Tuesday, December 29, 2009

Kursus Akupuntur 17 December 2009

Kursus Akupuntur telah diadakan di HPA Cawangan Ipoh di bawah bimbingan Herbalis PJ Pn. Shafariah dan dibantu oleh PJE Mohamad Sani. Kursus telah dihadiri 16 peserta ahli hpa. Antara intipati kursus :
1. Pengenalan Syarikat;
2. Pengenalan dan sejarah Akupuntur;
3. Titik Asas Akupuntur dan Praktikal









































Titik Awet Muda

















Gambar berkumpulan kursus Akupuntur siri 1/2009
Anjuran Unit Herbalis Ipoh.

Juru Gambar Oleh :

Sunday, December 27, 2009

KOD BABI PADA MAKANAN


Dari Syeikh Sahib yang bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan. Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut. Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan peraturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk.
Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan déficit perdagangan bagi negara pengeksport. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat diEropah dan diangkut ke belahan benua>melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan ingá mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya idae untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian( orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).Negera-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam.

Oleh kerana itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam. Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana hasil penjualan ke negara Islam boleh mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk ubat gigi, makanan ringan, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. Semenjak produk ? produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.
M. Anjad Khan Medical Research Institute United States

dipetik dari apadmedia,com

Wednesday, December 16, 2009

KOPITIAM "HALALKAH"

Kopitiam’ bermaksud kedai kopi dalam bahasa Cina. Justeru tidak hairan kebanyakan kopitiam dimiliki taukeh berbangsa Cina. Perhatikan juga, majoriti pekerja premis perniagaan terbabit, warga Myanmar dan tempatan bukan beragama Islam. Jika ada pekerja Islam sekalipun, mungkin hanya juruwang, perempuan Melayu atau Indonesia bertudung.

Kopitiam kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara termasuk di Kelantan. Majoriti menu disediakan dilihat bersesuaian citarasa orang Melayu, antaranya mee kari, laksa dan nasi lemak.

Bagaimanapun status halal sebilangan kopitiam dipertikaikan dan pelbagai komen dipaparkan dalam banyak blog. Dalam ajaran Islam, jika timbul perasaan was-was, elak memakan hidangan disediakan.

Saya pernah menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM bertanyakan status sijil halal diberikan kepada kopitiam. Kakitangan terbabit enggan identitinya dipaparkan.
“Susah hendak cakap, sekarang ini bukan JAKIM sahaja mengeluarkan sijil halal. Ada pihak lain keluarkan juga,” katanya.

Jadi tidak hairan, jika kita melihat sijil halal ditampal di dinding sebilangan kopitiam, bukan dikeluarkan JAKIM.Hairan, biarpun isu status halal haram kopitiam hangat diperkatakan, mengapa masih ramai orang Melayu berkunjung ke premis sama?

dipetik dari mazidul.blogspot

Monday, December 14, 2009

MOH PAKAT BELAJAR AKUPUNTUR

Kelab perubatan Jawi Komuniti Ipoh mengalukan semua ahli HPA dan bukan ahli walau dimana berada untuk bersama-sama mempelajari ilmu Akupuntur yang akan diadakan pada 19 Disember 2009,bertempat di HPA cawangan Ipoh dengan bayaran RM95.00(kos termasuk makan dan peralatan Akupuntur).
Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan.kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi penyelaras program iaitu;
PJE Mohd Sani 019 6975317
Herbalis Puan Shafariah 013 6641872
atau terus daftar diHPA cawangan Ipoh.

"KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI"

APA ITU AKUPUNTUR


Pengenalan Akupuntur

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.
Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.
Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Ciri – ciri Akupuntur

Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan rawatan masa kini. Dahulu, masyarakat kuno China menggunakan
batu – batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan dan menusuk pada bahagian – bahagian tertentu. Tetapi kini, alat – alat asas ini diganti dengan cara yang lebih moden iaitu penggunaan jaurm – jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.
Jarum emas adalah jarum termahal di kalangan jarum – jarum halus. Jarum ini dipercayai dapat mengeluarkan tenaga ‘ Qi ’ 100 kali ganda daripada jarum silver. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.
Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.
Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Titik akupuntur luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit pada organ badan kita akan mewujudkan rasa sakit dan bengkak di tempat yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh, kesakitan pada diafragma boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu..
Pengamal akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur kepada 12 kumpulan utama di mana titik – titik ini digabungkan melalui Meridian. Meridian yang mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, perut, limfa, jantung, usus kecil, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple warmer dan hati. Dalam pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah berbeza. Sebagai contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala meridian pundi kencing mempunyai 67 titik.
Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik – titik tertentu adalah berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu rangsangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi pada titik itu melalui jarum halus dapat melegakan kesakitan. Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.
Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis ‘ pintu ’pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu dalam saraf tunjang itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan . Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan menutup pintu dalam saraf tunjang secara berkesan.

Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden
Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil.
Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.


Rawatan Akupuntur
Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala.
Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan .
Perubatan Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu kayu, air, api, logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit. Manakala organ dalam tubuh badan dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang. Sebagai contoh hati dikaitkan dengan kayu, jantung dengan api, limfa dengan bumi. Namun begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah akupuntur adalah diagnosis nadi. Kaedah ini adalah penting kerana ia dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi. Hal ini memudahkan pengamal – pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah latar belakang perubatan pesakit berkenaan. Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan memeriksa nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam meridian ini boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada kedua–dua pergelangan tangan . Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5 atau 6 nadi sahaja yang boleh dikesan bagi tujuan perubatan . Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga akan memeriksa lidah, warna, tisu kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan tubuh , pernafasan dan bunyi suara dalam rawatan akupuntur. Di samping itu, gaya hidup , diet, senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi terhadap penyakit turut diambil kira. Proses ini dikenal sebagai ‘ Mempalpat ’ iaitu mendiagnosis gangguan pengaliran Qia dan serangan penyakit terhadap organ dalaman.


Keberkesanan Rawatan Akupuntur
Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.
Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain memastikan kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan rawatan akupuntur bergantung kepada jumlah jarum akupuntur yang digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur dan jumlah rawatan yang dijalankan.
Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan memutarkan jarum dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum elektrik.
Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian.


Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.
Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .
Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.

Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.
Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.
Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .
Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan .
Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .


Kesimpulan.
Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.

Sunday, December 13, 2009

RADIX JAGUNG MANIS HPA

Alhamdulillah, kita meneruskan langkah kita dengan menawarkan satu lagi pilihan produk Halalan wa Thoyyiba kepada umat Islam melalui rangkaian kumpulan syarikat HPA iaitu Radix Jagung Manis Sdn. Bhd.
Kiosk pertama yang kini telah beroperasi letaknya di anjung premis RFC Laguna Merbuk.
Plot 2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah.Tel: 04 441 2871
Antara menu yang sedang menanti anda adalah :
i) Drinks : Mango, Roselle, Asiatica (RM1.50)
ii) Corn : Sweet Corn in a Cup, Pop Corn (RM2.00)
iii) Ice Cream : 1 scoop with Sprinkle Radix Koko/Kopi (RM1.20), 2 scoop (RM2.00)
iv) Waffle : a) Half : Honey, Radix Chocolate, Sweet Corn, Sardin (RM3.50)
Royal Cheese, Radix Satay (RM4.50)

b) Full : Blueberry, Strawberry, Kaya (RM2.00) Peanut Butter,

Chocolate, Cappucino, HPA Roselle, HPA Pineapple (RM2.50)

c) Waffle + 1 scoop ice cream (RM6.50)
v) Kaya Ball - 10 pieces (RM2.00)


Waktu operasi adalah dari jam 9.30 pagi - 10.30 malam.

Sambil menikmati ayam organik RFC, bolehlah anda membuat pesanan untuk membungkus waffle untuk dibawa pulang daripada staf yang bertugas...

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :"Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut, cukuplah seseorang itu memakan beberapa suap makanan agar boleh menegakkan tulang punggungnya. Jika harus (makan banyak) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk meminumnya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya."(Shahihul Jami' (5674), Syaikh Al-Abani berkata, "Shahih.")

Teruskan sokongan dan dokongan anda kepada perjuangan HPA.
Gempur RADIX! Barakallah.

INSENTIF KONVEK HPA 2010

Insentif Ta’awun 2010
Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK
• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIFKatagori Pertama
• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif
.Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan

.Hadiah pasti adalah
1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlahRM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic
Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua
• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
.Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya
Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya

.Kategori Ketiga
• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM•
Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut
Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Katagori Keempat
• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.
1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu
.2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu

*SEMUA BLOGER HPA SILA LINK SEGERA, SILA CETAK DAN SEBARKAN DAN SILA DAPATKAN INFO LENGKAP DARI ANGGOTA TRIBUNAL YANG HADIR PADA MAJLIS PENERANGAN.

PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.......GEMPUR RADIX

PBC IPOH 12&13 DIS 09


Alhamdullah seramai 50 peserta telah menghadiri PBC Ipoh pada 12-13 Dis sebagai penutup tirai pbc tahun 2009. Semua peserta amat bersemangat untuk menggempur pbc akan datang terutamanya setelah diberikan penerangan dan motivasi tentang INSENTIF TA'AWUN 2010 oleh PJM Hafidzan. Antara PJS yang berkampung di PBC Ipoh adalah PJS Zamri Iberahim, PJS Hj. Marjuni, PJS Siti Rahmah dan PJS Kholilah. Fasilitator yang terlibat adalah PJE Cikgu Sani, PJ Shafariah, PJ Cikgu Hamid, PJ Cikgu Ramlan, PRX Zuki dan PLX Zulkefli.
Gempurrr Ipoh !

HPA BUKA BENGKEL KERETA


Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan.Terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah sememangnya lokasi yang strategik. Selain itu HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil jugak suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi one stop center dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta.Insyallah marilah kita mendoakan agar cita-cita Pengarah Urusan kita ini dapat direallisasikan bersama. Akhir kalam dari penulis, bersama memajukan ekonomi ummah seantero dunia.wassalam.

Thursday, December 10, 2009

KHASIAT BUAH KURMA


Anda semua sudah tentu pernah makan buah kurma,bukan? rasanya manis dan sedap dimakan begitu sahaja ,dijadikan ramuan membuat biskut dan kek selain itu,kurma juga kini terdapat jus yang cukup menyegarkan jika diminum pada hari-hari panas.
Kurma ialah sejenis tubuhan palma atau phonex dactylifera, dan menjadi makanan utama masyarakat timur tengah. bagi masyarakat islam khususnya di malaysia , kurma menjadi hidangan 'wajib' tatkala berbuka puasa dan adakalanya ia juga dimakan semasa bersahur. apakah khasiat sebenar buah kurma?

* kurma mengandungi zat besi dan kalium yang tinggi, fosforus,sodium, vitamin A dan B serta niasin. buah ini cukup kaya dengan tenaga, dalam membantu menigkatkan stamina sepanjang hari, walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.

*Kurma juga membantu memperkuat daya tahan tubuh, menigkatkan pertubuhan tulang pada kanak-kanak,melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol.

*Kurma menpunyai kadar kalium yang duakali ganda lebih tinggi daripada pisang, membantu mencegah penyakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut, dan menjaga penlihatan .saintis mesir mengakui khasiat kurma terbukti dalam membantu menanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh, serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

* Kurma juga melicinkan perjalanan darah, merawat buah pingang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.

bagi ibu yang menghadapi kekurangan susu ketika menyusu bayi, buah kurma dapat menambah pengeluaran susu.
* Jus kurma pula dapat membantu mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim dan melegakan tekanan darah tinggi, dan mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

*Mineral yang banyak dalam kurma juga berfungsi membetulkan perjalanan darah, denyutan jantung, dan mengatifkan pengecutan otot.selain itu,ia juga mengatasi masalah insomnia dan mengurangkan batuk.

*Kurma turut membantu proses penurunan berat badan kerana kandungan tenaganya yang tinggi mengrangkan rasa lapar, walaupun diambil sekadar tujuh biji sehari.

Walaupun kurma manis rasanya, tetapi gula di dalamnya mudah diserap dalam tubuh, tanpa melalui proses yang panjang. oleh itu, kurma sangat baik bagi semua peringkat usia dan boleh dimakan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa sahaja.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Jadi apa kat kita jadikan buah kurma sebagai snek semasa waktu rehat atau makanan ringan yang berkhasiat setiap hari.....