Saturday, February 27, 2010

RAHMAT HUJAN





Hujan yang turun juga berperanan memperbaiki medan eletromagnetik bumi. Hujan akan membetulkan dan mengimbangkan kembali ion berguna(ion negative) agar meujudkan persekitaran selesa pada penduduk bumi. Air hujan juga sangat baik untuk dibuat mandian sekali-sekali terutama ketika hujan lebat dan telah berlalu 30 minit pertama. Titik-titik hujan bertindak seperti urutan pada semua titik tubuh yang akan mendatangkan kesan “deep sleeping”terutama pada malam hari. Pada awal hujan turun, kita tidak di cadangkan untuk mandi sebab kemungkinan besar ia mengandungi asid yang tinggi terutama dikawasan-kawasan perindustrian. Jika terkena tempisan air hujan ,dinasihati kita mandi bagi mengelakan demam dan sakit kepala.
Hujan juga membentuk imuniti yang tinggi pada anak-anak jika mereka dibiasakan dari kecil.Berbeza sekali dengan anak-anak yang ibu bapaknya terlalu control sehingga didapati mereka lebih kerap sakit dibandingkan dengan anak-anak kampung yang bermain upih pinang di tengah hujan. Bagi saya air hujan itu bukan sahaja dikenali sebagai soft water tetapi ia merupakan terapi alam yang berkesan. Paling minimum ia akan memberikan tidur yang berkualiti dan membangunkan system imuniti .Minum kopi panas selepas mandi hujan. Walahua’lam.

Musim Hujan,madu dan kopi diet.

Bagaimana kita boleh mengelakan dari selsema di musim hujan. Imt drink merupakan salah satu altenatif yang terbaik disamping kapsul IMT. Namun bagitu dalam pengubatan Islam,musim hujan dikaitkan dengan pengambilan herba-herba yang dapat memanaskan badan seperti madu,habatul saudak dan lain-lain lagi.Tekanan sejuk juga kadangkala boleh menyebabkan imuniti menjadi lemah dan tubuh memerlukan makanan yang boleh memanaskannya untuk mengekalkan suhu badan. Madu aslilah yang paling sesuai diamalkan dalam musim -musim bagini. Madu dicampur dengan kopi diet dan dijadikan minuman tonik yang menguatkan imuniti. InsyaAllah.


Tokey Master Radix dah kene cekup. Syabas GM, KPDN.


Palsu!!!


Ni kereta dia...hasil haram!






Mesin proses...ada tikus lagi tuhh....




Kotak besar


Untung wooo...


Apa bincang-bincang? Lokap bincang aaaa...


Cap masjid lagi tu...apsal tak boh cap kuil ke, tokong ke...ooo lu ingat semua Melayu bodo ka???



Kantoi!!!
Lihatlah muka tokey yang gelabah....KPDN tgh tulis notis nak bagi kat dia


Lokasi : Taiping ,Perak. Belakang rumah dia je....

Wednesday, February 24, 2010

RFC telah menapak di Indonesia


Alhamdulillah, satu lagi lambang kekuatan HPA. Berjayanya RFC dibuka di Indonesia menandakan RFC bukan sahaja menjadi permintaan ramai di Malaysia, malah 'aura' ayam organik HPA ini telah menerobos ruang di Indonesia. Syabas kepada HPA Malaysia dan HPA Indonesia dan para leader serta para ahli HPA yang sama-sama membantu meningkatkan jualan HPA.
Ini menjadi satu modal buat para pejuang HPA untuk terus menggempur tidak kira di mana jua anda berada. HPA Komuniti Ipoh berharap para leader, pengedar dan juga mereka-mereka yang terlibat dalam perjuangan ini, jangan terkandas di tengah jalan, walau di mana kita berada, terutama di sekitar Ipoh ini, teruskan agar Komuniti Ipoh terus mampu menggegar bukan sahaja di Ipoh Perak..malah terus ke seluruh negara. Komuniti Ipoh Boleh!!! 1 Matlamat 1 Perjuangan!

Thursday, February 18, 2010

KOPI RADIX PALSU LAGI.....


Sejak 4 bulan lalu, Mak Dak Kasma yang juga peniaga kedai runcit sering ditawarkan oleh seorang pemborong berbangsa Cina untuk membeli kopi radix yang dibawanya. “Oooo jual kopi radix…berapa harga dapat?” “Rm16” jawab Mak Dak ringkas. “Beli sama kita la…rm15” “Tak bole laa… saya ahli” jawab Mak Dak mematikan tawaran tauke Cina yang sering menghantar barang ke kedai-kedai runcit dan restoren di sekitar Taiping dengan lori berkepala biru.


Kopi Palsu @ Klon. Begitulah cabaran HPA dalam dunia perniagaan memasarkan kopi radix yang cukup popular dengan panggilan “Mai secawan”. Baru-baru ini Tn Hj Fisal selaku Pengarah Urusan 2 HPA telah berjaya mengesan kopi radix palsu yang dijual di sebuah restoren Selatan Tomyam di Batu 9, Changkat Jering. Pendedahan ini membawa kepada penemuan kopi palsu yang dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit Cina termasuklah di sebuah pasar mini Sin Wai Huat di Simpang, Taiping. Yang lebih menyedihkan Pasar Mini Saburtan milik orang Islam di Changkat Jering turut mengedar kopi radix palsu. Bagi pengedar biasa dan peniaga kedai makan sudah tentu tertarik dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah iaitu RM14.90.


KOTAKITA telah menerjah ke Pasar Mini Sin Wai Huat dan Saburthan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang kegiatan haram ini. Setelah penyiasatan dibuat, memang benar pasar mini ini telah menjadi pengedar aktif kopi radix palsu sejak beberapa bulan lalu. Berikut dipaparkan hasil penelitian dan perbandingan produk kopi radix keluaran HPA tulen dengan yang kopi radix Klon.


1. Bungkusan: Bungkusan kopi radix klon lebih besar

2. Logo HPA: Berbeza pada huruf P. Kopi radix klonTerdapat titik hijau pada warna putih di tengah huruf P

3. Pada logo Halal : Tulisan rumi HALAL pada kopi radix klon tidak jelas ejaannya dan tidak boleh dibaca.

4. Sudu: Sudu kopi radix klon kabur dan tak bersilau.

5. Air kopi : warna air kopi klon keperangan dan buihnya tidak jelas.

6. No 23g: Kopi radix klon mempunyai border merah pada no23.

7. Tulisan MS 1500:2004 dan 23g dicetak agak ke bawah hingga terkena di bahagian pengunci bungkusan.

8. Bijirin 3 biji kopi di atas cawan pada kopi klon tiada bayang hitam.

9. Tulisan RADIXRADIXRADIX yang keluar dari cawan tiada pada kopi klon.

10. Rasanya : Pahit terasa. Sudah pasti kopi klon berbahaya dan tiada jaminan ada 7 herba.


HPA KOMUNITI IPOH menggesa agar setiap penggemar kopi radix mendapatkan bekalan kopi radix tulen daripada stokis HPA yang sah. Bersama-samalah kita berjuang untuk produk kita demi kemajuan ekonomi orang islam dan anak-anak kita dimasa depan.AWAS HPA dengan kerjasama KDNHP akan saman anda yang masih mengedar kopi radix palsu! GEMPURRRRR
SUMBER DARI KOTAKITAHPA.BLOGSPOT...

Friday, February 12, 2010

PBC IPOH 6&7 FEB 2010


Alhamdulillah pada 6&7 febuari 2010 komuniti Ipoh berjaya juga menganjurkan PBC untuk tahun 2010 yang mana bulan january terpaksa dibatalkan oleh sebab2 yang tak dielak.Seramai 46 peserta telah menyertai PBC kali ini.Antara Pjs yang hadir:

1-PJS Asri Hanapiah

2-PJS Haji Marjuni

3-PJS Haji Zainal

4-PJS Puan Khalilah Wong

5-PJE mohd Sani

6-Herbalis PJ Puan Shafariah

dan fasi yang hadir pada hari itu Mohd Nawawi,Soffian,Mohd Reza dan Mohd Zuki



slot diognos tapak tangan yang disampaikan oleh Pjs Haji Marjuni

Fasi PBC kali ini saudara Reza,Nawawi dan Soffian (Zuki tak dalam gambar)



peserta terbaik lelaki PBC Mohd Sardon

peserta perempuan terbaik PBC Siti Hajar
kumpulan wanita terbaik PBC (kumpulan Radix)


kumpulan lelaki terbaik PBC kumpulan D'KARM

Thursday, February 11, 2010

JADUAL PBC TERKINI


06 – 07 FEB 2010

  1. Hotel Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam : RM 180 : PJS Habshah ( 019 3337245)
  2. Hotel Residence, Uniten, Bangi : RM 180 : PJS Fatin (013 3962550)
  3. Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083/En. Hasan:017 6814626)
  4. Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)
  5. Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 019-6975317)

13-14 FEB 2010

  1. Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)
  2. Hotel Sri Malaysia, Port Dickson : RM 150 : PJS Rosjulila (013 6820068)
  3. Hay Resort, Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
  4. Desaru Damai Beach Resort, Kota Tinggi : RM 160 : PJS Roslina (013 226865)
  5. HPA Cawangan Jerantut : RM150 : PJS Jaffar (013-9102655)
  6. Hotel Raudhah Kota Bharu Kelantan : RM150 : PJS Cikgu Abdul Rahman(013-9316612)

20-21 FEB 2010

  1. Pst. Belia Antarabangsa, Bdr T.Razak : RM 150 : PJS Cg. Murad (012 3033230)
  2. Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170 : PJS Rosjulila (013 6820068)
  3. Agrotek Resort, Hulu Langat : RM 160 : PJS Zainal (019 2886641)

26-27 FEB 2010

  1. Hotel Fully Inn Bandar Lama Gua Musang Kelantan : RM150 : PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis (013-9221158)

27-28 FEB 2010

  1. Hotel Adamson, Kuala Lumpur : RM 170 : PJS Abd Yadi (016 6525380)
  2. Hotel D’Ark, Senawang : RM 150 : PJS Rogayah (019 6504849)
  3. Ujana Resort, Tmn. Harmoni,Gombak : RM 150 : PJS Abdullah ( 012 6849263)
  4. Kompleks Rakan Muda, Sementa : RM 150 : PJS Ust. Asri (019 3789747)
  5. Rumah Rehat Raub Pahang : RM150 : PJS Siti Zawiyah (013-9221915)
  6. TS Hotel Pasir Gudang : RM170 : PJS Syed Ageel (013-4882778)

6 - 7 MAC 2010

  1. Masjid Al Ghufran Balai Islam Pinggir Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur : RM150 : PJS Jamaluddin Yeop Majlis (013-9812655 / 012-2503041)

Tuesday, February 9, 2010

KILANG BOTOL HPA

Kilang Botol HPA telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 4 Februari 2010 yang lalu. Kilang ini terletak bersebelahan Kilang Cola Radix HPA. Dengan adanya kilang botol sendiri, banyak kos dapat dijimatkan dan ia akan membantu mengurangkan harga produk HPA yang berbentuk botol.











PRODUK WANITA MOMENT





Klik gambar pamplet produk di atas untuk paparan yang lebih jelas. Telah disertakan juga semua keterangan produk Moments, khasiat dan cara pengambilannya.

Formulasi khas dari herba terbaik iaitu Manjakani, Noni (mengkudu), Roselle dan Madu. Untuk wanita sahaja namun ianya tidak disarankan untuk wanita mengandung mengamalkannya.

Harga Pengguna:Semenanjung Malaysia :
RM 42Sabah & Sarawak : RM 44

Harga Pengedar HPA:Semenanjung Malaysia :
RM 38Sabah & Sarawak : RM 40

Nilai Mata (NM) : 10

TEH MANJAKANI DAN MOMENT

Kedua-dua herba ini menggunakan buah manjakani yang ternyata sangat baik untuk wanita. Sebaik-baiknya seorang wanita mencuba kedua jenis herba ini dan mencari yang mana satu "serasi"dengannya. Boleh juga di ambil bergantian dan bersamaan.

Wanita yang elok rahimnya tidak menghadapi masalah keputihan,sakit pinggang ataupun imbalance hormon. Ianya bukan hanya untuk wanita selepas berkahwin tetapi ia boleh digunakan sejak dari kedatangan darah haid pertama.

Ini adalah bagi mengelakan sesaorang wanita terdedah dengan pelbagai penyakit akibat dari himpunan bahan kimia yang merbahaya dalam tubuhnya.Masyarakat yang jahil dengan herba sering menyatakan herba tidak elok diamalkan oleh anak dara sedangkan membiarkan mereka mengambil bahan kimia terus menerus tanpa hentinya.

Kefahaman ini perlu dibetulkan agar kita dapat mengurangi pelbagai penyakit degeratif yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Monday, February 8, 2010

KELAS MINGGUAN IPOH 5-2-2010


05 Febuari 2010 (jumaat) - Kelas Mingguan Komuniti Ipoh kali ini telah dihadiri oleh dua pemimpin KPA dari Selangor yang mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa memperjuangkan produk halal. Beliau adalah PJS Haji Marjuni dan PJS Haji Zainal
Kelas Mingguan telah dimulai dengan dipengerusikan oleh Mohd Zuki. PJS Marjuni telah memulakan majlis slot mengenai Pengenalan Syarikat dan Ilmu Perawatan mengenai masalah usus
Pendekatan yang digunakan oleh Pjs Marjuni amat menarik kerana selepas beliau menerangkan slot beliau akan bertanyakan soalan pada hadirin dan menberikan hadiah kepada sesiapa yang dapat menjawab dengan betul.
Selepas itu, Pjs Zainal pula menyampaikan ceramah mengenai plan pemasaran iaitu mengenai insentif taawun 2010 .Kemudian diadakan juga soaljawab peserta dengan PJS tentang sebarang kemuskilan serta soalan kuiz yang dikendalikan oleh PJE cikgu Sani.Setiap peserta yang menjawab dengan betul diwajibkan mentaarofkan diri sebelum diberi hadiah oleh penganjur.

Diakhir perjumpaan para hadirin bernasyid dan melaungkan HPA BOLEH...Pihak komuniti ipoh mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Pjs Marjuni dan Pjs Zainal kekelas mingguan komuniti Ipoh .Diharap lebih ramai Pjs yang sudi berkunjung ke kelas komuniti ipoh baik dari KPA atau KPU .selama ini hanya Pjs Mior yang selalu kekelas ini .Perjumpaan telah tamat pada jam 12.00 tengah malam.

Tuesday, February 2, 2010

DEW DIJAMIN HALAL :METRO 30-JAN-2010

PETIKAN DARI METRO NEWS

HPA Industries Sdn Bhd, antara syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, memperkenalkan empat produk terbaru termasuk penapis air dikenali Dew yang dijamin halal, organik dan suci.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata penapis air Dew dijangka menjadi produk popular HPA yang juga diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) pertama di negara ini.

Menurutnya, berbeza dengan kebanyakan penapis sedia ada yang menggunakan unsur tulang haiwan yang tidak diketahui jenis dan kaedah sembelihannya, penapis air keluaran HPA menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

“Formula kandungan setiap katrij di dalam penapis air ini berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh meniru sukatan dan ukuran bahan dalam katrij HPA kerana kajian hampir tujuh tahun dilakukan untuk menghasilkan Dew yang berkualiti ini.

“Sesetengah penapis air di pasaran pula tempoh hayat gantian katrij ialah setahun dengan kos sehingga RM300 atau RM400, namun kos Dew hanya RM98 untuk tahun pertama.
“Berdasarkan kajian, pH air daripada penapis air Dew hampir menyamai air zam zam,” katanya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Majlis pelancaran penapis air Dew dan produk terbaru HPA yang lain iaitu Madu Cuka Nipah, minuman Radix Sahara dan minuman Kristal Mineral Asli diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.

Ismail berkata, penyelenggaraan Dew juga mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik dan sudah melalui ujian makmal Sirim.

Menurutnya, berbeza dengan penapis air lain yang berharga ribuan ringgit, penapis air keluaran HPA dijual pada harga mampu milik iaitu RM900 untuk bukan ahli dan RM750 untuk ahli HPA di Semenanjung Malaysia manakala RM1,000 bukan ahli dan RM850 ahli HPA di Sabah dan Sarawak.

“Lebih menarik setiap ahli HPA mendapat 50 nilai mata daripada pembelian ini yang akan dikira sebagai bonus,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, produk baru dijangka melonjak jualan syarikat dan menepati sasaran RM20 juta sebulan.

HPA yang kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di Malaysia dan 250,000 di Indonesia terkenal sebagai syarikat MLM berteraskan Islam yang memperjuangkan produk yang halal dan suci.

Syarikat berkenaan juga mempunyai rangkaian perniagaan makanan segera yang berkonsepkan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan Radix Pizza House.

Oleh Zainuddin Zainzainuddin@hmetro.com.my