Thursday, January 21, 2010

KHASIAT TUMBUHAN

Setawar Putih @ Sedingin Sedingin atau nama saintifiknya Costus speciosus juga dikenali sebagai Crape ginger, malay ginger dan spiral flag. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama setawar putih kerana pokok ini berasal dari keluarga halia dan mengeluarkan bunga yang bewarna putih.

Setawar Putih mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia dan cara pembiakannya juga sama dengan tumbuhan lain dalam famili halia iaitu biji benih dan pecahan rizom.

Sejak akhir-akhir ini, pokok ini seakan menjadi hiasan wajib bagi laman berkonsepkan nusantara dan tropika. Ini kerana apa yang menarik mengenai tumbuhan ini ialah daunnya yang tersusun dalam bentuk spiral atau berlingkar.Pokok ini sangat mudah tumbuh, namun memerlukan cahaya matahari yang sederhana sesuai dan tanah yang sedikit lembap bagi memudahkan tumbesarannya.

Selain dijadikan sebagai tanaman hiasan, pokok ini juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional. Setawar putih digunakan sebagai penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit, demam, asma, bronkitis, anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar, malah dijadikan ubat menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Malah, masyarakat Sunda di Indonesia percaya Setawar putih dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.

Pokok Pelaga Sekali pandang macam pokok lengkuas. Tapi sebenarnya pokok ini digelar sebagai pokok pelaga atau nama saintifiknya Elattaria cardamom.

Dipercayai air rebusan daripada rizom/ubi pokok ini dapat mengecutkan rahim ibu selepas bersalin dan membuang angin dalam badan.

Jika anda menanamnya dirumah, di harap bolehlah dikongsi bersama..

SUMBER DR: SEGALANYA TG TUMBUHAN

No comments:

Post a Comment