Sejak 4 bulan lalu, Mak Dak Kasma yang juga peniaga kedai runcit sering ditawarkan oleh seorang pemborong berbangsa Cina untuk membeli kopi radix yang dibawanya. “Oooo jual kopi radix…berapa harga dapat?” “Rm16” jawab Mak Dak ringkas. “Beli sama kita la…rm15” “Tak bole laa… saya ahli” jawab Mak Dak mematikan tawaran tauke Cina yang sering menghantar barang ke kedai-kedai runcit dan restoren di sekitar Taiping dengan lori berkepala biru.
Kopi Palsu @ Klon. Begitulah cabaran HPA dalam dunia perniagaan memasarkan kopi radix yang cukup popular dengan panggilan “Mai secawan”. Baru-baru ini Tn Hj Fisal selaku Pengarah Urusan 2 HPA telah berjaya mengesan kopi radix palsu yang dijual di sebuah restoren Selatan Tomyam di Batu 9, Changkat Jering. Pendedahan ini membawa kepada penemuan kopi palsu yang dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit Cina termasuklah di sebuah pasar mini Sin Wai Huat di Simpang, Taiping. Yang lebih menyedihkan Pasar Mini Saburtan milik orang Islam di Changkat Jering turut mengedar kopi radix palsu. Bagi pengedar biasa dan peniaga kedai makan sudah tentu tertarik dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah iaitu RM14.90.
KOTAKITA telah menerjah ke Pasar Mini Sin Wai Huat dan Saburthan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang kegiatan haram ini. Setelah penyiasatan dibuat, memang benar pasar mini ini telah menjadi pengedar aktif kopi radix palsu sejak beberapa bulan lalu. Berikut dipaparkan hasil penelitian dan perbandingan produk kopi radix keluaran HPA tulen dengan yang kopi radix Klon.
1. Bungkusan: Bungkusan kopi radix klon lebih besar
2. Logo HPA: Berbeza pada huruf P. Kopi radix klonTerdapat titik hijau pada warna putih di tengah huruf P
3. Pada logo Halal : Tulisan rumi HALAL pada kopi radix klon tidak jelas ejaannya dan tidak boleh dibaca.
4. Sudu: Sudu kopi radix klon kabur dan tak bersilau.
5. Air kopi : warna air kopi klon keperangan dan buihnya tidak jelas.
6. No 23g: Kopi radix klon mempunyai border merah pada no23.
7. Tulisan MS 1500:2004 dan 23g dicetak agak ke bawah hingga terkena di bahagian pengunci bungkusan.
8. Bijirin 3 biji kopi di atas cawan pada kopi klon tiada bayang hitam.
9. Tulisan RADIXRADIXRADIX yang keluar dari cawan tiada pada kopi klon.
10. Rasanya : Pahit terasa. Sudah pasti kopi klon berbahaya dan tiada jaminan ada 7 herba.
HPA KOMUNITI IPOH menggesa agar setiap penggemar kopi radix mendapatkan bekalan kopi radix tulen daripada stokis HPA yang sah. Bersama-samalah kita berjuang untuk produk kita demi kemajuan ekonomi orang islam dan anak-anak kita dimasa depan.AWAS HPA dengan kerjasama KDNHP akan saman anda yang masih mengedar kopi radix palsu! GEMPURRRRR
SUMBER DARI KOTAKITAHPA.BLOGSPOT...
No comments:
Post a Comment