Tuesday, April 27, 2010

HALAL HARAM

PADA 25 APRIL BARU-BARU INI SAYA DAN KEKAWAN PERGI KE SATU MARKAS JEMAAH ISLAM UNTUK MENDENGAR CERAMAH AGAMA.TIBA-TIBA SAYA RASA SUNGGUH TERUJA APABILA PENCERAMAH TERSEBUT MENYENTUH SOAL HALAL HARAM TENTANG MAKANAN YANG ADA DIPASARAN HARI INI.YANG LEBIH MEMBANGGAKAN SAYA APABILA BELIAU MENGATAKAN KEBANYAKAN KOPI PRACAMPURAN YG TERDAPAT DIPASARAN HARI INI MENGANDUNGI ARAK TIDAK KIRALAH KOPI J*NT*N KE BETINA KE KECUALI KOPI RADIX DAN KOPI KELUARAN MUSLIM.SAYA RASA SUNGGUH TERHARU BILA BELIAU MENYEBUT KOPI RADIX SBB BELIAU BUKAN PEMIMPIN HPA ATAUPUN MUNGKIN PB TAPI ATAS KAJIAN SELAMA 13 BELAS TAHUN DALAM BIDANG MAKANAN BELIAU MESTI BERTERUS TERANG DLM SOAL HALAL HARAM KHUSUSNYA UNTUK AHLI JEMAAH ISLAM DALAM MENSUCIKAN DIRI UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DI MUKA BUMI INI.BUKAN ITU SAJA BELIAU MENCERITAKAN LAGI BEBERAPA JENIS REMPAH YG POPULAR PADA MASA KINI SPT B*B*S & A* GA#P*S MENGANDUNGI TAHI LEMBU SEBAGAI MANDRAM ISTILAH YG DIGUNAKAN OLEH USTAZ TERSEBUT SEBELUM DIPUJA UNTUK DIPASARKAN. PENCERAMAH INI BERKELULUSAN ENGINEAR DARI USM PERNAH BERTANDING DALAM PILIHANRAYA 2008 D DUN SG RAPAT TAPI TEWAS.BELIAU JUGA ADALAH PENGASAS PRODUK BIO SIREH.

Thursday, April 22, 2010

PBC ELIT DI IPOH-1-2 MEI 2010



Pada 1-2 Mei ini akan dianjurkan PBC di Seri Malaysia Ipoh untuk memberi peluang kepada pengedar sekitar Ipoh menghantar rangkaian tajaan mereka mengikuti program pembinaan jatidiri usahawan herbalis muslim. Setiap peserta akan didedahkan dengan ilmu dan kemahiran sebagai usahawan yang bijak berkongsi kejayaan dengan orang lain.
Peserta wajib mengikuti 9 modul iaitu Pengenalan Syarikat, Plan Pemasaran, Kenali 350 produk, Homeparty nadi HPA, Kekeliruan Ummah antara Halal & Haram, Malam Keinsafan, Qiamullail dan Kuliah Subuh, Diagnos Saraf Tapak Tangan dan Gerakerja 6M. Selain itu peserta juga dimantapkan dengan demontrasi 'Demo produk Air Dew' dan 'Demo Rawatan Akupuntur dan Bekam'.

Pemimpin yang dijangka akan mengisi PBC kali ini ialah PJS Hafidzan Fauzi,PJS Hj Zainal, PJS Khalilah Wong, PJS Zamri, PJE Cikgu Sani dan PJ Herbalis Shafariah. Yuran penyertaan hanya RM150 untuk kos penginapan, 8 kali makan dan bahan kursus. APA TUNGGU LAGI GEMPURRRR. Untuk pendaftaran awal hubungi: 0136641872 (Sha)

KURSUS AKUPUNTUR DI IPOH ,PEMBIMBING Pn Rosliah Mohamed (Dploma Akupuntur Colombo University, Sijil Akupuntur Univesity Xiamen University of China)

















Pengedar HPA Perak beruntung kerana berpeluang mempelajari Akupuntur yang merupakan ilmu dan seni keterampilan pengubatan dengan cara menusukkan jarum di titik tertentu pada tubuh (meridian) untuk memperoleh kesan rangsang pada energi Vital (Qi) untuk mendapatkan kesembuhan dari suatu penyakit atau untuk meningkatkan kualiti kesihatan.

Berasal dari bahasa Latin iaitu Acus(Jarum) + punggere (menusuk), dalam bahasa cina di sebut CENCIU

Kaedah perawatan ini merawat Energi yang dikenali sebagai Qi, Cairan (Xu), dan Darah (Xue) tetapi yang paling penting pesakit perlu menjaga nutrisi terlebih dahulu untuk memastikan keseimbangan di dalam ketiga-tiga item ini dalam badan.

Ilmu ini hendaklah dipelajari secara teliti kerana kelebihan dan alternatif perawatan yang boleh anda gunakan di dalam membuat rawatan kepada pesakit. Teknik-teknik ini juga dikatakan boleh menandingi suntikan botox dan juga susuk. Menarik bukan? Marilah kita kuasai ilmu ini untuk meningkatkan kemahiran yang kita ada dan sebagai persediaan kepada permintaan pesakit yang datang kepada kita. Ilmu ini pasti akan jadi Value added kepada kita di dalam teknik perawatan yang boleh kita tawarkan di pusat perawatan.

TARIKH; 25 APRIL 2010 (cadangan awal 18 Apr- dipinda atas permintaan pengedar HPA)
TEMPAT: DEWAN HPA CAW. IPOH
PEMBIMBING:1. PJE Mohamad Sani Ibrahim (Sijil Akupuntur Asas)2. Herbalis Shafariah (Sijil Herbalis HPA) 3.Pn Rosliah Mohamed (Dploma Akupuntur Colombo University, Sijil Akupuntur Univesity Xiamen University of China)

YURAN : 100.00 sahaja. (Termasuk 50 jarum untuk bengkel, jamuan, sijil dan nota)

Jangan lepaskan peluang ini untuk membawa rangkaian anda bersama menimba Ilmu Perubatan JAWI. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja. Daftar segera: 013 6641872 (Sha)

GEN2 SIRI III BERJAYA






































Pada 11 Apr 2010, Seri Malaysia Ipoh mencatat sejarah kerana julung-julung kalinya KPA menganjurkan Kursus GEN2 di negeri Perak. Kehadiran 80 orang pemimpin GEN2 HPA di seluruh negeri Perak amat membanggakan.Kursus ini dimulakan dengan bacaan ma'surat dan diikuti modul 1:MLM Syariah yang disampaikan oleh Ust Zulkarnain Abidin salah seorang Panel Syariah HPA. Selepas rehat, peserta kursus dikejutkan dengan paluan kompang mengiringi GM En Mohd Faisol Abd Rahman memasuki dewan untuk majlis perasmian. GM turut mengambil bahagian dengan membentangkan modul 2: 'Great Leader'. Pada sesi petang, peserta mengikuti pula modul 3: 'Strategi Penajaan Berkesan' yang disampaikan oleh PJM Rosmandi Ishak. Modul 4: 'Insentif 2010 dan Gerakerja mencapai 20 juta' pula disampaikan oleh PJM Cikgu Murad Abu Bakar. Sesi petang diakhiri dengan pembentangan kumpulan dan bacaan ikrar.
Pengarah program iaitu PJM Rosmandi Ishak,amat berpuas hati dengan perjalanan program dan penglibatan aktif setiap peserta. Menurutnya, GEN2 akan diadakan lagi di negeri Perak bagi melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan HPA di masa depan.

GEMPUR PBC 1 MEI HARI KITA (HARI PEKERJA)

INSYAALLAH PADA 1 & 2 MEI INI BERTEMPAT DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH AKAN DIADAKAN KURSUS PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC).PBC KALI INI DIKENALI SEBAGAI PBC KITA KERANA JATUH PADA HARI PEKERJA 1 MEI. SAYUGIA ITU HADIRKANLAH SERAMAI MUNGKIN PROSPEK DIBAWAH ANDA UNTUK MENJADI USAHAWAN MUSLIM CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT. DITENGAH-TENGAH KEKALUTAN MANUSIA MENCARI KERJA HPA MENGHIDANG LAUK DIDEPAN MATA APA TUNGGU LAGI!!!!GEMPURRR LA

MENGHARAP SENANG DALAM BERJUANG
BAGAI MERINDU REMBULAN DITENGAH SIANG
JALANYA TAK SEINDAH SENTUHAN MATA MEMANDANG
PANGKALNYA JAUH HUJUNGNYA BELUM TIBA
TAPI JALAN KEBENARAN TAK AKAN SELAMNYA SUNYI
ADA UJIAN YANG DATANG MELANDA
ADA PERANGKAP MENUNUGGU MANGSA.

Wednesday, April 21, 2010

PETIKAN KATA-KATA PUJANGGA PEMIMPIN HPA

SEKIRANYA MEREKA TAHU KHASIAT HERBA KITA NESCAYA MEREKA SANGGUP MENUKARNYA WALAUPUN DENGAN KETULAN-KETULAN EMAS. - Tn Hj Ismail B Ahmad

HPA NI SUSAH TAPI BOLEH - Hj khalid Iskri

APABILA SAYA MELIHAT KEHADIRAN PADA MALAM INI TIDAK MEMBERANGSANGKAN, BAGI SAYA INI SATU TANDA POSITIF . BERIKAN TEMPOH SEBULAN PADA SAYA SEBAGAI LEADER DI IPOH NESCAYA PENUHLAH DEWAN INI. - Cikgu Murad (kpj Ipoh).

KITA BUAT HPA INI KERANA SIAPA?ADAKAH KERANA TN HJ ISMAIL ATAU KERANA ALLAH KALAU TN HJ DATANG BARU BARU KITA DATANG FIKIRKANLAH. - Ust Mat Cina (Kpj Ipoh)

SAYA ORANG PULAU PINANG. DIMANA ORANG MELAYU PULAU PINANG SEKARANG SAYA RASA MALU BILA ORANG CINA CAKAP HARGA RUMAH NI 350 RIBU MANA ADA ORANG MELAYU MAMPU BELI. HARGA RUMAH KECIL & USANG MILIK BAPA SAYA DI PULAU PINANG.APA KATA BAPA SAYA, KALAU SAYA NAK JUAL PUN SAYA AKAN JUAL PADA ORANG MELAYU SAJA.-Pjs Syed Ageel (meting mingguan Ipoh )

IPOH NI LUBOK EMAS BANYAK LAGI LORONG -LORONG TAMAN-TAMAN YANG BELUM DIGALI KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI. Pjs Aseri Hanapiah

Wednesday, April 14, 2010

BOIKOT COCA-COLA



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,

Monday, April 12, 2010

PENGAMBILAN PELAJAR BARU MANHAL HPA

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :

  1. 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
  2. 2. DIPLOMA USULUDDIN
  3. 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT

Syarat Kelayakan :

  1. Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
  • Pendidikan Islam
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
  1. Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
  • Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
  • Sijil Empat Thanawiy, atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.

Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati

di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : http://www.hpa.com.my/manhal/manhal.zip

Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :

BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR

Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)

No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah

Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010

PRODUK BARU




produk baru yang ada dipasaran dan akan berada dipasaran tidak lama lagi...insyaAllah

PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG

PENDAHULUAN

Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan ke arah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT

Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI

Semua PB yang belum berpangkat. (PB: Pengedar Bertauliah)

JANGKAMASA PROGRAM

1 Hari (9 pagi – 5 petang)

INSENTIF PROGRAM

Dinobat Sebagai Pengurus Melati (PLX) Setelah Maintain 100 NM Selama 6 Bulan Berturut-Turut

TEMPAT PROGRAM

Hotel atau yang setaraf dengannya

MODUL

  1. Pengenalan syarikat
  2. Marketing plan – bagaimana menjana pendapatan selesa melalui program PSC
  3. Produk knowledge

Bayaran: RM 10 – RM 30 termasuk bahan dan makan
Bilangan Peserta: 200 hingga 500 orang

SYARAT PENYERTAAN

a. Telah membuat pembelian 100 NM sebulan dalam mana2 bulan dalam tempoh 3 bulan sebelum kursus. Peserta dikehendaki membuktikan dengan menyertakan invois pembelian semasa pendaftaran bersama dengan kad pengenalan. Peserta yang mengikuti program PSC pada bulan pembelian syarat dibuat atau bulan berikutnya hanya perlu meneruskan maintain 100 NM selama LIMA BULAN BERTERUSAN untuk melayakkan mendapat kenaikan pangkat PLX

b. Hanya peserta yang hadir layak menerima kenaikan pangkat. Tidak dibenarkan pengganti untuk hadir kursus.

c. Peserta perlu hadir sepenuh masa dalam kursus

SYARAT PENGANJURAN

Dianjurkan oleh kelab dan pada peringkat permulaan cukup satu atau dua program untuk satu kelab. Target 500-1000 peserta sebulan

KENAPA PROGRAM PSC RASIONAL

1. PSC tidak akan menyebabkan program PBC tergendala malahan akan menjadikannya lebih rancak kerana mereka yang menyertai PSC apabila menyertai PBC pada bulan berikutnya, hanya perlu membuat penambahan 200 NM. Disamping itu mereka juga akan menjadi peserta PBC yang lebih berkualiti kerana telah faham akan matlamat dan kelebihan PBC.

2. Program PBC telah pun berjalan sejak tahun 2005. Setelah 5 tahun, rasanya sudah sampai waktu dan ketika para pemimpin dan pengedar didedahkan dengan program baru yang boleh membangkitkan semangat mereka.

3. PSC akan memastikan peserta meneruskan pembelian sekurang2nya 6 bulan dimana ada kalanya peserta PBC hanya mampu untuk maintain dalam masa 2 bulan pertama selepas PBC

4. Terdapat dikalangan pengedar yang hanya sanggup memberi masa 1 hari bagi mengikuti program. Ini adalah lebih mudah bagi orang yang kurang semangat dan keyakinan.

BERITA BERKAITAN:

Program PSC Pertama Di Sg Petani, Kedah

Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.

Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)

SYARAT-SYARAT PSC

1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.

Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail – 019-4752205).

Penceramah:

1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain



Thursday, April 8, 2010

GEMPUR PBC 17 & 18 APRIL 2010

Pendayung dah ditangan perahu dah di air apa tunggu lagi ayuh segera mudik ke hulu supaya anda cepat sampai ke puncak gunung kejayaan.Berjaya sebagai usahawan muslim yang hebat di dunia dan akhirat.Nak berjaya mesti ada usaha dan usaha perlu d ganda.Usahawan yg ingin menempa kejayaan kerjanya luar biasa fikirannya pun luar biasa dan tindakannya pun luar biasa.Persoalan siapa masuk dulu bukan isu yang penting macamana kerja aku adakah aku mula menaja masih menaja terus menaja, mengamal, menjual,meting dan menjadi perawat yang baik dan pendengar yang tak jemu mendengar rintihan pesakit.Jangan sampai orang kata orang melayu ni lauk depan mata pun nak kena suap lagi, malu bangsa kita.Blogger petik sikit kata2 yg selalu d ungkap oleh PRX Pian kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua alang2 buat hpa buat sungguh2 macam gigit dgn gigi gerahammm.

sekian... sekadar renungan dan motivasi untuk diriku dan sahabat2....

Isyaallah ulasan dan rangkuman lanjut jgn lupa di


PBC HOTEL SRI MALAYSIA IPOH PADA 17 & 18 APRIL 2010

BERSAMA TOKOH-TOKOH PJS YG HEBAT AKAN TURUN
.

Friday, April 2, 2010

Menara HPA kini hak kita


Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam. Berharga RM60 Juta,

Pada : 6hb April 2010 Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI

Pada Malamnya jam 8.30mlm KPJ bersama PU HPA di KLIH Kg.Baru.

Kelab Komuniti KPT, KPS, KPA, KPU dan Cawangan HPA sila buat hebahan
Semua dijemput hadir

Album Musafir Perjuangan laris


KUMPULAN Raihan dengan album baru mereka.

PENJUALAN album Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.


Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baik daripada peminat tanah air.


“Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan.


“Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini,” katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


Turut hadir tiga ahli Raihan yang lain, Abu Bakar Md yatim, 40, Amran Ibrahim, 38, dan Zulfadli Mustaza, 25. Mengenai sambutan peminat Raihan di Kelantan, Che Amran bersyukur apabila jualan bagi album berkenaan hampir mencecah 2,000 unit setakat ini, satu jumlah yang boleh dibanggakan. “Sambutan yang diberikan oleh peminat kami sepanjang promosi di Kelantan amat meyakinkan dan setakat ini, jualan album yang berjaya dikutip hampir 2,000 unit . “Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Insya Allah kami akan membuat cetakan kedua bagi memenuhi permintaan peminat di tanah air,” katanya. Selain itu, Che Amran berkata, pengedaran album itu dilakukan hasil gandingan Raihan bersama Syarikat HPA, Warner Music dan juga Wahyu Suci. “InsyaAllah pada penghujung April ini, kami akan melancar serta mengedarkan album ini di pasaran Indonesia iaitu di Jakarta dan Semarang, manakala pada bulan Mei kami akan ke Perth, Australia. “Kami juga akan menghadiri Festival Muzik di London pada Jun ini, selain itu ke Melbourne dan Sydney pada bulan berikutnya, tujuan kami membawa album kami ini ke Indonesia adalah disebabkan pasarannya yang luas dan sambutan penduduk yang amat menggalakkan sebelum ini,” katanya.

Adakan jualan hamper di setiap cawangan.

Salam kepada semua.

Saya berpendapat untuk memudahkan jualan di Ipoh meningkat, kita syorkan pada staf cawangan untuk membuat set-set hamper mengikut saiz dan harga mampu beli. Ini mampu melonjakkan jualan di cawangan dan HPAKPI akan mudah membuat jualan. Ini telah dipraktikkan di Rompin Pahang di mana leader di sana mengesyorkan cawangan membuat hamper. Ia ternyata menjadi satu daya tarikan kepada ahli dan pembeli yang hadir. InsyaAllah, ini adalah idea yang baik dan tidak salah jika dicuba.

Sharifuddin.

Thursday, April 1, 2010

PROGRAM KEPIMPINAN GEN 2 KPA BERSAMA GM

Assalamualaikum wrbt kepada semua pejuang produk Halal wa toyyiba.

Kursus adalah seperti berikut :

Tarikh : 11 April 2010

Waktu : 8 pagi - 7 petang

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh





Pakaian : Blazer hitam, kemeja dan kasut.

Pangkat : PLX ke atas

Bayaran : Rm35.00 seorang

Daftar dengan PJS / Leader Perak.

Program ini dikendalikan oleh PJS Rosmandi dan PJS Haji Zainal.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan Gen kali ini, semoga kehadiran anda menguatkan lagi ukhuwwah sesama kita dan menambahkan lagi kekuatan HPA umumnya dalam membentuk generasi pemimpin berani, aktif, berwawasan, sanggup berkorban, cekal dan bermotivasi.

KURSUS KEPIMPINAN GEN 1-7 DI IPOH, PERAK.

HEBAT DAN MANTAP!
Pada 28 Mac 2010 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan GEN 1-7 di Hotel Hill City, Ipoh, Perak dan ia merupakan kali ke-2 dibuat di Negeri Perak. Alhamdulillah kursus tersebut berjalan dengan lancar dan jaya sekali walaupun ada sedikit kelewatan. Namun ia tidak menggugah keimanan dan kesabaran para pemimpin hebat yang hadir.
AJK Komuniti Ipoh yang hadir antaranya adalah MOHD NAWAWI BIN MD HUSSIAN, MOHD ZUKI BIN JUSOH, MOHD SOFFIAN BIN MD ISA, MOHD REZA dan MOHD KHAMLI. Mereka ini hebat-hebat belaka.
Juga tidak ketinggalan hadir adalah pendatang baru dari Kedah di dalam HPAKPI iaitu SHARIFUDDIN.

Antara PJS yang hadir adalah PJS Ustaz Zahir Ghazali, PJS Mohd Hyzad, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah.
PJS Ustaz Zahir menceritakan banyak tentang pengalaman beliau dari mula-mula berkecimpung dalam HPA yang penuh dugaan buatnya sehinggalah beliau kini tercipta sebagai antara pemimpin unggul HPA. Pernah beliau menceritakan suatu ketika beliau bersama zaujah dan anak-anak beliau semasa mula-mula membuat jualan di satu ekspo di Kedah selama 3 hari. Namun ujian melanda sepanjang 3 hari tersebut di mana hanya 1 produk sahaja yang laris iaitu Minyak but-but! Bayangkan betapa susahnya masa itu dengan hanya menaiki perodua kancil, bersama anak dan isteri, sehari suntuk di tapak ekspo yang dihadiri ribuan orang, namun 1 produk saja terjual? bagaimana dengan kita jika diuji sebegitu, rasa-rasanya lepas 2 hari dah kecundang...mungkin....
Dan beliau menceritakan pada satu hari di program PBC, sedang beliau menyampaikan slot, tak sampai 20 minit seorang lelaki keluar dengan tergesa-gesa. Terus tidak hadir semula selepas itu. Rupa-rupanya lelaki tersebut datang atas paksaan isterinya. Lelaki itu mengatakan bahawa budaya HPA bukan budayanya, walaupun dia Islam, namun hidupnya suka kepada budaya kebebasan...dan lelaki itu hairan kerana HPA memisahkan antara lelaki dan wanita dalam programnya. Hairan...bukan hairan dengan HPA tapi saya hairan dengan lelaki itu.
PJS Ustaz Zahir juga menyampaikan slot bagaimana hendak menghadapi kerenah orang ramai dalam kita memperkenalkan HPA kepada mereka. Memang sangat menarik...tak terluah oleh kata-kata.

Ustaz Zahir mengendalikan program latihan dalam kumpulan yang memang menarik dan adakalanya kelucuan memecah 'kengantukan' mata yang sejuk terkena penghawa dingin yang membirukan kulitku.

Sebelum itu, PJS Aseri Hanapiah menyampaikan slot PSC (Pengguna Setia Cemerlang) - iaitu satu program baru hasil idea beliau untuk meningkatkan lagi jualan HPA dan ahli HPA. Program ini agak menarik kerana ia memberi ruang dan peluang kepada ahli yang ingin naik pangkat dalam situasi selesa dan tidak terdesak lantas tersedak!

Selepas rehat dan solat Zuhur, PJS Cikgu Nadzri menghangatkan lagi suasana dengan celotehnya walaupun penat sehari sebelumnya baru balik dari program PBC di Johor bersama PJS Syed Ageel. Beliau mengatakan agak penat 'melompat' sana sini di dalam program tersebut demi membuat para peserta teruja dengan HPA. Hebat!

Antara slot yang beliau sampaikan adalah slot motivasi, slot produk Madu Cuka Nipah dan King Solomon Oil, siap gambar ikan 'king of solomon fish' yang rasanya ramai belum lihat. Beliau beri petua jika nak gantikan sambal belacan bolehlah gunakan Cuka Nipah + cabai hidup (cili segar). Belacan tu kalau tengok orang buat mesti tak lalu punyalahhh....

Sebelum habisnya program, PJS Cikgu Nadzri menayangkan slot lagu terbaru Raihan - Tanpa Agama versi baru. Program tamat pada pukul 6 petang.

Kesimpulannya, memang best! Kami dari AJK HPAKPI ini berasa amat bertuah kerana hadir dalam program ini dan semangat terus membara, terbakar bagai api, siap siaga untuk menghadapi musuh luar dan dalam, demi memastikan HPA Islamik ini terus melakarkan sejarah di seluruh pelusuk dunia! Allahuakbar. HPA Boleh! HPA...boleh! boleh! boleh! Gempur...Radix..InsyaAllah!

Berkorban jangan sampai terkorban!

Harap maaf kerana gambar dalam proses, insyaAllah gambar akan menyusul kemudian.
TULISAN OLEH AKHI SHARIFUDDIN.

PENGGUNA SETIA CEMERLANG - PSC . KITA SEDIA GEMPUR!!!

PROGRAM PSC (PENGGUNA SETIA CEMERLANG) YANG PERTAMA AKAN DIADAKAN DALAM JANGKAMASA TERDEKAT SAMA ADA MINGGU KE DUA ATAU KE TIGA APRIL 2010. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN ADALAH DIMINTA MEMULAKAN MENJALANKAN KEMPEN BAGI MENDAPATKAN SERAMAI MUNGKIN PESERTA UNTUK PROGRAM TERSEBUT YANG INSYAALLAH DIYAKINI DAPAT MEMBANTU HPA MENCAPAI SASARAN JUALAN 20 JUTA.

PASTIKAN MEREKA YANG AKAN HADHIR PROGRAM PSC TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100NM DIDALAM MANA2 BULAN IAITU JAN,FEB,MAC ATAU APRIL 2010. FOTOKOPI INVOIS BERKENAAN ADALAH DIPERLUKAN SEBAGAI BUKTI KELAYAKAN MENGHADHIRI KURSUS DIHARI PENDAFTARAN. SETIAP PJS ADALAH DIHARAPKAN DAPAT MENGHADHIRKAN 20 ORANG PESERTA PADA BULAN APRIL 2010 BAGI MEMASTIKAN TARGET 1000 ORANG PESERTA OLEH KPU TERCAPAI. SEMUA PJS AKAN DIBERI PELUANG YANG SAMA TETAPI BERGANTUNG KEPADA KEUPAYAAN MEREKA MENDAFTAR SEBELUM TARIKH PENDAFTARAN DITUTUP.

TEMPAT PROGRAM, TARIKH AKHIR PENDAFTARAN SERTA YURAN PROGRAM (PASTINYA TIDAK LEBIH DARI RM30) HANYA AKAN DIUMUMKAN SELEPAS MAJLIS TRIBUNAL KPU BERMESYUARAT PADA 7 HB APRIL 2010.

SEKIAN, SELAMAT BERJIHAD SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN KERJA KITA SERTA MENURUNKAN PETOLONGAN UNTUK MEMBUKA HATI MEREKA2 YANG KITA SERU.

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden KPU