernya untuk mendapatkan makanan tersebut mestilah daripada cara yang halal seperti tidak menipu, rasuah dan lain-lain.

Kaedah dan prinsip mencari rezeki juga mestilah dengan jalan yang halal. Jika melibatkan kaedah atau cara yang haram, maka sumber rezeki itu juga haram. Tuntutan agama untuk mencari sumber rezeki yang halal mestilah dipatuhi.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat Al- Bukhari)

Kenapa pahalanya begitu besar diberi kepada orang yang mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarganya?

Besar juga pahala orang yang kerjanya melibatkan berbagai-bagai cabaran dan godaan dan dia berjaya melepasinya seperti kerja-kerja yang terdedah kepada risiko rasuah, suapan, komisen dan seumpamanya.

Orang yang pasrah kepada rasuah dan perlanggaran integriti adalah mereka yang gagal dan tidak prihatin terhadap masa depan keluarganya dan pembalasan di akhirat kelak.

Makanan yang halal membentuk jiwa, peribadi dan mental yang baik. Pemilihan makanan yang baik lagi halal dan seimbang boleh membentuk kesihatan yang baik seterusnya menghasilkan fikiran yang baik.

Makanan-makanan ringan umpamanya, walaupun halal tetapi tidak berapa baik untuk kesihatan. Justeru, pemilihan makanan yang berkhasiat, baik dan seimbang diperlukan untuk membentuk akal yang baik.

Akal yang baik dan tubuh badan yang sihat membolehkan akal berfungsi dengan sepenuh keupayaannya.

Zaman Nabi SAW, umat Islam diuji dengan peperangan pada bulan Ramadan. Hari ini, sebahagian besar 'tewas' tanpa berperang sehingga ada yang tidak solat akibat kekenyangan selepas berbuka. Kenapa jadi begitu?

DR. AMINI: Ini adalah satu masalah besar. Kita cuba melakukan satu tanggung jawab agama yang besar tetapi kita tidak prihatin atau mengabaikan satu lagi tanggung jawab agama yang besar. Orang seperti ini tidak faham agama.

Apa gunanya berpuasa kalau tidak bersolat! Begitu juga, apa gunanya bersolat kalau tidak berpuasa! Walau bagaimanapun ada kes yang lebih teruk, tidak bersolat sama sekali dan juga tidak berpuasa serta tidak menutup aurat. Ini kes yang sangat 'teruk bin teruk'.

Sebab itu, orang yang tidak solat kerana kekenyangan berbuka adalah mereka yang tidak faham tentang kewajipan bersolat dan adab berbuka.

Puasa sepatutnya mengubati penyakit rohani seperti bakhil, kedekut, tidak kasihan dan prihatin kepada orang lain, mementingkan diri sendiri dan puasa juga sepatutnya mengubati penyakit agama iaitu tidak bersolat dan tidak menutup aurat.

Ramai yang berpuasa tetapi masih meninggalkan ajaran agama. Ini menunjukkan puasa mereka bermasalah dan tidak mendatangkan kesan kepada penghayatan beragama dan komitmen beragama.

Kita sepatutnya membudayakan menjemput rakan berbuka di rumah. Ini sepatutnya menjadi budaya hidup kita untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Rasulullah SAW menyarankan bahawa orang yang menjemput seseorang yang berpuasa ke rumahnya untuk berbuka puasa mendapat pahala sama seperti pahala puasa orang yang dijemputnya itu.

Adakah makanan yang haram menjadi punca amalan dan doa kita tidak dimakbulkan?

DR. AMINI: Memang betul, amalan dan doa tidak dimakbulkan jika kita mengambil makanan yang haram. Elakkanlah mengambil makanan yang haram sebabnya implikasinya membawa banyak musibah seperti amalan dan doa ditolak oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya 40 hari". (riwayat Tabrani)

Makanan yang haram tidak semestinya babi dan haiwan yang tidak disembelih sahaja. Ia termasuklah juga sumber-sumbernya. Orang yang mendapat gaji kerana bekerja tetapi selalu curi tulang atau ponteng adalah contoh mereka yang memperolehi sumber rezeki yang haram.

Kadang-kadang kita lihat, orangnya kaya raya tetapi anak-pinaknya hidup dalam keadaan kucar kacir dan tungganglanggang atau tidak 'menjadi'.

Kalau kita buat analisis secara tuntas, kita akan dapati orang ini walaupun kaya-raya, sumbernya datang daripada jalan salah.

Maka kesannya bukan sahaja ke atas yang empunya diri, bahkan melibatkan anak-pinaknya juga.

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: "Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertakwa". Apakah huraian hadis ini?

DR. AMINI: Pertama, makanan orang yang bertakwa ialah makanan yang halal lagi baik dan daripada sumber yang halal.

Kedua, makanan yang menepati sunah Nabi Muhammad SAW dan apa yang dianjurkan oleh Allah SWT.

Ketiga, makanan yang berkualiti dan berkhasiat yang dapat meningkatkan kualiti ibadah kita.

Keempat, makanan yang diambil oleh para nabi, wali dan orang-orang soleh.

KISAH PERJALANAN HIDUPKU

Hampir sedekad yang lalu lebih kurang dalam tahun 1994 aku menganggur di kampung selepas tamat tingkatan 5.Di kampung tiada pekerjaan tetap yang boleh menyara kehidupanku, aku bukan dari golongan orang malas sangat tapi keadaan ketika tidak membantu rata-rata penduduk kais pagi makan pagi kebanyakanya petani dan penoreh getah.Keadaan itu mendesak aku untuk berhijrah mencari pekerjaan di bandar besar mahupun kota metropolitan untuk mencari duit poket dan yang lebih besar dapat meringankan bebanan orang tua ku.Aku berpakat dengan Zahir seorang kawan yang senasib dengan ku beliaupun sama juga SPM cukup makan Saja, namun beliau ada usaha untuk berjaya. Beliau ada sedikit tanah kepunyaan orang tuanya, di usahakannya bersungguh menanam tembikai tapi apakan daya tembikai yang ditanam tidak menjadi akibat kemarau yang panjang dan serangan makhluk perosak.Semua perkara yang berlaku ini adalah mukadimah rentetan perjalanan hidupku.

kami berdua bertekad untuk keluar dari kampung, destinasi kami waktu tiada lain melainkan Perai Pulau Pinang, Sebabnya ramai anak muda kampung yang berhijrah kesana nampak lodet belaka bila balik ke kampung.

Wednesday, August 26, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN




.SEORANG ahli hikmah berkata: Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu

.Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS IFTAR HPA IPOH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM MAHAAD DAR'US SALAM


Kelab komuniti ipoh akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim Maahad Darul Salam Tambun (area pekan Tambun) pada 11hb September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430H.Kepada ahli2 yang berminat untuk turut serta boleh menberi nama pada Cawangan Ipoh(seorang RM30) selewat-lewat pada 6hb September 2009 .Sebarang bentuk derma amatlah dialu-alukan.Untuk pertanyaan boleh menghubungi ketua program encik Mohamad ditalian 012-5206471..semua ahli jawatan kuasa komuniti Ipoh jemput hadir.

Sunday, August 23, 2009

KEAGUNGAN YANG ESA

‘Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Qur’an’ ..Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .
Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.’

Dipetik dari kpt info

Tuesday, August 18, 2009

PBC AL-QUBRA 5-6 SEPTEMBER 2009

sempena bulan puasa ini satu PBC istimewa akan diadakan diHotel Sri Malaysia Ipoh iaitu PBC AL-QUBRA pada 5 dan 6 september 2009 bersamaan 15/16 Ramadhan,antara pemimpin yang akan hadir :PJS Murad
Herbalis PJS Ramli
Pjs Zainal
Yuran RM130.Solat Terawih dan juadah berbuka puasa istimewa disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi penyelaras program:
PJE Mohd Sani-0196975317

MUHASABAH DIRI

Hidup memerlukan pergorbanan
pergorbanan memerlukan perjuangan
perjuangan memerlukan ketabahan
ketabahan pula memerlukan keyakinan
keyakinan pula menentukan kejayaan
kejayaan akan menentukan kebahagian....

kebahagian di dunia dan akhirat

Monday, August 17, 2009

KURSUS IRIDOLOGI DAN DIAGNOS SARAF TAPAK TANGAN





















Pada 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430H unit perubatan jawi Ipoh telah menganjurkan kursus yang ke3 tahun 2009 ni iaitu kursus Iridologi dan Diagnos Saraf Tapak Tangan (Kaedah pantas mengesan penyakit) bertempat di Dewan HPA Cawangan Ipoh.Seramai 25 peserta telah menyertainya dan dibimbing oleh Herbalis PJ Shafariah Ibrahim dan dibantu oleh PJE Mohd Sani. Semoga semua peserta kursus yang hadir dapat memahami dan mengahayati segala ilmu yang telah dicurahkan oleh herbalis......Kelab Komuniti Ipoh ingin mengucap selamat menyambut ramadhan al mubarak pada semua ahli HPA dimana saja anda berada.
Maksud hadis:
"Barang sesiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Tuesday, August 11, 2009

KELEBIHAN MLMS HPA

HPA merupakan sebuah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak:

Pengurusan
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif.

Bahan Mentah
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.

Produk
produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM.
Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu.
Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.

Harga Produk
harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran.
Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan.

Pelan Pemasaran
sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS.
Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan.
Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja.
tanggungjawab leader atau kepimpinan
bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS.

Top-up Sistem
HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan.
Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali.

Tabung Kereta
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.
Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tabung Perlindungan Takaful
Bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja.
Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA.

Saturday, August 8, 2009

KURSUS IRIDOLOGI DAN DIAGNOS TAPAK TANGAN


Unit perubatan jawi kelab komuniti Ipoh menganjurkan kursus Iridologi dan mengesan penyakit melalui tapak tangan pada 16 ogos 2009 bertempat di Dewan HPA Cawangan Ipoh.Kepada sesipa yang berminat boleh mendaftar di Cawangan Ipoh atau terus menghubungi pengendali program PJE Mohamad Sani (o19-6975317) atau Herbalis Puan Shafariah (013-6641872).Pendaftaran rm 50 shj termasuk makan tengahari dan sijil.

Wednesday, August 5, 2009

PBC IPOH 1/2 OGOS 2009






















Seramai 50 peserta telah menyertai PBC kali ini di Hotel Sri Malaysia Ipoh yang dikendalikan oleh KPA.Mereka yang terlibat sebagai fasilitator dan pengisian program kali ini:

-Pjs Murad Abu Bakar-Pjs Zainal Ahmad-Pjs Khalilah wong-Pjs puan Zabedah-Pje cikgu Sani-Pje Rohaizan Nor-Herbalis Shafariah-Pj Puan Azakiah-Pj Mohd Ayob-Pj Cikgu Hamid