Thursday, December 10, 2009

KHASIAT BUAH KURMA


Anda semua sudah tentu pernah makan buah kurma,bukan? rasanya manis dan sedap dimakan begitu sahaja ,dijadikan ramuan membuat biskut dan kek selain itu,kurma juga kini terdapat jus yang cukup menyegarkan jika diminum pada hari-hari panas.
Kurma ialah sejenis tubuhan palma atau phonex dactylifera, dan menjadi makanan utama masyarakat timur tengah. bagi masyarakat islam khususnya di malaysia , kurma menjadi hidangan 'wajib' tatkala berbuka puasa dan adakalanya ia juga dimakan semasa bersahur. apakah khasiat sebenar buah kurma?

* kurma mengandungi zat besi dan kalium yang tinggi, fosforus,sodium, vitamin A dan B serta niasin. buah ini cukup kaya dengan tenaga, dalam membantu menigkatkan stamina sepanjang hari, walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.

*Kurma juga membantu memperkuat daya tahan tubuh, menigkatkan pertubuhan tulang pada kanak-kanak,melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol.

*Kurma menpunyai kadar kalium yang duakali ganda lebih tinggi daripada pisang, membantu mencegah penyakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut, dan menjaga penlihatan .saintis mesir mengakui khasiat kurma terbukti dalam membantu menanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh, serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

* Kurma juga melicinkan perjalanan darah, merawat buah pingang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.

bagi ibu yang menghadapi kekurangan susu ketika menyusu bayi, buah kurma dapat menambah pengeluaran susu.
* Jus kurma pula dapat membantu mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim dan melegakan tekanan darah tinggi, dan mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

*Mineral yang banyak dalam kurma juga berfungsi membetulkan perjalanan darah, denyutan jantung, dan mengatifkan pengecutan otot.selain itu,ia juga mengatasi masalah insomnia dan mengurangkan batuk.

*Kurma turut membantu proses penurunan berat badan kerana kandungan tenaganya yang tinggi mengrangkan rasa lapar, walaupun diambil sekadar tujuh biji sehari.

Walaupun kurma manis rasanya, tetapi gula di dalamnya mudah diserap dalam tubuh, tanpa melalui proses yang panjang. oleh itu, kurma sangat baik bagi semua peringkat usia dan boleh dimakan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa sahaja.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Jadi apa kat kita jadikan buah kurma sebagai snek semasa waktu rehat atau makanan ringan yang berkhasiat setiap hari.....

No comments:

Post a Comment