Monday, January 11, 2010

Penajaan Semula Ahli HPA yang tidak aktif dari 2006 ke bawah

[UPDATE on 12/01/2010]

Assalamualaikum..Salam Satu HPA
Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif(tidak pernah membeli walaupun satu produk)ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif. Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif. Sehubungan dengan ini HQ mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula.

Syarat-syarat Penajaan Semula.

1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Tulis surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
3. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
4. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh ahli tersebut mendaftar sebagai ahli hpa.


- Jika tidak memenuhi salah satu syarat di atas , permohonan tidak akan di proses.

Wasallam



GM Al-Wahida

No comments:

Post a Comment