HEBAT DAN MANTAP!
Pada 28 Mac 2010 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan GEN 1-7 di Hotel Hill City, Ipoh, Perak dan ia merupakan kali ke-2 dibuat di Negeri Perak. Alhamdulillah kursus tersebut berjalan dengan lancar dan jaya sekali walaupun ada sedikit kelewatan. Namun ia tidak menggugah keimanan dan kesabaran para pemimpin hebat yang hadir.
AJK Komuniti Ipoh yang hadir antaranya adalah MOHD NAWAWI BIN MD HUSSIAN, MOHD ZUKI BIN JUSOH, MOHD SOFFIAN BIN MD ISA, MOHD REZA dan MOHD KHAMLI. Mereka ini hebat-hebat belaka.
Juga tidak ketinggalan hadir adalah pendatang baru dari Kedah di dalam HPAKPI iaitu SHARIFUDDIN.
Antara PJS yang hadir adalah PJS Ustaz Zahir Ghazali, PJS Mohd Hyzad, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah.
Antara PJS yang hadir adalah PJS Ustaz Zahir Ghazali, PJS Mohd Hyzad, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah.
PJS Ustaz Zahir menceritakan banyak tentang pengalaman beliau dari mula-mula berkecimpung dalam HPA yang penuh dugaan buatnya sehinggalah beliau kini tercipta sebagai antara pemimpin unggul HPA. Pernah beliau menceritakan suatu ketika beliau bersama zaujah dan anak-anak beliau semasa mula-mula membuat jualan di satu ekspo di Kedah selama 3 hari. Namun ujian melanda sepanjang 3 hari tersebut di mana hanya 1 produk sahaja yang laris iaitu Minyak but-but! Bayangkan betapa susahnya masa itu dengan hanya menaiki perodua kancil, bersama anak dan isteri, sehari suntuk di tapak ekspo yang dihadiri ribuan orang, namun 1 produk saja terjual? bagaimana dengan kita jika diuji sebegitu, rasa-rasanya lepas 2 hari dah kecundang...mungkin....
Dan beliau menceritakan pada satu hari di program PBC, sedang beliau menyampaikan slot, tak sampai 20 minit seorang lelaki keluar dengan tergesa-gesa. Terus tidak hadir semula selepas itu. Rupa-rupanya lelaki tersebut datang atas paksaan isterinya. Lelaki itu mengatakan bahawa budaya HPA bukan budayanya, walaupun dia Islam, namun hidupnya suka kepada budaya kebebasan...dan lelaki itu hairan kerana HPA memisahkan antara lelaki dan wanita dalam programnya. Hairan...bukan hairan dengan HPA tapi saya hairan dengan lelaki itu.
PJS Ustaz Zahir juga menyampaikan slot bagaimana hendak menghadapi kerenah orang ramai dalam kita memperkenalkan HPA kepada mereka. Memang sangat menarik...tak terluah oleh kata-kata.
Ustaz Zahir mengendalikan program latihan dalam kumpulan yang memang menarik dan adakalanya kelucuan memecah 'kengantukan' mata yang sejuk terkena penghawa dingin yang membirukan kulitku.
Sebelum itu, PJS Aseri Hanapiah menyampaikan slot PSC (Pengguna Setia Cemerlang) - iaitu satu program baru hasil idea beliau untuk meningkatkan lagi jualan HPA dan ahli HPA. Program ini agak menarik kerana ia memberi ruang dan peluang kepada ahli yang ingin naik pangkat dalam situasi selesa dan tidak terdesak lantas tersedak!
Selepas rehat dan solat Zuhur, PJS Cikgu Nadzri menghangatkan lagi suasana dengan celotehnya walaupun penat sehari sebelumnya baru balik dari program PBC di Johor bersama PJS Syed Ageel. Beliau mengatakan agak penat 'melompat' sana sini di dalam program tersebut demi membuat para peserta teruja dengan HPA. Hebat!
Antara slot yang beliau sampaikan adalah slot motivasi, slot produk Madu Cuka Nipah dan King Solomon Oil, siap gambar ikan 'king of solomon fish' yang rasanya ramai belum lihat. Beliau beri petua jika nak gantikan sambal belacan bolehlah gunakan Cuka Nipah + cabai hidup (cili segar). Belacan tu kalau tengok orang buat mesti tak lalu punyalahhh....
Sebelum habisnya program, PJS Cikgu Nadzri menayangkan slot lagu terbaru Raihan - Tanpa Agama versi baru. Program tamat pada pukul 6 petang.
Kesimpulannya, memang best! Kami dari AJK HPAKPI ini berasa amat bertuah kerana hadir dalam program ini dan semangat terus membara, terbakar bagai api, siap siaga untuk menghadapi musuh luar dan dalam, demi memastikan HPA Islamik ini terus melakarkan sejarah di seluruh pelusuk dunia! Allahuakbar. HPA Boleh! HPA...boleh! boleh! boleh! Gempur...Radix..InsyaAllah!
Berkorban jangan sampai terkorban!
Harap maaf kerana gambar dalam proses, insyaAllah gambar akan menyusul kemudian.
TULISAN OLEH AKHI SHARIFUDDIN.
TULISAN OLEH AKHI SHARIFUDDIN.
No comments:
Post a Comment