Saturday, January 9, 2010

MERCU TANDA HPA DI SHAH ALAM


Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.
Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Us. Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi semalam.


KPJ yang kali pertama diadakan di Shah Alam semalam telah dihadiri lebih 300 orang yang terdiri dari pengedar pengedar yang setia bersama prospek masing-masing. Sebelum kuliah bermula, para hadirin telah dibentangkan Insentif Taawun HPA 2010 oleh Timbalan Presiden KPA PJS Rosmandi Ishak

.
Us Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Us. Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.
DIPETIK DARI BLOG JAMALMAJLIS

No comments:

Post a Comment