Tuesday, April 27, 2010
HALAL HARAM
Thursday, April 22, 2010
PBC ELIT DI IPOH-1-2 MEI 2010

Pada 1-2 Mei ini akan dianjurkan PBC di Seri Malaysia Ipoh untuk memberi peluang kepada pengedar sekitar Ipoh menghantar rangkaian tajaan mereka mengikuti program pembinaan jatidiri usahawan herbalis muslim. Setiap peserta akan didedahkan dengan ilmu dan kemahiran sebagai usahawan yang bijak berkongsi kejayaan dengan orang lain.
Peserta wajib mengikuti 9 modul iaitu Pengenalan Syarikat, Plan Pemasaran, Kenali 350 produk, Homeparty nadi HPA, Kekeliruan Ummah antara Halal & Haram, Malam Keinsafan, Qiamullail dan Kuliah Subuh, Diagnos Saraf Tapak Tangan dan Gerakerja 6M. Selain itu peserta juga dimantapkan dengan demontrasi 'Demo produk Air Dew' dan 'Demo Rawatan Akupuntur dan Bekam'.
Pemimpin yang dijangka akan mengisi PBC kali ini ialah PJS Hafidzan Fauzi,PJS Hj Zainal, PJS Khalilah Wong, PJS Zamri, PJE Cikgu Sani dan PJ Herbalis Shafariah. Yuran penyertaan hanya RM150 untuk kos penginapan, 8 kali makan dan bahan kursus. APA TUNGGU LAGI GEMPURRRR. Untuk pendaftaran awal hubungi: 0136641872 (Sha)
KURSUS AKUPUNTUR DI IPOH ,PEMBIMBING Pn Rosliah Mohamed (Dploma Akupuntur Colombo University, Sijil Akupuntur Univesity Xiamen University of China)


Pengedar HPA Perak beruntung kerana berpeluang mempelajari Akupuntur yang merupakan ilmu dan seni keterampilan pengubatan dengan cara menusukkan jarum di titik tertentu pada tubuh (meridian) untuk memperoleh kesan rangsang pada energi Vital (Qi) untuk mendapatkan kesembuhan dari suatu penyakit atau untuk meningkatkan kualiti kesihatan.
Berasal dari bahasa Latin iaitu Acus(Jarum) + punggere (menusuk), dalam bahasa cina di sebut CENCIU
Kaedah perawatan ini merawat Energi yang dikenali sebagai Qi, Cairan (Xu), dan Darah (Xue) tetapi yang paling penting pesakit perlu menjaga nutrisi terlebih dahulu untuk memastikan keseimbangan di dalam ketiga-tiga item ini dalam badan.
Ilmu ini hendaklah dipelajari secara teliti kerana kelebihan dan alternatif perawatan yang boleh anda gunakan di dalam membuat rawatan kepada pesakit. Teknik-teknik ini juga dikatakan boleh menandingi suntikan botox dan juga susuk. Menarik bukan? Marilah kita kuasai ilmu ini untuk meningkatkan kemahiran yang kita ada dan sebagai persediaan kepada permintaan pesakit yang datang kepada kita. Ilmu ini pasti akan jadi Value added kepada kita di dalam teknik perawatan yang boleh kita tawarkan di pusat perawatan.
TARIKH; 25 APRIL 2010 (cadangan awal 18 Apr- dipinda atas permintaan pengedar HPA)
TEMPAT: DEWAN HPA CAW. IPOH
PEMBIMBING:1. PJE Mohamad Sani Ibrahim (Sijil Akupuntur Asas)2. Herbalis Shafariah (Sijil Herbalis HPA) 3.Pn Rosliah Mohamed (Dploma Akupuntur Colombo University, Sijil Akupuntur Univesity Xiamen University of China)
YURAN : 100.00 sahaja. (Termasuk 50 jarum untuk bengkel, jamuan, sijil dan nota)
Jangan lepaskan peluang ini untuk membawa rangkaian anda bersama menimba Ilmu Perubatan JAWI. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja. Daftar segera: 013 6641872 (Sha)
GEN2 SIRI III BERJAYA





Pada 11 Apr 2010, Seri Malaysia Ipoh mencatat sejarah kerana julung-julung kalinya KPA menganjurkan Kursus GEN2 di negeri Perak. Kehadiran 80 orang pemimpin GEN2 HPA di seluruh negeri Perak amat membanggakan.Kursus ini dimulakan dengan bacaan ma'surat dan diikuti modul 1:MLM Syariah yang disampaikan oleh Ust Zulkarnain Abidin salah seorang Panel Syariah HPA. Selepas rehat, peserta kursus dikejutkan dengan paluan kompang mengiringi GM En Mohd Faisol Abd Rahman memasuki dewan untuk majlis perasmian. GM turut mengambil bahagian dengan membentangkan modul 2: 'Great Leader'. Pada sesi petang, peserta mengikuti pula modul 3: 'Strategi Penajaan Berkesan' yang disampaikan oleh PJM Rosmandi Ishak. Modul 4: 'Insentif 2010 dan Gerakerja mencapai 20 juta' pula disampaikan oleh PJM Cikgu Murad Abu Bakar. Sesi petang diakhiri dengan pembentangan kumpulan dan bacaan ikrar.
Pengarah program iaitu PJM Rosmandi Ishak,amat berpuas hati dengan perjalanan program dan penglibatan aktif setiap peserta. Menurutnya, GEN2 akan diadakan lagi di negeri Perak bagi melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan HPA di masa depan.
GEMPUR PBC 1 MEI HARI KITA (HARI PEKERJA)
Wednesday, April 21, 2010
PETIKAN KATA-KATA PUJANGGA PEMIMPIN HPA
HPA NI SUSAH TAPI BOLEH - Hj khalid Iskri
APABILA SAYA MELIHAT KEHADIRAN PADA MALAM INI TIDAK MEMBERANGSANGKAN, BAGI SAYA INI SATU TANDA POSITIF . BERIKAN TEMPOH SEBULAN PADA SAYA SEBAGAI LEADER DI IPOH NESCAYA PENUHLAH DEWAN INI. - Cikgu Murad (kpj Ipoh).
KITA BUAT HPA INI KERANA SIAPA?ADAKAH KERANA TN HJ ISMAIL ATAU KERANA ALLAH KALAU TN HJ DATANG BARU BARU KITA DATANG FIKIRKANLAH. - Ust Mat Cina (Kpj Ipoh)
SAYA ORANG PULAU PINANG. DIMANA ORANG MELAYU PULAU PINANG SEKARANG SAYA RASA MALU BILA ORANG CINA CAKAP HARGA RUMAH NI 350 RIBU MANA ADA ORANG MELAYU MAMPU BELI. HARGA RUMAH KECIL & USANG MILIK BAPA SAYA DI PULAU PINANG.APA KATA BAPA SAYA, KALAU SAYA NAK JUAL PUN SAYA AKAN JUAL PADA ORANG MELAYU SAJA.-Pjs Syed Ageel (meting mingguan Ipoh )
IPOH NI LUBOK EMAS BANYAK LAGI LORONG -LORONG TAMAN-TAMAN YANG BELUM DIGALI KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI. Pjs Aseri Hanapiah
Wednesday, April 14, 2010
BOIKOT COCA-COLA


Monday, April 12, 2010
PENGAMBILAN PELAJAR BARU MANHAL HPA
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :
- 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
- 2. DIPLOMA USULUDDIN
- 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT
Syarat Kelayakan :
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
- Pendidikan Islam
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
- Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
- Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
- Sijil Empat Thanawiy, atau
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.
Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati
di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : http://www.hpa.com.my/manhal/manhal.zip
Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :
BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR
Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)
No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010
PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG
PENDAHULUAN
Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan ke arah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.
MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.
SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat. (PB: Pengedar Bertauliah)
JANGKAMASA PROGRAM
1 Hari (9 pagi – 5 petang)
INSENTIF PROGRAM
Dinobat Sebagai Pengurus Melati (PLX) Setelah Maintain 100 NM Selama 6 Bulan Berturut-Turut
TEMPAT PROGRAM
Hotel atau yang setaraf dengannya
MODUL
- Pengenalan syarikat
- Marketing plan – bagaimana menjana pendapatan selesa melalui program PSC
- Produk knowledge
Bayaran: RM 10 – RM 30 termasuk bahan dan makan
Bilangan Peserta: 200 hingga 500 orang
SYARAT PENYERTAAN
a. Telah membuat pembelian 100 NM sebulan dalam mana2 bulan dalam tempoh 3 bulan sebelum kursus. Peserta dikehendaki membuktikan dengan menyertakan invois pembelian semasa pendaftaran bersama dengan kad pengenalan. Peserta yang mengikuti program PSC pada bulan pembelian syarat dibuat atau bulan berikutnya hanya perlu meneruskan maintain 100 NM selama LIMA BULAN BERTERUSAN untuk melayakkan mendapat kenaikan pangkat PLX
b. Hanya peserta yang hadir layak menerima kenaikan pangkat. Tidak dibenarkan pengganti untuk hadir kursus.
c. Peserta perlu hadir sepenuh masa dalam kursus
SYARAT PENGANJURAN
Dianjurkan oleh kelab dan pada peringkat permulaan cukup satu atau dua program untuk satu kelab. Target 500-1000 peserta sebulan
KENAPA PROGRAM PSC RASIONAL
1. PSC tidak akan menyebabkan program PBC tergendala malahan akan menjadikannya lebih rancak kerana mereka yang menyertai PSC apabila menyertai PBC pada bulan berikutnya, hanya perlu membuat penambahan 200 NM. Disamping itu mereka juga akan menjadi peserta PBC yang lebih berkualiti kerana telah faham akan matlamat dan kelebihan PBC.
2. Program PBC telah pun berjalan sejak tahun 2005. Setelah 5 tahun, rasanya sudah sampai waktu dan ketika para pemimpin dan pengedar didedahkan dengan program baru yang boleh membangkitkan semangat mereka.
3. PSC akan memastikan peserta meneruskan pembelian sekurang2nya 6 bulan dimana ada kalanya peserta PBC hanya mampu untuk maintain dalam masa 2 bulan pertama selepas PBC
4. Terdapat dikalangan pengedar yang hanya sanggup memberi masa 1 hari bagi mengikuti program. Ini adalah lebih mudah bagi orang yang kurang semangat dan keyakinan.
BERITA BERKAITAN:
Program PSC Pertama Di Sg Petani, Kedah
Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.
Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)
SYARAT-SYARAT PSC
1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.
Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail – 019-4752205).
Penceramah:
1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain
Thursday, April 8, 2010
GEMPUR PBC 17 & 18 APRIL 2010
sekian... sekadar renungan dan motivasi untuk diriku dan sahabat2....
Isyaallah ulasan dan rangkuman lanjut jgn lupa di
PBC HOTEL SRI MALAYSIA IPOH PADA 17 & 18 APRIL 2010
BERSAMA TOKOH-TOKOH PJS YG HEBAT AKAN TURUN.
Friday, April 2, 2010
Menara HPA kini hak kita
Pada : 6hb April 2010 Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI
Pada Malamnya jam 8.30mlm KPJ bersama PU HPA di KLIH Kg.Baru.
Kelab Komuniti KPT, KPS, KPA, KPU dan Cawangan HPA sila buat hebahan
Semua dijemput hadir
Album Musafir Perjuangan laris
PENJUALAN album Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.
Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baik daripada peminat tanah air.
“Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan.
“Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini,” katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Turut hadir tiga ahli Raihan yang lain, Abu Bakar Md yatim, 40, Amran Ibrahim, 38, dan Zulfadli Mustaza, 25. Mengenai sambutan peminat Raihan di Kelantan, Che Amran bersyukur apabila jualan bagi album berkenaan hampir mencecah 2,000 unit setakat ini, satu jumlah yang boleh dibanggakan. “Sambutan yang diberikan oleh peminat kami sepanjang promosi di Kelantan amat meyakinkan dan setakat ini, jualan album yang berjaya dikutip hampir 2,000 unit . “Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Insya Allah kami akan membuat cetakan kedua bagi memenuhi permintaan peminat di tanah air,” katanya. Selain itu, Che Amran berkata, pengedaran album itu dilakukan hasil gandingan Raihan bersama Syarikat HPA, Warner Music dan juga Wahyu Suci. “InsyaAllah pada penghujung April ini, kami akan melancar serta mengedarkan album ini di pasaran Indonesia iaitu di Jakarta dan Semarang, manakala pada bulan Mei kami akan ke Perth, Australia. “Kami juga akan menghadiri Festival Muzik di London pada Jun ini, selain itu ke Melbourne dan Sydney pada bulan berikutnya, tujuan kami membawa album kami ini ke Indonesia adalah disebabkan pasarannya yang luas dan sambutan penduduk yang amat menggalakkan sebelum ini,” katanya.
Adakan jualan hamper di setiap cawangan.
Saya berpendapat untuk memudahkan jualan di Ipoh meningkat, kita syorkan pada staf cawangan untuk membuat set-set hamper mengikut saiz dan harga mampu beli. Ini mampu melonjakkan jualan di cawangan dan HPAKPI akan mudah membuat jualan. Ini telah dipraktikkan di Rompin Pahang di mana leader di sana mengesyorkan cawangan membuat hamper. Ia ternyata menjadi satu daya tarikan kepada ahli dan pembeli yang hadir. InsyaAllah, ini adalah idea yang baik dan tidak salah jika dicuba.
Sharifuddin.
Thursday, April 1, 2010
PROGRAM KEPIMPINAN GEN 2 KPA BERSAMA GM
Kursus adalah seperti berikut :
Tarikh : 11 April 2010
Waktu : 8 pagi - 7 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh



Pangkat : PLX ke atas
Bayaran : Rm35.00 seorang
Daftar dengan PJS / Leader Perak.


Program ini dikendalikan oleh PJS Rosmandi dan PJS Haji Zainal.
Datanglah beramai-ramai memeriahkan Gen kali ini, semoga kehadiran anda menguatkan lagi ukhuwwah sesama kita dan menambahkan lagi kekuatan HPA umumnya dalam membentuk generasi pemimpin berani, aktif, berwawasan, sanggup berkorban, cekal dan bermotivasi.
KURSUS KEPIMPINAN GEN 1-7 DI IPOH, PERAK.
Antara PJS yang hadir adalah PJS Ustaz Zahir Ghazali, PJS Mohd Hyzad, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah.
TULISAN OLEH AKHI SHARIFUDDIN.
PENGGUNA SETIA CEMERLANG - PSC . KITA SEDIA GEMPUR!!!
PASTIKAN MEREKA YANG AKAN HADHIR PROGRAM PSC TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100NM DIDALAM MANA2 BULAN IAITU JAN,FEB,MAC ATAU APRIL 2010. FOTOKOPI INVOIS BERKENAAN ADALAH DIPERLUKAN SEBAGAI BUKTI KELAYAKAN MENGHADHIRI KURSUS DIHARI PENDAFTARAN. SETIAP PJS ADALAH DIHARAPKAN DAPAT MENGHADHIRKAN 20 ORANG PESERTA PADA BULAN APRIL 2010 BAGI MEMASTIKAN TARGET 1000 ORANG PESERTA OLEH KPU TERCAPAI. SEMUA PJS AKAN DIBERI PELUANG YANG SAMA TETAPI BERGANTUNG KEPADA KEUPAYAAN MEREKA MENDAFTAR SEBELUM TARIKH PENDAFTARAN DITUTUP.
TEMPAT PROGRAM, TARIKH AKHIR PENDAFTARAN SERTA YURAN PROGRAM (PASTINYA TIDAK LEBIH DARI RM30) HANYA AKAN DIUMUMKAN SELEPAS MAJLIS TRIBUNAL KPU BERMESYUARAT PADA 7 HB APRIL 2010.
SEKIAN, SELAMAT BERJIHAD SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN KERJA KITA SERTA MENURUNKAN PETOLONGAN UNTUK MEMBUKA HATI MEREKA2 YANG KITA SERU.
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA
PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden KPU